Rabu, Julai 08, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 12:00:00 AM
Hujung bulan Jun yang lalu, Aq dan Cat terbang ke Kota Medan dan Danau Toba. Pergi ketika H1N1 tengah melular. Alhamduillah segalanya selamat. Sebenarnya Aq sangat sibuk urusan kerja sehingga tiada masa untuk membebel mengenai jalan-jalan di Kota Medan dan Danau Toba.
Maka Aq ceduk gambar daripada Facebook mereka. Untuk bebelan kali ini Aq menjadi watak tepi dalam gambar utama mereka.
Semasa di atas feri untuk ke Pulau Samsoir.
Tengah bayar tambang Pak Supir dan Kijang untuk pergi balik Kota Medan - Danau Toba.
Menjamu selera di Restoren Garuda, masakan nasi padang.
p/s: Akan update daripada D 40X Aq.
 
Selasa, Julai 07, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 8:20:00 AM

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

KELIMA.
Apabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

p/s: mendapat kata-kata hikmat di pagi hari
 
Isnin, Julai 06, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 3:47:00 PM
Kisah Abang Romeo.

"Saya beli selipar cap buaya ini dekat Singapura dekat Malaysia tidak keluar lagi."

"Berbelanjalah di Singapura banyak jualan murah-murah."

"Berbelanjalah di Singapura semuanya terkini."

"Kalau khawin nanti berbelanjalah di Singapura."

Hari ini semasa perhimpunan bulanan.

" Jangan melawat Singapura ada H1N1 "

p/s: Geram semua benda Aq ada mesti hendak ada juga.
 
Khamis, Julai 02, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 8:28:00 AM

Doa ketika wabak, Admin sudah sebarkan doa ini. Aq baru teringat setelah pulang dari Medan.

p/s: Para penumpang AK 457 dan rakan-rakan mari amalkan.

 
Khamis, Jun 25, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 8:48:00 AM
Aq telah di Tag oleh Myself. Erm. Aq cuba menjawab.

Tag Pertama.

Soalan-solannya;

1. Bekas kekasih saya adalah
Tiada

2. Saya sedang mendengar
Alunan peti suara Zee Avi

3. Mungkin saya patut
Pergi bercuti bersama Cat

4. Saya suka
Menulis Blog, mengambil gambar dengan Kamera D40X buat masa sekarang, menternak mikroorganisma

5. Sahabat-sahabat baik saya
Ada yang datang majlis Aq, Ada yang tidak datang.

6. Saya tak paham
Kenapa diperlukan baru cari Aq

7. Saya kehilangan
Arwah atok, Al-FAtihah

8. Ramai yang berkata
Pukulan kompang yang terbaik

9. Makna nama saya
Yang bertambah baik, Meningkat

10. Cinta itu adalah
Pandangan Pertama

11. Di suatu tempat, seseorang sedang
Memandang Aq dari CCTV yang sedang tulis blog.

12 .Saya akan cuba
Menyorok daripada pandangan CCTV

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Kekal

14. Telefon bimbit saya
G502 Sony Ericsson

15. Bila saya terjaga dari tidur
Tengok muka Cat, kemudian tengok awan.

16. Saya paling meluat apabila
Ada bau busuk

17. Pesta/Parti adalah
Full Moon Party

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
Gambar ikan sepat yang dilukis dalam diari Cat.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
Setiap masa yang menyeronokkan

20. Hari ini
Hari Khamis (Batik Sigh!!!)

21. Malam ini saya akan
Berada di PLUS Highway ke Shah Alam

22. Esok pula saya akan
Aq dan Cat berada di Medan bersama rakan-rakan lain

23. Saya betul-betul inginkan
Ke Koh Sai Moi

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
Kena cukur kumis yang serabut

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan
Dua-dua

26. Makanan Barat atau Jepun
Dua-dua

27. Bilik yang terang atau gelap
Suam-suam kuku

28. Makanan segera adalah
Tiada. Kurang Minat

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Berita gembira perlu disampaikan.

Tag Kedua

Soalan-soalannya;

1. Apakah perasaan anda sekarang?
Lapor

2. Saya nak makan?
Nasi dan lauk masakan Cat

3. Saya tak suka?
Keadaan umah yang bersepah

4. Impian saya?
Ke Koh Sai Moi

5. Haiwan yang saya tak suka?
Erm. Erm. Erm.

6. Saya harapkan?
Keajaiban berlaku

7. Jika boleh putarkan masa?
Belajar betul-betul

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
Stabil, Mewah dan Bahagia

9. Handphone saya adalah sebuah?
Sony Ericsson G502

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Sekali

11.Kawan-kawan saya?
Cool & Chill

12.Pernah dikhianati?
Erm. Kurang ingat

13. Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Karma dan tonton Drag Mre to the Hell.

p/s: Tidak mahu meneruskannya.
 
Rabu, Jun 24, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 2:24:00 PM
Masa hari bapa tempoh hari, Aq wish dengan nada terkedu-kedu. He he he. Nasi minyak Ayah Aq disukai ramai ketika hari bapa tempoh hari. Sedap, berlemak dan ditambah berulang kali. Terima kasih.

p/s: Selamat Hari Bapak!!!

 
Selasa, Jun 23, 2009
Membebel oleh Yazid Husain pada jam 9:14:00 AM
Kepada rakan-rakan mari kita membantu dengan satu ketik, DiGi akan menderma RM 5 kepada persatuaan yang engkau orang pilih. DiGi mahu menderma RM 150,000 dalam masa 30 hari. Sila ketiknya.