2007/12/28

She'll Come To Me III

Khabar gembira buat ahli Teratak 42. Kembali tersenyum sinis yang indah. Teratak 42 sudah berhubung semula dengan dunia luar. Blog ahli Teratak 42 akan kembali aktif semula. Panjang datang petang tadi, kemudian menguji pandu DELL Inspiron 6400 untuk ke alam maya. Ternyata boleh menyusuri Google secara langsung. Aq, Kucai dan Joe terperanjat dengan pertemuan Panjang. Lantas Kucai terus membeli motherboard, ram dan processer baru untuk menampung kelajuan menyusuri laman blognya. Kucai sudah menghampiri impiannya. Sekarang ini Aq tidak perlu mengupdate Bebelan Anak Tukang Jahit di office.

Akhir-akhir ini semua khabar gembira kembali ke Teratak 42. Betik sudah kembali setelah sebulan di buang ketika krismas eve. Betik tidak berubah masih mencuri makanan. Kini Joe menjadi mangsa kecomelan Betik kerana Betik telah mencuri ikan masinnya yang baru dibeli di Pasar Basah Taman Universiti. Aq ingat Betik sudah sedar dan berubah, em.... tidak apalah anggap sahaja Aq sudah membuang segala kekeruhan ke atas Betik. Teratak 42 kembali meghubungi alam maya setelah hampir 3 minggu tanpa internet. Semua kembali gembira. Sekarang ini ahli Teratak 42 masing-masing di hadapan komputer masing-masing dengan aktiviti masing-masing. He he he. Dan Aq tidak perlu membakar duit di cyber kafe SK lagi. Yeah satu penjimatan yang agung. He he he. Sekarang tengah melayan La Luna - Membekas Di Hati.

p/s: Segala yang keruh mari kita jernihkan.

p/s/s: Aq akan setiasa mengupdate semasa ke semasa demi kamu semua.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betik membawa ion yang bercaskan ion negatif dari ikan masin joe itu.. ia perlu untuk menarik kembali suasana anti-sosial di teratak... mari kembali ke kehidupan anti-sosial yang kita agung-agungkan sejak dahulu lagi.. go betik.. go betik.. sorak ramai ramai.. one two three.. go betik.. lagi.. kurang dengar .. go betik.. apakah aku mabuk?

Yazid Husain berkata...

ha ha ha. Betik makin popular kembali.

Tanpa Nama berkata...

umah aku jugak mungkin akan jadik seperti teratak korang.. internet free byk di sini.. yihaaa..

(aku aje yang tidak pernah mengetest sebelum ini.. adehhh...)

kakok berkata...

wah..bahagia nampak :)

Yazid Husain berkata...

to tz
kenapa tidak try sejak dulu lagi

to kakok
:) happy semula

President (wiir2000) berkata...

bajet tetap bajet...hehehe

Yazid Husain berkata...

bajetla. jimat selagi boleh jimat

peyus berkata...

ekonomi terjamin r klu ini mcm..haha..blh kawen cpt..

Yazid Husain berkata...

ha ha ha ha ha. isu kawin menjadi berbualan setelah umur sekian meningkat

aiyrie berkata...

camaner nak dapatkan i nternet free???

President (wiir2000) berkata...

"...p/s/s: Aq akan setiasa mengupdate semasa ke semasa demi kamu semua."

Misi yang suci...muahahahahhaa!!!

Yazid Husain berkata...

to aiyrie
perlukan wireles dan searching di persekitaran kamu, kalu ada itu namanya rezeki

to president
usaha murni :)

abeming berkata...

Hi, ini tidaklah begitu berkait dengan page anda, tapi ia adalah web yang anda tanya saya sebulan yang lalu tentang cara mengempiskan perut, saya telah cuba, dan saya semakin boroi. Well, ini webnya

=)

Yazid Husain berkata...

ha ha ha. kelakar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails