2009/04/30

Swine Flu: Influenza A/H1N1

Hari ini Aq melangkah ke kotak ketik masa seperti biasa. Dan mata seakan-akan ditarik ke papan kenyataan di office dengan rencana bertajuk "......why I eat pork when I'm half-malay.......". Membuatkan Aq tertarik membaca bersama dengan Boss Akuantan. Terima kasih Boss Akuantan karipap sardin tadi. Sedap! (iklan kejap). Ha ha ha. Beristifar panjang Aq sebentar setelah membaca rencana ini. Harap keturunan Aq dijauhkan daripada perkara seumpama itu.

image from Fudzail

Dunia sekarang dikejutkan dengan wabak selsema babi. Wabak selsema babi seumpama selsema burng, SARS dan sebagainya. Merupakan wabak berpunca daripda viruses jump species. Contoh mudah seperti HIV asalnya adalah SIV (Siamang Immunodeficiency Viruses) yang dihidapi oleh sekumpulan monyet di Afrika kemudian viruses itu mengalami mutasi dan mengubah RNA nya dan menyerang manusia. Tercetusnya wabak HIV serata dunia. Selalunya wabak jump species susah untuk mendapatkan vaksinnya. Ini kerana perubahan strukur RNA viruses tersebut. Dan kenapa SARS, Selsema Burung dan Selseme Babi lebih merbahaya, ini kerana berlaku perubahan pada dua jenis protien hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N).

image from wikepedia

Jika SARS dan Selsema burung hanya jump species burung kepada manusia. Selsema babi lebih teruk lagi melompat daripada tiga species kehidupan, burung kepada babi kepada manusia. Entah beberapa kali strain RNA virus tersebut berubah. Sekarang hendak lalu di depan kawasan non-halal di pasaraya-pasaraya di sekitar Johor Bahru kena waspada. Prejustice. Harap kes JE dan Virus Nipah tidak berulang di Malaysia kembali.

p/s: Think!

2009/04/29

Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg

image from photo basement

Sebuah tasik di Webster, Massachusetts terdapat kesalahan ejaan pada papan tandanya. Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg adalah nama sebenarnya yang telah dieja pada papan tanda resmi sebagai Tasik Chargoggagoggmanchaoggagoggchaubunaguhgamaug. Terdapat kesalahan ejaan pada huruf ke -20 di mana u di gantikan dengan o dan huruf ke-38 di mana n di gantikan dengan h. Nama ini sempena bahasa kaum Nipmuc.

p/s: Macam-macam. Iklan sebentar

2009/04/28

Radio Rosak: Tabung Untuk Gaza

Radio Rosak 2009; Tabung Untuk Gaza. Tempoh hari Aq ada kata hendak bersenam. Aq pergi dengan colleague Aq. Konsert ini bermula jam 1400 dan berakhir hingga larut malam. Aq sampai lebih kurang jam 1500.
Masuk-masuk Aq sudah kena tahan dengan penjaga keselamatan. Mahu check apa yang terkandung di dalam beg. Lantas Aq menjawab kamera incheck! He he he. Masuk-masuk crowd tidak ramai. Stereo Sakit tengah perfrom. Crowd tidak panas lagi. Nampak sangat vox dengan nada bengang meneruskan nyanyian. Akhirnya drummer baling ait mineral dekat crowd. Ha ha ha. Marah sangatlah tu.
Drahman buat persembahan. Memanglah crowd layan rawking-rawking. Yeah yeah yeah.

Kemudian rehat. Kemudian diresmikan oleh Dato' Shahrir.

Kemudian @uburn menyusur. Memang best. Bassist sungguh betenaga. Memang rawking rawking. Colleague Aq sudah layan kepala. Aq masih bermain dengan D40X dan goyang kaki. He he he. Siap ada sajak bertajuk Plastina. Memang bersemangat dan bertenaga.

"Untuk konsert di JB nanti, kami akan bawakan sembilan atau sepuluh buah lagu antaranya dipetik daripada album pertama kami, Bersama Cinta serta dua buah lagu baru, Sampai Masa dan Mimpi yang terisi dalam album kompilasi Radio Rosak" Vivine petikan daripada Kosmo. Kesian empat lagu sahaja. Kerana crowd tidak mahu mendengar. Puaslah vox bersungguh menarik crowd. Akan tetapi crowd buat bodoh sahaja.

Zip Zieller. Memang blues habis. Colleague Aq sudah layan kepala kembali. Lagunya Blues Pilihanraya telah diubah tajuk kepada Blues Salah Pangkah. Terpaksa tukar tajuk. Ha ha ha. Blues blues blues.
Kemudian rehat lagi. Selepas makan-makan. Sambung menonton Projek Pistol. Rawk Kapak. Meamang layan. Bimbingan Erdie Hashim. Tukang Urus Cara turut terlibat dalam menyumbangkan lagu untuk Tabung Gaza. Colleague Aq sudah layan kepala kembali sekali lagi.
Estranged telah mencetuskan semangat crowd naik. Semua mula rasa hangat. Crowd sudah mula body surfing. Sudah mula-mula. Masing-masing melompat-lompat. Minah-mianh mula berebut amik gambar drummer. Estranged juga telah menyatakan bahawa fan base di JB semuanya rawk! Sila ketik Radio Rosak Tour: Johor Bahru
Budak-budak Taman Sri Andalas ini sudah tidak payah dikenalkan lagi. Habis Aq ditolak-tolak ketika mengambil gambar. Minah-minah semua menjerit-jerit. Lepas sahaja Bunk Anthem. Aq keluar daripda crowd barisan depan. Lalu mendapat SMS daripada Colleague Aq bertanyakan Aq dekat mana? Aq jawab dekat JB. Kemudian ditanya sekali lagi. Aq jawab Aq berada di Gig RAdio Rosak untuk Tabung Gaza. Lepas baru Aq perasan Colleague Aq rupanya Aq fikirkan orang lain. Lalu Aq balas "Sori kepala wenglah". Ha ha ha.
Masa ini Aq bersenam kurang merakam gambar. Mana tidaknya berdanSKA hampir sepuluh buah lagu dimainkan kerana kelewatan band seterusnya. Sehingga crowd meminta "We want more!!!" Vox membalas "Tidak baik korang, O@G ada sebelah tu, sekali ini sahaja tau".
Aq dengar dua tiga lagu sahaja kemudian beredar. Sudah tua penat pun cepat. Ha ha ha.

p/s: Biar Radio Rosak, Jangan Jiwa Rosak!!!

2009/04/27

World's Favorite Bromeliad

Selepas dikhabarkan bahawa cuti dibekukan. Aq ditugaskan untuk suatu lawatan kerja di Simpang Renggam. Terkejut Aq. Ladang Nanas ini besar sempadannya Parit Ghani, Rengit dan Kluang. Bayangkanlah. Seperti lautan luas mata memandang. Aq fikir nanas banyak dit anam dekat Pekan Nanas. Ialah nama pun Pekan Nanas. He he he.

Macam-macam jenis nanas dan ilmu mengenai nanas Aq belajar. Memang best. Terima kasih kepada tauke yang tidak lokek berkongsi ilmu. He he he. Aq dapat terima sedikit sahaja kerana kurang fokus memandangkan jalan yang tidak rata dan berliku, terpersona dan teringin mengambil gambar. Ha ha ha.

Semasa makan nanas Josphine dan Golden 69 di Simpang Reggam. Terdengar kisah di Pekan Nanas. Pagi tadi baru sahaja lalu Pekan Nanas. Tenang.

p/s: Seronok juga kadang kala jalan-jalan.

2009/04/25

Bawa Aku Ke Langit Solo

Masuk hari ini adalah hari ketiga Cat ke Solo. Cuti Aq dibatalkan ketika bercadang mahu menghantar Cat ke LCCT. Kerana urusan resmi di Semenyih, tidak boleh tidak Aq kerna berkerja juga. Sigh.

Masa di Ayer Keroh, Dato' CEO bercerita mengenai Solo dan menyuruh Aq bercuti di sana. Geram sebab Cat telah jejak disana. Ha ha ha. Aq kemudian telah menyatakan kepada Dato' CEO bahawa Aq telah menempah pakej murah daripda seorang rakan. Terperanjat itulah reaksi Dato' CEO. Murah sangat. He he he.

Perkara biasa kalu ada benda-benda urgent, pasti Aq lupa charge SE G502. Selalu macam itu. So malam baru dapat bertanya khabar di Solo. Wah seronok betul Cat di sana. Aq di sini hanya menonton TV, sambil berborak dengan Teratak Trooper dan membaca kertas ujian anak murid Cikgu Fit. He he he. Kini Nokia N-73 Cat pulak kehabisan bateri.

Aq buntu sehingga 12 jam kemudian barulah mendapat khabar berita. Aq kerja seperti biasa dan bermain FB serta status FB aq berbunyi "bila merasa sunyi, memandang dongak ke langit". Ha ha ha. Malam pulak Aq berborak dengan Teratak Trooper sekali lagi. Kemudian menternak mikroorganisma sebentar di makmal. Hampir satu jam Aq, terus ke kenduri kesyukuran colleague Aq. Nokia N-73 baru sahaja di cas semula kerana masalah pluq. Rupanya tidak samanya disana?.

Besok Cat sudah berada di Malaysia. Hari Aq mendapat tiket free ke Radio Rosak mungkin sehingga larut malam. Hendak bersenam sekejap. Ha ha ha. Tidak sabar mendengar pengalaman Cat di Solo dan hasil gambar-gambar di sana. Katanya Chantek. Teruja.

p/s: Semoga semuanya selamat.

2009/04/24

Hari Harta Intelek Negara 2009

Hari Harta Intelek Negara 2009 sedang berlansung pada 23 April hingga 26 April di KLCC Convention Centre. Aq singgah ke sini sebentar semalam bersama colleague sesudah urusan di Semenyih. Macam-macam orang lindungi idea, lukisan, warisan seni, genetik, reka cipta dan semua di patenkan. Untuk dilindungi daripada ciplak oleh orang yang tidak bertangungjawab. He he he. Sedikit maklumat yang telah Aq perolehi negeri Perlis sudah menwartakan beberapa jenis tarian warisannya. Antaranya Tarian Tujuh Persona, Tarian Tarinai, Tarian Cangung dan selainnya Aq tidak beberapa ingat. He he he. Foto di atas adalah Tarian Cangung.

p/s: Terpersona.

2009/04/23

Admit It?

Tip: For a natural-looking eyeliner and the illusion of lusher, fuller lashes, use a dark brown eye pencil and carefully press a series of dots between your lashes following your lash line.

Tip: For the sophisticated look, draw a smooth fine line alone the top lashes.

Tip: To create the dramatic look, draw a line inside your lash line (as close to the lashes as possible), then along the top of the lash line
.

tips from makeuptip.com

Untuk mencari tata rias mata yang sesuai dengan seseorang itu amat sukar. Terutamanya kesesuaian warna kulit dan warna tata rias tersebut, tujuan permakaian tata rias tersebut untuk kelihatan elegan, natural atau retro bergantung kepada pengguna dan juga jenama tata rias tersebut. Sebenarnya tata rias kelihatan sama sahaja walaupun harganya berbeza daripada satu jenama dengan jenama. Ini terjadi kerana jenama, mempunyai bekas penyimpanan tata rias yang menarik, dapat merawat kulit wajah pengguna dan lebih tahan lama.

p/s: Admit it?

2009/04/22

Zara Nadeeya Sekar Ayuningrum

Taniah kepada Fay dan Nico atas kelahiran anak sulong mereka pada tanggal 16 April 2009. Kami telah menziarahi Baby Zara pada hujung minggu lepas yang lalu. Aq menjadi pakcik secara resmi. Ha ha ha. Baby Zara lahir pada tanggal 16 April, jam 0400, sebearat 3.38 Kg, di Hospital Putrajaya.

p/s: Sekali lagi diucapkan taniah kepada Fay dan Nico.

2009/04/21

Overconfident

"No problem in judgment and decision making is more prevalent and more potentially catastrophic than overconfidence".
Plous (1993)

Hujung minggu lepas Aq dan Cat ke Jusco Bukit Indah. Semasa Aq memparkir MyVi. Cat perasan bahawa ada kelainan pada kereta sebelah kami. Memang yakin gila pemandu ini. Selamba sahaja parkir sebegitu. Tengok.

Kemudian Aq menambah lagi dan berkata kepada Cat. Tingkap tidak ditutup akan tetapi stering kereta di lock dengan rapi. Ha Ha Ha.

p/s: Keyakinan mengatasi segalanya.

2009/04/16

Proton Exora

Semalam Aq tonton perasmiaan Proton Exoran di RTM 1. Agak kagum dengan produk terbaru Proton. Hampir 2000 kiasu telah menempah Proton Exora sejak di buka untuk tempahan. Walaupun tidak dapat melihat secara dekat Proton Exora.
Kagum juga dengan CEO Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Tahir. Aq kagum beliau bercerita mengenai perjalanan Proton Exora. Best betul kalu dapat ketua macam ini menghargai para perkerjanya daripada Head of Exora Project sehingga Operator Production Line. Memang puas hati.
p/s: Hari ini rasanya hendak snap Proton Exora dekat showroom.

2009/04/15

Bunting And Banner

Tiga minggu lalu Mak Aq bercadang ingin mensponsor untuk membuat bunting dan banner. Dan bercadang meletakan gambar sekali. Aq menolak. Kerana malu dan segan kelak di ejek rakan. He he he. Akhirnya Aq bersetuju meletakan gambar. Atas beberapa desakan. He he he. Tempoh hari telah merakam gambar bersama dengan Cat. Rumah Cat dijadikan tempat untuk shoot. Buat seketika rumah Cat menjadi studio untuk kami berprotrait. He he he.

p/s: Susah untuk bergambar kerana Aq selalunya menjadi tukang amik gambar.

2009/04/14

Mati Hidup Kembali


Semasa Aq dalam perjalanan ke MAIJ, Pusat Islam Iskandar Johor. Aq telah ternampak satu kejadiaan di mana penunggang motosikal telah terbaring dan sedang menerima rawatan kecemasan oleh pihak JPA3. Jalanraya menjadi sesak seketika. Kesian, penunggang masih muda linkungan 25 hingga 30. Mungkin jatuh sendiri, mungkin berlanggar dengan JCV, mungkin dan mungkin. Aq berharap penunggang itu dapat di selamatkan.

Selepas selesai urusan pembelian Borang 1, Borang 2 dan Pemeriksaan HIV. Aq pulang ke pejabat dengan kadar segera. Tiba di jalan yang sama tempat kejadian. Jalan masih sesak. Aq sudah kelihatan Lori Black Maria. Ah sudah. Memang betul tanggapan Aq ketika nampak Lori Black Maria itu. Aq lihat penunggang yang menerima rawatan kecemasan 40 minit lepas telah ditutupi dengan helaian surat khabar lama.

p/s: berhati-hati dijalanraya, ingat orang tersayang.

2009/04/13

Ghost Season 2


Masa Aq selak-selak surat khabar tempoh hari. Aq ternampak iklan Ghost season 2. Bermula hujung minggu ini. Maknanya Aq tidak akan keluar rumah setiap hari Ahad jam 2230 sehingga eposid terakhir. He he he.

2009/04/10

Rock Legend


"playing games playing games, I guess I never really stopped being a child playing games playing games"

Adeh sudah lekat dengan game kat FB. Sigh. Sudah hampir 3 minggu. Bantu Aq. Aq perlukan pasukan yang kuat daripada rakan FB sekalian supaya Aq cepat cecah level 50. He he he.

p/s: Never stop playing games.

2009/04/09

Perhentian


Nanti hendak bercuti di Perhentian. Tengah survey-survey. Telah mendapat cadangan bahawa dengan pesawat boleh turun di Kota Bahru kemudian naik teksi ke Kuala Besut. Dengan kereta, travel 8 jam dari Johor Bahru. Dicadangkan untuk sewa di Moonlight. Di nasihatkan juga backpacker travel lagi murah berbanding pakej. Walla. Tidak sabar untuk bercuti.

p/s: Ada cadangan lain?

2009/04/07

Kacang Pool

Kerana permintaan terlalu tinggi terhadap kacang pool baru-baru ini. Aq terbit entri khas mengenai kacang pool sekali lagi. Outing bersama coluague baru-baru ini telah menbawa kami ke kacang pool. Akhirnya termasuk mereka berempat adalah orang yang ke sembilan yang telah Aq kenalkan dengan kacang pool dari Oktober 2007 hingga sekarang. Kalu mahu resepi kacang pool boleh ketik di Kacang Pool Make Me Full. He he he. Memang layan.

Rombongan ke Jalan Susur Lima hampir terkubur apabila masing-masing mendapat memo itu. Tapi atas berkat hendak mahu chill out, memo itu dilupakan buat sementara waktu. Memang layan gelak-gelak menghiburkan hati. Keesokan hari Aq ke sini lagi, untuk try tahu bakar daripada kedai yang sama. Meman layan.

p/s: Entri khas untuk Hint yang akan pulang ke Johor Bahru dalam masa terdekat ini.

2009/04/06

Milk In A Bottle


Get this widget Track details eSnips Social DNA

Time and time again you take
What you like won't give it back
Just like my guitar you take
And flump till you break the mat

Not to mention that you take
My song and you raise the track

Yeah I could think that it's
Alright, okay
It's alright

Of the milk in the bottle
And I save it all for you
Every time you come to me
I'll make you happy
Real scream away from me
Mary poppins you will mary me

Take it take it all
That's what you think you wanna
All you want from me

Like an empty soul
You suck me right out of the straw

Yeah I could think that it's
Alright, okay
It's alright

Of the change in my pocket
And I keep it all for you
Every time you come to me
I'll make you happy
Real scream away from me
Mary poppins you will mary me

And all the love in my heart
And I give it all to you
Every time you come to me
I'll make you happy

Of the milk in the bottle
And I save it all for you
Every time you come to me
I'll make you happy

Of the change in my pocket
And I keep it all
And I keep it all for you
I'll make you happy
Mary poppin, mary poppin
Will never green

p/s: Da Daa Da Daa.

2009/04/03

Make Me Like A Robot





Jika ku seorang robot
Nombor-nombor darahku

Jasadku import export
Besi logam dagingku

Sinar matahari solar
Nyawaku tenaga letrik

Otakku macam peluru,
Bernafas pun tak perlu

Meneliti lebuhraya
Mengawal si pasaraya

Mata-mata dari angkasa

Jika ku seorang robot

Tak perlu ada komplot
Kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu

Jika ku seorang robot
Nombor-nombor darahku
Tak perlu ada komplot
Besi logam dagingku
Jasadku import export
Meneliti lebuhraya
Mengelilingi angkasa
Jika ku seorang robot

p/s: Aq seperti robo.

2009/04/02

Two Years

Sudah dua tahun Aq menetap di Johor Bahru. Sekejap sahaja usia bertambah. Sekejap sahaja masa berlalu. Hanyanya tingal nostagia gumbira, tawa riang, kesedihan, kehampaan. Apa yang ada di Johor Bahru?

Pertama, terdapat sayur bayam yang digoreng dan anak ketam goreng. Kalu tempat lain pisang goreng adalah perkara biasa. Tetapi di daerah ini sangat berbeza. Daya tarikan adalah sayur goreng dan ketam goreng menjadi pilihan orang ramai.

Kedua, terdapat kacang pool. Memang best. Walla. Boleh singgah Larkin Bomba.

Ketiga, keadaan jalan raya tidak rata. Memang masalah besar di sini. Mungkin keadaan tanah gambut yang meliputi kawasan Johor. He he he.

Keempat, pasar malam. Disini boleh tengok apa itu Muhibah. Memang Truly Malaysia pasar malam di sini. Boleh tengok kueh-kueh orang kita di jual oleh bangsa lain. Memang kena tengok sendiri. Pasar malam yang selalu dikunjungi dahulu-kala pasar malam Taman Universiti setiap hari Jumaat.

Kelima, air kartika. Popular ketika bulan puasa memang layan. Sedap.

p/s: Kat sini pun boleh melawat sungai dibawah dan diatasnya adalah tempat orang berjalan kaki. He he he he.

2009/04/01

Tag; Wedding Planner

Aq telah di tag oleh cuz Aq, Ashikyn. Mengenai wedding. He he he. Hendak korek rahsialah tu. He he he.

1. How old are you?
Dua puluh empat tahun. Bulan 10 ini masuklah 25 tahun.

2. Are you single?
Engage with Cat

3. At what age do you think you’ll get married?
Lagi berberapa bulan

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
Iye

5. If not, who do you want to marry?
Entah

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Empbhone sudah offer, Hint Aq cadang dekat dia atau Ed sudah offer juga

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Traditional buat dekat Kg Punggor Kechil

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Tengah tunggu request gift. Ada sesiapa hendak belanja. Kalu boleh kepulauan mana eh hendak pergi. He he he

9. How many guests do you think you’ll invite?
500 guests. 200 rakan-rakan akan dijemput.

10. Will that include your exes?
Tiada exs..

11. How many layers of cake do you want?
Tidak kisah sangat

12. When do you want to get married, morning or evening?
Nikah malam, sanding tengahari.

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding:
Estrella - Stay, Estrella - Ternyata Indah, Estrella - Take It Slow, Couple - Say Hi, Couple - Gonna Be My Gurl, MUH - Milk In The Bottle.

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
Pakai tangan.

15. Champagne or red wine?
Vitagen

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Right after wedding.

17. Money or household items?
Dua-dua

18. How many kids would you like to have?
Tengok rezeki.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Snap the picture

20. Whose wedding plan would you like to know ?
Entahlah eh


p/s: Sesiapa hendak meneruskan silalah. Jangan segan silu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails