2008/01/22

Saturday Project: Balai Cerap UTM

Berikut adalah siri kedua untuk kisah pada hari sabtu itu. Setelah melihat Proton New Saga di Skudai, maka Aq dan Joe bercadang untuk memasuki UTM atas tujuan mencuci pakaian di KTDI. Kami ajak juga ahli Teratak 42 yang lain untuk memasuki ke UTM akan tetapi pelawaan di tolak kerana masing-masing sudah ada rancangan lain di kotak memori mereka. Lalu hanya Aq dan Joe menjayakan hasrat ini. Setiba di M07 KTDI, baru Joe sedar bahawa Joe terlupa membawa duit syling seketul 50 sen. Oleh demikian Aq memberi cadangan menukar syling di kafeteria KTDI dan malangnya Joe tidak membawa sesen duit pun untuk ditukar duit syling seketul. Lalu Aq kembali menemani Joe untuk tukar di kafeteria KTDI, akhirnya dapat menukar RM 1 kepada 2 ketul syling 50 sen. Kena cari 2 ketul syling 50 sen lagi, Aq memberanikan diri dan menanyakan kepada gadis-gadis yang sedang memanaskan badan di kawasan sekitar kafeteria untuk mendapatkan 2 ketul syling 50 sen lagi. Akhirnya tindakan muka tebal Aq berjaya mendapat 2 ketul syling 50 sen lagi daripada seorang gadis yang lain dan ingin pulang ke bloknya. Yes akhirnya berjaya!

Setelah itu, Aq dan Joe meneruskan perjalanan ke Balai Cerap, UTM dengan berjalan kaki. Siot betul terasa penat dan pancit ketika berjalan hanya baru beberapa meter. Kononnya hendak melakukan sedikit jog, malah bukan sedikit jog jalan kaki pun sudah memadai penatnya. Sepanjang berjalan banyak melakukan experimental shoot dengan D 40X. Dan juga animal protrait akan tetapi tidak berjaya kerana monyet-monyet itu terlalu lincah.

Sampai sahaja Balai Cerap UTM, tergambar kepuasan Aq dan Joe kerana setelah penat lelah berjalan kaki terbayar apabila melihat panorama yang indah. Nampak panorama UTM yang menarik daripada Balai Cerap. Lalu Aq merakam panorama UTM yang indah seperti logonya.

Salah satu experimental shoot dengan aksi Vertigo-Joe Grasia. Aksi berani ini Aq lakukan juga walaupun perasaan gayat menguasakan diri. Gaya Vertigo ditiru dari konsep magis daripada ahli magis terkenal David Blaine.

Antara foto menarik yang ingin di kongsi. Dahulu Aq ada shoot foto macam ini dengan ada elemen manusia, tiang dan mentari merah dengan mengunakan Cyber-Shot DSC-S40. Seingat Aq pada Disember 2006 yang lalu. Dan pada Januari 2008 Aq kembali shoot dengan ada elemen tiang dan mentari merah.

Setelah selesai urusan di Bala Cerap UTM, Aq dan Joe berjalan kaki semula ke kaki bukit untuk mengambil pakaian Aq dan Joe di mesin basuh yang menggunakan syling ketul 50 sen. Kemudian Aq dan Joe pulang dan meninggalkan Balai Cerap.

p/s: Sungguh hijau pandangan di Balai Cerap, UTM. Menyebabkan Aq mengimbau panorama Jeti UMS yang sering dipukul ombak.

10 ulasan:

:+:CikPayung:+: berkata...

Lama gilos ngak pergi jejak kaki ke balai cerap. The last time i went there was during my final sem, bajet mcm tamo dok sini lagi, so tgkap gmbar iyo iyo je =D last last dok sini lagi.. hehe.. aiseh teringat kenangan rebut 50 sen and kumpul 50 sen utk mesin basuh.. nway, cantik gambo.. ala ala david blaine.. marbeles

Fairuz berkata...

air di jeti tu warna hijaw gak? menarik tuh. adakah kerana kekotoran ataw hijaw semula jadi?

Yazid Husain berkata...

to cik payung
thanks, ha ha ha masa akhir tahun 2006 amik gambar kat balai cerap mcm tak pergi UTM. akhir menetap kembali di Tmn U. Aiseh

to fa
air laut sana selalu di serang alga bloom, kadang-kadang berwarna merah. beware!

Tanpa Nama berkata...

-RINDU UTM-

Tanpa Nama berkata...

aku pon da lame tak jejak ke sane...

edriaty berkata...

blog suda laen.lama aku xjengah eh.
semangat sungguh ko nih!bagus!

Yazid Husain berkata...

to abeming
windu sangat kat UTM la tu

to tz
sama-sama windu dengan UTM la tu

to edriaty
ha ha ha. lawat juga akhir makcik ati. ko dah lama menghilang. sabtu aq gi singapore ke vivo city

edriaty berkata...

gua jeles sama lu.
heheh...aku pon da kne get ready
utk fly ni.kne wat international
driving permit.haih.leceh.sme leceh.

Yazid Husain berkata...

untuk bertambah jeles ko after pergi singapore, pergi bangkok pulak

Tanpa Nama berkata...

weh. balai cerap kat mane?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails