2008/01/08

How Old Are You?

Semasa Aq berada di D40 / 40X Photography Workshop, Puteri Pacific Hotel Aq sering di tanya "berapa umur?". Ketika hendak menjawab, otak Aq terhenti sebentar berfikir untuk menjawab pertanyaan itu. Adakah Aq perlu mengata umur Aq 23 tahun atau 24 tahun. Akhirnya Aq setuju untuk mengatakan baru 24 tahun. Oh saya 17 tahun. Semasa bersedia untuk makan tengahhari di News Cafe, Puteri Pacific Hotel Aq sekali ditanya soalan yang sama "berapa umur?" oleh Nikonian yang lain. Dan sekali Aq bertindak seperti ini otak Aq terhenti sebentar berfikir untuk menjawab pertanyaan itu. Adakah Aq perlu mengata umur Aq 23 tahun atau 24 tahun. Akhirnya Aq setuju untuk mengatakan baru 24 tahun. "Oh saya 21 tahun" nikonian itu menyambung lagi kata-katanya "Kat sini semua big-big brother".

Tiba-tiba Aq rasa Aq sudah berumur. Siot betul. Akak Aj pernah cakap, dia tidak bersedia untuk berumur 26 tahun. Akak Aj cakap dia rasa berat hendak meninggal umur 25 tahun dengan memberi alasan usia 25 tahun adalah usia ahli-ahli syurga. Dulu masa Aq berumur 20 tahun, Aq ada seorang kawan berumur 25 tahun, dia sering menghadapi delima umur 25 tahun apabila melihat kawan-kawan rapat mula mengakhirkan zaman bujang masiang-masing. Selepas dia berumur 26 tahun, dia sudah biasa-biasa sahaja. Kawan Geweng pernah cakap "Umur adalah angka sahaja!". Sir Surjit pun pernah cakap usia lelaki pada jiwanya, usia perempuan pada raut wajahnya. So sekarang ini Aq bergantung kepada kata-kata Sir Surjit sahaja. Maka kena bentuk jiwa Aq setiasa muda untuk kekal muda.

p/s: Usia Aq bergantung pada jiwa Aq. Yeah!!! Dan tidak lama lagi Aq akan menghadapi delima uisa 25 tahun.

p/s/s: Happy 33rd Birthday kepada Boss Aq. May God bless you!!!

7 ulasan:

aiyrie berkata...

ni dia first commentor yg berusia 25 tahun. haha.. pada tahun, aku 26 dah. tapi aku lahir bulan 11, jadi kira baru 25 la..

mmg... 25 mmg membuat aku dalam dilema (delima?).

tak sabar nak masuk 26.
kalo korang nak kawin, tunggu la aku 26 tahun. aku tak sanggup tengok kawan aku (apatah lagi yg lebih muda dari aku) duduk bersanding...

aarrgghh... tidak....

sesiapa yg dah 25 dan masih tak kawin lagi tau la kot aapa yg aku rasa bila tengok kengkawan kawin...

peyus berkata...

biar umur tua, janji jiwa muda..haha

Tanpa Nama berkata...

masuk tahun baru..umur pun semakin bertambah lg..em..

-fAiZiQ- berkata...

huhuhuh... Aq, aku masih umo 25 gak. bulan 9 baru masuk 26.
krm slm kt Pn. Hasniza, sori aku x g ofis ari tu. bgtau Happy besday kt dia. ok.

Yazid Husain berkata...

to aiyrie
ha ha ha. ko semangnya manusia delima 25 tahun

to peyus
yeah betul tu, biar usia tua jangan kasi jiwa tua

to kakok
usia semakin bertambah tapi hanya angka sahaja

to faiziq
ha ha ha. nanT Aq sampaikan. sejak kebalangkang ni Aq banyak kerja luar

MHidzir aka Embun berkata...

eh kau lagi tua dr aku ke? aku baru nak masuk 24 bulan 4 ni..

Yazid Husain berkata...

selamat hari tua arean. Aq scopioan lambat lagi la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails