Hari ke-1 tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan cuma merasakan masakan laut di kota Bangkok sahaja. Restoran itu amat popular sehingga pernah dilawat Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi (小泉 純一郎). Akan tetapi masakan amat biasa sahaja rasanya dan tidak memuaskan hati Aq.Hari ke-2, ke Pattaya untuk lawatan kerja disana. Perjalanannya memakan masa selama 5 jam daripada Bangkok. Satu perjalanan yang panjang dan jauh akan tetapi agak berbaloi kerana keindahan persisiran pantai Pattaya. Aq cuba order nasi goreng Pattaya akan tetapi tidak ada. Kenapa eh?
Sampai di Bangkok. Ke Potalai The Thai Wellness Centre untuk mendapatkan rawatan urutan aromaterapi. Negara Thai memang terkenal dengan aktiviti SPA dan kesihatan secara aromaterapi. Gambar chikas Thai ini kira cendamata untuk Sarmi. Sarmi ok tak chikas ini? He he he.
Hari ke-3. Masih lagi terikat dengan lawatan kerja. Seperti biasa perjalanan agak jauh dan memakan masa. Kemudian ke Good View Resturant & Bar merupakan tempat makan yang berhampiran dengan Menam Chao Phraya. Permadangan disini amat cantik dan boleh mengbangkitkan aura-aura romantis.
Mencuri masa ke HRC, Bangkok. Tiada apa yang menarik cuma sebuah tempat makan-makan dan tempat berhibur. Ketika ini ingin membeli sedikit cendarmata akan tetapi tidak berjaya ke night market. Kerana ketika ini peluang terakhir sebelum pulang pada keesokan petangnya. Ketika ini juga Aq sempat menaiki Tut-Tut yang semakin pupus di bumi Bangkok. Anasir-anasir nakal mula liar pada ketika ini. He he he.
Hari ke-4 masih perikat dengan lawatan kerja di Bangkok. Baru sedar ini adalah lawatan kerja bukannya percutian ke Bangkok. Harap maklum.
p/s: Kalau bukan lawatan kerja mesti lagi seronok bukan.






