2007/12/31

Rewind 2007 Hope & Faith

Berakhir sudah cerita, kisah dan eposide yang berlaku pada tahun 2007. Tahun yang agak bermakna bagi Aq. Semoga rezeki Aq bertambah dan murah pada tahun 2008.

p/s: Bye, Year 2007; Hope & Faith.

2007/12/30

Faizal Razali's Wedding

Perjalanan bermula dari jam 4.00 pagi ke Pelangi Damasara daripada Teratak 42, Taman Universiti, Skudai.

Jam 7.00 am. Setelah berehat dan berisitirehat di R&R Ayer Keroh Plus. Masing-masing mengukir senyuman walaupun dalam keadaan mengantuk untuk bergambar di pagi yang buta.

Bersarapan di Naning, Melaka. Sebuah warung berhampiran kawasan kubur. Makan, berborak dan ketawa. Di warung ini menu utamanya nasi lemak dan roti canai. Di sini keadaan agak chill kerana terasa suasana kampung tambahan pula menu nasi lemak yang kelihatan amat lazat.

Satu jam kemudian, tiba di R&R Dengkil ELITE. Ahli Teratak 42 berborak dan menceritakan eposide-eposide yang terlepas oleh Fa. Aq dan Geweng mencerita perihal-perihal yang berlaku di Teratak 42 sepanjang 3 minggu Fa tiada. Kemudian ahli Teratak 42 mencuba gear-gear masing untuk mengambil gambar-gambar menarik untuk di jadikan subjek.

Sekitar resepsi Faizal Razali (Pejal), di Pelangi Damansara, Jam 1.00 pm hingga 3.00 pm.

Resepsi Faizal & Muzaiyanah

Bukti kami hadir resepsi Faizal & Muzaiyanah 1

Bukti kami hadir resepsi Faizal & Muzaiyanah 2

Majlis Persadingan Faizal & Muzaiyanah

The Pelamin.

Kami mahu pulang, perjalanan masih jauh lagi.

p/s: Semua keletihan dan kepenatan untuk perjalanan yang jauh ini.

2007/12/29

Test Drive New Gear

Aq baru test drive Nikon D 40X yang baru-baru ini Aq angkat. Aq akan terus meningkatkan kebolehan dalam bidang pengambilan gambar. Subjek pertama Aq di resepsi En. Nizam. Sekitar resepsi EN. Nizam di Desa Bakti, UTM, Jam 12.30 pm hingga 1.30 pm;

First drive menangkap gambar porait. Model; Faiz dan Shikin

Kedua mempelai dicuri daripada rimbunan pokok. Perasan ingat engko paparazi ke?

Just candid dan Aq tidak bilang 1,2,3.

Faiz test drive Nikon D 40X

p/s: Besok ke Pelangi Damasara untuk test drive lagi. Nantikan.

2007/12/28

She'll Come To Me III

Khabar gembira buat ahli Teratak 42. Kembali tersenyum sinis yang indah. Teratak 42 sudah berhubung semula dengan dunia luar. Blog ahli Teratak 42 akan kembali aktif semula. Panjang datang petang tadi, kemudian menguji pandu DELL Inspiron 6400 untuk ke alam maya. Ternyata boleh menyusuri Google secara langsung. Aq, Kucai dan Joe terperanjat dengan pertemuan Panjang. Lantas Kucai terus membeli motherboard, ram dan processer baru untuk menampung kelajuan menyusuri laman blognya. Kucai sudah menghampiri impiannya. Sekarang ini Aq tidak perlu mengupdate Bebelan Anak Tukang Jahit di office.

Akhir-akhir ini semua khabar gembira kembali ke Teratak 42. Betik sudah kembali setelah sebulan di buang ketika krismas eve. Betik tidak berubah masih mencuri makanan. Kini Joe menjadi mangsa kecomelan Betik kerana Betik telah mencuri ikan masinnya yang baru dibeli di Pasar Basah Taman Universiti. Aq ingat Betik sudah sedar dan berubah, em.... tidak apalah anggap sahaja Aq sudah membuang segala kekeruhan ke atas Betik. Teratak 42 kembali meghubungi alam maya setelah hampir 3 minggu tanpa internet. Semua kembali gembira. Sekarang ini ahli Teratak 42 masing-masing di hadapan komputer masing-masing dengan aktiviti masing-masing. He he he. Dan Aq tidak perlu membakar duit di cyber kafe SK lagi. Yeah satu penjimatan yang agung. He he he. Sekarang tengah melayan La Luna - Membekas Di Hati.

p/s: Segala yang keruh mari kita jernihkan.

p/s/s: Aq akan setiasa mengupdate semasa ke semasa demi kamu semua.

2007/12/27

Tidak Gundah Lagi II

Setika dahulu Aq pernah memasukan entri bertajuk Gundah dan Tidak Gundah Lagi. Ini ada susulan daripada eposide itu. Sekarang ini Aq memberitahu bahawa IE di office boleh dibuka semula dengan beberapa langkah.
Mula-mula ke Internet Options.
Kemudian ke Content dan kemudian ke Addvisor dan kemudian ke Settings
Tekan password untuk akses masuk. Password:1234
Kemudian ke General dan kemudian User Option dan kemudian hilangkan tanda RIGHT.
Sekarang boleh layari Bebelan Anak Tukang Jahit melalui IE di office. He he he.

p/s: Thanks to Lit mengajar Aq cara-cara mengodam.

2007/12/26

Futsal With Muarian 00

Ex-Muarian berkumpul untuk berfutsal di Taman Pulai Utama, Skudai. Antara yang main Malau, Skim, Hasrol Nizam, John, Ngarip, Buaya (Azrin), Akmal, Amir, Joe, Geweng dan Aq. Sepatutnya 12 orang akan tetapi kehadiran Lancet yang terlalu lambat.

p/s: Kepada budak Muarian 00 yang berapa di JB dan area dekat-dekat JB bolehlah berfutsal pada masa akan datang. Program ini akan dijalankan semasa ke semasa. Kalu ikut perancangan sebulan sekali. Majulah sukan untuk negara.

p/s/s: Chow dulu CCTV tengah memerhati.

2007/12/23

Sesungguhnya Aku Bersujud

Kebelankangan banyak perkara - perkara membuat Aq berfikir dan memberi pengajaran yang cukup besar dalam diri Aq.




p/s: bersyukur apa yang ada, ada orang lebih susah dari kita

2007/12/20

Salam Aidiladha

Kesempatan ini, sebelum Aq berangkat ke JB, moleklah Aq cerita kisah Aidiladha Aq di Senawang. Bangun awal setelah ditugaskan menghantar emak Aq kerja di Hospital Tunku Jaafar. Kemudian solat Aidiladha. Pagi-pagi raya sudah ada orang buat dajal dekat Aq, selipar Aq kena rembat buat Aq hangin di pagi raya. Kemudian Aq tunggu juga kalau-kalau tukang rembat itu pulangkan balik. Akhirnya Aq pasrah kepada yang maha Esa, Aq pulang dengan berkaki ayam.
Nasib baik adik Aq tidak membawa N 5300 di ke mesjid kalau tidak mesti dia rakam peristiwa berkaki ayam Aq dengan N 5300. Di atas gambar adik tengah sibuk dengan N 5300 yang baru beli. Siot kecil-kecil dah ada handset. Dulu Aq hentak-hentak kaki belum tentu parent Aq belikan. Bertuah betul.
Kali ini doa adik termakbul kerana rumah Pak Long Aq jadi rumah ibu untuk Aidiladha. Kerana dalam perjalanan ke Senawang semalam adik Aq bertanya kepada Aq "Rumah Pak Long tak pernah jadi rumah ibu tiap kali raya mesti rumah kita?". Suasana Aq sunyi sedikit kerana kekurangan dua famili. Aq hanya sempat berborak dengan Pak Ngah Aq. Itu pun pasal kerja. Dia nasihatkan Aq kerja bersungguh-sungguh.

p/s: Aq hendak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Jikalau Teratak 42 boleh berhubung semula dengan dunia luar, Aq akan setiasa update.

2007/12/19

Hurting, Missing And Losing

Semua orang kehairanan dan bertanya kenapa tidak update? "En. Yazid..bile lg nak update blog nih??" (Kakok) "Aku kehairanan...Yazid x update blog...=(" (Sarmi). Sorry buat pemblog dan pembaca setia ada berapa sebab Aq tidak update, pertama Teratak 42 kehilangan nikmat internet free dan terputus hubungan dengan dunia luar kerana internet jiran sebelah tutup. Kedua, Aq baru kehilangan Tok Nah pada 6 Zulhijjah 1428H (Al-Fatihah). Ketiga, baru kehilangan budak-budak pratikal kerana dia orang sudah tamat tempoh pratikal. Keempat, kawan satu universiti Aq hendak notis 24 jam untuk berhenti kerja. Hiba :(

Sekadar Fast Trak

Ahad - setelah sampai di Teratak 42. Aq melihat Kucai kelihatan sungguh sugul. Dalam otak sudah bermain bahawa internet tiada dan Teratak 42 terputus dengan dunia luar. Memang tepat jangkaan Aq. Aduh baru hendak kejadian kemalangan di KM 142 Pagoh - Yong Peng. Kerana sebuah kenderaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di PLUS dan menyebab dua insiden yang lain. Pertama Wira dan Waja dan insiden kedua menglibatkan Waja, Waja, MyVi dan Honda.
Isnin - Keadaan office kelihatan tegang kerana Propaganda Beruang sudah terkantoi dan kewujudan sudah diketahui, juga objective utama pernubuhan Propaganda Beruang dan modus operandinya. Keras.... Dan malam hari bermula acara membakar duit di CC untuk menglihat perkembangan blog dan e-mail.
Selasa hingga Khamis - Acara membakar duit pada sebelah malam.
Jumaat - Hiba kerana budak pratikal sudah tamat tempoh bertugas. Hiba :(
Sabtu - Kerja, kerja, kerja sempena Program Gerak Tumpu Zon Parit Sulong. Banyak kejadian aneh berlaku di Parit Sulong. Orang-orangnya pun aneh. Aq kira ada 5 orang aneh di Parit Sulong.


Pandangan Bandar Pengeram (Batu Pahat) daripada 1220 Katerina Hotel
Ahad-Aq mendapat berita pemergiaan Tok Nah (1921-2007). Al-Fatihah
Isnin hingga Selasa - Mengambil EL dan tidak berkerja lepak dengan sedara-mara.
Rabu - Lagu ini Aq curi dari Cik Payung. Lagu ini Aq tujukan kepada kawan satu universiti dan jangan ngangis ketika dengar lagu ini. He he he
"Selepas kau pergi,
tinggallah disini kusendiri
Ku merasakan sesuatu,
yang telah hilang di dalam hidupku"

La Luna


2007/12/09

Workshop At Kuala Lumpur

Kisah ini agak sudah basi, tetapi otak Aq gatal hendak memberitahu dekat semua orang. Berlaku antara 4hb - 6hb December 2007. Aq menghadiri OECD Workshop on Manual Acceptance of Data, GLP & Compliance Montoring, The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Aq orang baru dalam industri agak pening hendak memahami sepenuhnya dalam workshop kali ini. Pening. pening, pening macamana Aq hendak lapor kepada boss Aq. Adoi.
Pandangan KLCC pada waktu malam daripada 906, Capitol Hotel
Pandangan KLCC pada waktu pagi daripada 906, Capitol Hotel
Aq masih tidak faham apa yang speaker bualkan.
Masa Aq berada di sekitar Kuala Lumpur, Aq amik kesempatan unutk hang out dengan Jo, Din, Zack, Mat Yus, Jaz dan Ed. Kalo ikut planing dalam otak hendak hang out dengan Das, Marish, Fay, Rusdhi, Fred, Amin, Modnok, Emphbone dan Amir kerana Aq suka buat suprise bodoh so masa Aq susun tidak fit dengan masa diaorang. Sorry Aq lewat beritahu kedatangan Aq. Next time Aq jumpa korang semua.

p/s: to Ezah aq akan emailkan wedding pics ko...tunggu...

2007/12/08

Ikhwan's Wedding

Sekitar resepsi Ikhwan (Awe) di RRIM, Sungai Buloh, Jam 1.30 pm hingga 3.30 pm;
Perkara biasa berkumpul dan membawa hadiah kepada mempelai.
Mempelai bergambar dengan family belah mempelai perempuan.
The Pelamin.
Mempelai bergambar dengan family belah mempelai lelaki.
Muarian 00 amik berkat. He he he.
Cit-Cat.
Bukti kami hadir resepsi Ikhwan & Shafiqah Yap 1.
Bukti kami hadir resepsi Ikhwan & Shafiqah Yap 2.
Bukti kami hadir resepsi Ikhwan & Shafiqah Yap 3.
Seronok khawin? Korang bila lagi?
"Sudut maut" tempat lepaskan asap.

p/s: good work, next time buat lagi.

2007/12/07

Lost & Trap


Trap
Semalam Aq lepas beli tiket movie The Heartbreak Kid lakonan Ben Stiller di TGV, OU. Perut kitaorang mula mogok kelaparan, lantas Aq dan Zack lepak dekat KFC dulu untuk menghilangkan rasa lapar kitaorang setelah sepanjang hari tidak makan makanan berat. Semasa di KFC;

Manager KFC: macam kenal je, awak budak UMS?
Aq: ya (tak pernah perasan pun minah ini)
Zack: popular siot, saya pun budak UMS juga, tak kenal?
Aq: biasalah artist. he he he
Manager KFC: tak kenal. awak budak UMS ke?
Zack: tak lah. he he he
Aq: budak SST ke?
Manager KFC: bukan, budak SSMP
Aq: ooo
Manager KFC: kenal Umi
Aq: tak
Manager KFC: budak yang kena tangkap kat China tu? budak budak SSMP juga.
Aq: ooo

Isu yang hangat diperkata anak gadis-gadis diperdaya dan terperangkap unutk dijadikan pusher di luar negara. Bukan gadis-gadis ini sahaja yang terperangkap, semalam setelah selesai membuang rasa lapar, Aq dan Zack pun perangkap di dalam wing JJ, OU semasa hendak ke TGV. Rasa macam main maze unutk mencari jalan keluar ke TGV. Akhirnya kitaorang terpaksa melalui KFC yang hampir hendak tutup. Tak dapat bayangkan kalau kitaorang terkurung dalam wing JJ, OU terasa macam movie The Terminal sahaja.

Lost
Eddie 40 an, pemilik kedai menjual peralatan sukan dan adalah masih single. Setelah menghadiri perkhawinan ex-fiancée, dia berjalan di lorong-lorong kedai dengan diiringi dengan lajgu sedih, Eddie berjumpa Lila, merupakan seorang penyelidik alam sekitar yang kelihatan terlalu baik dan cantik. Oleh kerana desakan oleh bapa dan kawan baik, Eddie pun berkahwin denagn Lila selepas hanya 6 minggu berkenalan. Bagaimanapun, Eddie hampir menceraikan Lila, apabila Eddie sedar perkhawinanan Eddie dan Lila adalah satu mimpi buruk yang Eddie tidak boleh tangani. Lila seorang tidak matang, bodoh, seperti seekor raksasa, berhutang jumlah wang kerana kokain dan hanya seorang sukarelawan. Di bulan madu mereka di Cabo, Mexico seletah Lila terkena sunburn, Eddie bertemu dengan Miranda, seorang jurulatih permainan bola realistik yang sedang bercuti untuk bersama keluarganya. Eddie mula mencintai Marinda dan ingin meninggalkan Lila yang baru dia kahwin selama seminggu. Setelah layan pecah perut dengan lawak Ben Stiller. Aq pun terus pulang, akan tetapi simpang menuju KJ di tutup untuk upgrade jalan. Disebabkan simpang itu di tutup Aq sesat untuk pulang ke Shah Alam. Siot betul.

p/s: happy wife, happy life!

2007/12/03

Wish Me Luck

"Aku memikul segala harapan di bahu, Sampai bila pun azam ku tidak luntur, Walau sering menemui jalan buntu, Tetap bersungguh ku tetap kan jaguh, Tetap semangat membara terus membakar hangat, Sekalipun jangan putus asa sebelum garis penamat, Fikiranku aman matlamat harus dicapai..."
Standing In The Eyes Of The World -
Too Phat, VE, Ruffedge, Kru, Shazzy & Phlowtron

p/s: Aq tidak bersedia lagi... wish me luck.

2007/12/02

What's Your Best Quality?

Quality #1: Intelligence
People scoring high in intelligence are more likely to be unique. Higher intelligence offers greater possibilities in terms of how someone is likely to interpret the world. In addition, intelligent people are typically more able to articulate themselves well and to have high integrity.

Quality #2: Determination
Scoring highly on this quality indicates a strong ambition in life — the kind of drive that makes a person determined to reach the goals they set for themselves. People high in determination are more likely to make decisions easily and to have a strong sense of themselves. These types are normally slightly independent. They also often look past the superficial side of life, making them more down to earth than many people.

Quality #3: Independence
Being highly independent means liking to do things on one's own and being naturally self-sufficient. Independent people are as a whole more determined than most and tend to have higher intelligence. However, it is also true that one can be independent without having high determination or intelligence and vice-versa. Another thing most highly independent people have in common is that they can possess a greater sense of integrity than many people around them do.
Tested by Tickle

2007/12/01

Tough Week

p/s: minggu yang berlaku macam-macam hal yang tidak terduga. dugaan datang dan pergi, ada yang berduka dan ada yang gembira.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails