2008/01/21

Saturday Project: New Saga

Oleh kerana terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada hari sabtu maka akan Aq buat siri demi siri mengenai hari sabtu itu. Siri pertama adalah berkenaan model baru kereta rakyat iaitu Proton New Saga. Memang "New Begining" buat pengeluaran Proton kali ini. Tampak berbeza Proton New Saga jika dibandingkan dengan Proton Saga pengeluaran yang terdahulu. Foto ini diambil sekitar Edaran Sri Sutera Otomobil selaku Proton Edar di Skudai.



Memang menarik keluaran terbaru Proton ini dan juga harga berpatutan untuk pelajar, perkerja kilang dan lepas graduan yang baru menempuh alam perkerjaan. Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan;

1.3 N-Line (MT) Solid = RM 31,500, 1.3 B-Line (MT) Solid= RM 34,548, 1.3 B-Line (AT) Solid= RM 37,548, 1.3 B-Line (MT) Metalic= RM 34,988, 1.3 B-Line (AT) Metalic= RM 37,988, , 1.3 M-Line (MT) Solid = RM 37,048, 1.3 M-Line (AT) Solid= RM 39,548, 1.3 M-Line (MT) Metalic= RM 37,498, 1.3 M-Line (AT) Metalic= RM 39,988

p/s: Niat sebenar Aq dan Joe ke showroom Proton Edar di Skudai adalah mencari budak perempuan sekolah lama yang dikatakan berkerja sebagai sales person di situ. Rupanya budak perempuan sekolah lama tiada lagi di situ akan tetapi kepenatan kami terbalas kerana ada 3 orang sales gurl yang mencuri perhatian kami di situ.

9 ulasan:

Fairuz berkata...

lawa lak aku tengok kaler biru tu. hehe

Tanpa Nama berkata...

kalau dah macam tu, letak la gambar 3 sales girl tu, aku lagi berminat nak tgk yg itu...huahuahua

Tanpa Nama berkata...

ko kan bleh shoot zoom kaw kaw.. mengapa biar kami menderita terseksa lara.. kami mahu 3 sales girl itu.. gambarnya harus dipaparkan untuk memuaskan hati kami ini.. yazid usyuk

Yazid Husain berkata...

to fa
mememang lawa dan sering dikunjungi oleh pelawat showroom

to abeming
he he he kena turun skudai Aq hanya simpan dalam cakera memory

to kucai
seperti yang Aq katakan hanya simpan dalam cakera memory

circleinspoon berkata...

aku dah tgk!
comel boleh tahan keta nih. rega pn berpatutan. only performance wise xtahu lagih. we'll wait n see. (walopun berkenan, tapi...)

Yazid Husain berkata...

kenapa wait & see? tidak percaya dengan New Saga

Fairuz berkata...

aku turut bersetuju dengan hanum. kata kata sahaja tidak menjanjikan apa apa. tunggu je sampai dua tiga bulan. kemudian dengar cerita mereka yang sudah memiliki kereta itu ataw mereka yang bekerja sebagai pomen :)

Yazid Husain berkata...

betul juga sebab mostly proton punya kine-up ada problem bab tingkap.

Tanpa Nama berkata...

saga mmg bagus cuma awek tu je yg tak bagus dah berhenti pun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails