Ini aksi Shuki tengah mengoreng. Semakin rox dengan cincin "pink" dia itu. Rox with P!nk. Mungkin Shuki tengah memperjuangkan kempen "Pink Ribbon" iaitu kempen kanser payudara. Bagus Shuki, anda mula terlibat dengan aktiviti sosial (khidmat masyarakat).
Ini Panjang selaku ketua band Lorong Ter-Babas. Panjang ditugaskan untuk bermain Bass dalam Lorong Ter-Babas. Panjang kira back-bone dalam Lorong Ter-Babas. Lorong Ter-Babas hampir tidak memasuki uji bakat Rentak Juara 2008 tanpa kehadiran Panjang.
Tidak asing lagi, Geweng merupakan Vox untuk Lorong Ter-Babas. Merupakan Kipas-Susah-Mati kepada Amy Search. Sanggup mengayakan semula iklan Ali Guar. Kira sedih juga lepas ini, Geweng akan meninggalkan Teratak 42 pada hujung bulan ini. Mungkin ini adalah aksi terakhir melihat Geweng bernyanyi bersungguh-sungguh. Ketika ini juga Aq merasakan bahawa jamming kali ini macam hendak tribute kepada Geweng sahaja.
Ini adalah Shuki, bukan ini adalah gitar Shuki. Sorry Shuki Aq shoot pada gitar ko sebab tertarik dengan jari-jemari ko yang sedang taping bersama cincin pink itu. Skilfull habesh!
Ini Azri merupakan 2nd gitaris Lorong Ter-Babas. Orangnya pendiam dan jarang bercakap. Orang kata muka Azri ada rupa macam Faizal Tahir yang suka togel itu. Akan tetapi Azri amat jarang mengtogelkan diri di khalayak ramai seperti pelanduk dua serupanya Faizal Tahir yang suka togel itu. Cuma drummer Lorong Ter-Babas yang tiada ketika diganti dengan drummer yang lain.
p/s: itu sahaja kisah hari ahad Aq. Sepanjang hari isnin hinggalah sekarang tiada benda menarik berlaku cuma Aq diserang deman kecil sahaja ini bermakna Aq boleh ke Kota Singa sabtu ini.
12 ulasan:
kenapa tidak mahu letak pic geweng yang lagi satu tu? yang pose lagi super macho. hehe
foto ini menunjukkan bahawa geweng sedang menyanyi Aq hendak orang gambar geweng sedang menyanyi
weh...kalau geweng dah xde...apa akan jadi dengan band ni...isk isk isk...sedey...
geweng tetap berada di johor cuma, geweng tidak lagi di teratak 42 itu sahaja.
kim salam kat azri..
akan Aq sampaikan kepada azri aka kerk
masa tu lagu belum cukup high lagi sebab tu baru buka sehelai baju je. kalu high dah tentu geweng togel juga
geweng mo pegi mana...
wah.nape rmi cam encem2 jek..
Merajuk ah, LTB jamm tak ajak. Dahla last dengan geweng. Uwaaaa..
:-(
Berita terbaru geweng akan tiggal sebulan di teratak 42, dia tidak jadi balik pelentong umah makbapak dia.
to edriaty
nanT aq sampaikan salam kepada yang hensem itu. geweng ingin tinggal di rumah parentnya.
to phu ying
no komen. tapi geweng ada sebulan lagi.
ni jam yg paling best lpas LTB berehat sementara ahli nya masing2 mencari kerjaya,kecuali aku.. ahaha! cuma nua je xdpt hadir.. kpd phu ying,lenkali kalo ade mase,kitorg jam kitorg ajak.. yzid,gamba lu amek mmg cun!
terima kasih
Catat Ulasan