2010/07/30

Bagaikan Semut Hitam diatas Batu Hitam

وَمَا أُمِرُوا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ  

Maksud Nya : “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada Nya.” 
Surah Al Baiyyinah Ayat : 5 

Minggu lepas Kami ada berbincang mengenai keikhlasan ketika berkerja.

Beberapa minggu-minggu lepas, di organisasi Aq telah masuk beberapa personal-personal yang bermotivasi  tinggi. Aq juga dapat melihat keprofessionalisma dan persona mereka sangat terselah. Di dalam hati Aq terdetik adakah mereka akan kekal bergitu atau sekadar penyapu baru sahaja. Aq berharap berkekalanlah.

Kemudian Cat ada cerita kisah-kisah keikhlasan ketika berkerja. Aq terfikir sejenak, Aq kadang kala menrungut. Inilah itulah. Adakah Aq berusaha untuk berubah lebih baik demi organisasi  kita berkerja atau keluarag kita atau diri sendiri. Padahal tiap-tiap bulan kita memperolehi gaji. Dengan gaji ini kita makan, minum, ada tempat berlindungan, boleh pakai kereta, dan pelbagai lagi. Huh. Aq sekadar mengingatkan diri Aq supaya berubah. Jika tidak berpindah sahaja atau keluar dari organisasi yang sekarang ini. He. Sanggup?

Dulu Arwah Atok Aq pernah pesan dalam hidup keberkatan yang di cari. Pangkat, harta, kekayaan dan kemewahan akan datang kemudian. Walaupun terasa teraniaya dengan ketua-ketua yang berpangkat tinggi. Biarkan nantikan mereka dibawah juga. Sekadar luahan. He he he. 

Setelah itu .....

p/s: sekadar ingatan untuk Aq.

2010/07/29

Are Vitcim of Plagiarism?

Masih di Universiti Putra Malaysia.

Cat pernah tanya Aq bagaimana hendak menghalang foto dan text daripada di salin oleh orang lain.

Maka besoknya Aq terus mencari Java/HTML script yang sesuai. Aq hanya dapat menghilangkan function right click di Bebelan Anak Tukang Jahit. Memanglah Aq tidak menyukai engkau orang amik foto daripada D40X di ambil sewanangnya. Setakat ini Aq sudah hilangkan function cursor pada foto Aq, meletakan watermark didalam foto dan mengecilkan foto aq sehingga 1024 pikels. Aq juga telah mendaptkan pendapat daripada pakar. Jika gamabr kurang daripada 1024 pikels dan ada watermarksuakr untuk mereka publish. Jika engkau orang terjumpa foto kamu di dalam sawang dan blog mereka. Engkau orang boleh mengarahkan webmaster atau pengandali laman sawang / blogger untuk membuang gambar tersebut. Jika engkau orang ada copyright untuk foto tersebut. Selain itu boleh ketik Google Support Forum.

Sebenarnya jangan engkau orang risau, peratusan ini adalah sedikit kerana kebanyakan adalah untuk tujuan mendapatkan maklumat bukanya untuk mencuri dan menyalin hasil kerja tersebut. Ini adalah sangat tidak professional dalam industri. He he he.

So engkau orang salin Java/HTML script bagi mematikan function right click di blog engkau orang. Sila ketik bagi medapatkan kod Java/HTML di Angelfire dan Dymanicdrive. Salin kod tersebut dan tampal pada template blogger engkau orang di Page Element kemudian ketik Gadget kemudian ketik Java/HTML script. Apabila anda tekan butang tetikus kanan. Akan keluar seperti paparan "function disabled". Untuk lebih kretif tukar "function disabled" kepada "jangan coba-coba" atau "opss web ini ada virus" atau "hi ther, dari ko salin foto ini lebih baik tolong emak ko ke kedai". Ikutlah mana-mana yang engkau orang mahu.

p/s: sebenarnya pernah Aq nampak web-web tertentu menyalin isi kandungan teks di Bebelan Anak Tukang  Jahit. cuba search di Google; ebelan Anak Tukang Jahit
ul>






Google












2010/07/28

Breastfeeding On Demand

Kini di Universiti Putra Malaysia. Bagaimana demand Eshal terhadap susu Mummynya?

Minggu lepas Aq ada mengatakan Eshal sudah minum Enfalac A+. Enfalac A+ adalah backup bekalan kepada susu Mummy Eshal. Manakala Dutch Lady Langkah 1 adalah backup kepada Enfalac A+. Mana tahu Eshal berubah angin. Sekarang ini berat Eshal sekitar 5.0-5.5 kg maka Cat kena sediakan 15oz susu untuk waktu Kami berkerja.Jadual diatas sangat berguna bagi Ibu yang berkerja dan kena perah susu untuk anak mereka.

Jadual ini Kami dapat daripada Kak Ayu sepupu Aq. Sangat berguna dijadikan panduan. Harapan Kami dapat menyusukan badan sehigga Eshal 6 bulan amat bersyukur. Kalu lebih lagi bagus. Cat sekarang ini meninum Quicker Oat Instant Oatmeal dan mendapat suplement daripada Blackmores Pregnancy Formula bagi menjayakan usaha Kami. He he.

Harap Cat dapat sediakan Oatmeal Fish setelah Aq pulang ke Johor Bahru kelak. Terliur Aq.

Bahan-bahan;
*segenggam daun kari (baik segar atau kering) 

*5 kecil cili padi agak pedas tapi enak, cincang di sudut 

*6 sudu oatmeal 

*350 g fish strips goreng (atau udang goreng ) 
*1 sudu mentega 

*2 clovebawang putih dan cincang halus

Cara-cara
*Pertama, siapkan ikan dan hangatkan dalam oven sedang hangat.
*Kedua, lelehkan mentega.

*Ketiga,
tambah bawang putih cincang, cili padi dan daun kari
untuk tumis sehingga harum

 
*Keempat, campur serpihan oatmeal untuk sehingga coklat keemasan.*Akhirnya, salut  fish strips goreng dengan oatmeal harum.

Recipe by adel h sofood.

p/s: semoga misi Kami berjaya. Amin

2010/07/27

Save The Temengor Forest!

image by Bonuslink
Sekarang ini Aq di Damasara Ara Masih Johor Bahru, tengahari baru bertolak. Bagaimana Cat dan Eshal sekarang. He he he.

Kepada para pemengang Kad Bonuslink boleh menderma 500 point kepada Hutan Temengor. Engkau orang boleh buat sebelum 15 September 2010. Erm Aq memang terimgin menolak 500 point daripada Bonuslink akan tetapi Aq kekurangan 165 point lagi. Huh. Sekarang ini Aq kurang berbelanja dengan mengunakan Bonuslink. Kecuali pembayaran bil di Digi dan cermin mata di Focus Point.

Minyak pula Primax 97 untuk Kuntum di Petronas mengunakan Mesra. Shell sudah lama Aq tinggalkan. Membeli belah pula di Tesco dan Jaya Jusco masing-masing ada Tesco Clubcard dan Jaya Jusco Card. Parkson sudah berdekad tidak mengenjunginya. Cermin mata 5 tahun sekali baru tukar. He he he.

Aq usaha untuk mendapatkan 165 point lagi dengan pembayaran bil telekomukasi Digi. Jika engkau orang masih berbelanja di Shell, Focus Point dan Parkson sila guna Bonuslink. Kemudian derma ke Malaysian Nature Society (MNS) untuk selamatkan Hutan Temegor.

p/s: Save our forest!!!

2010/07/26

Eshal: 15 Weeks

image by AP
Mungkin ketika ini Aq dalam perjalanan ke Ara Damasara, Kuala Lumpur. Aq masih di Johor Bahru. Besok baru bertolak ke Universiti Putra Malaysia. Keadaan hujan lebat disini.

Eshal Numa ketika 15 minggu:

Kegemaran: senyum, main biuh-buih di mulut dan membuang soothers Philips AVENT 
Makanan: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Minuman: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Kebolehan Sekarang: sudah ada 10 sebutan yang berbeza, senyum, tidur peluk bantal dan keluarkan soothers Philips Avent dan masukan kembali, pegang barang dan picit button Musical Key Teether
Program TV Kegemaran: Rugarts (setiap pagi) Barney & Friend (Sabtu pagi)
Imunisasi: Rotavirus dan Pneumococcal Vaccine untuk kali kedua

Aq baru jumpa gambar Eshal minggu lepas setelah Aq menjenguk Ap di Facebook. Ha ha ha. Gelak Aq keseorangan dihadapan Desktop Acer  Veriton 6800 Mungkin ini kebolehan baru Eshal bergaya di depan Nokia Express Music N 5800 milik Ap. Kenalah dengan simbol yang dilakukan oleh Eshal. Rock seh!. He he he.


Minggu lepas Eshal mendapatkan suntikan tambahan yang kedua iaitu suntikan Rotavirus dan Pneumococcal Vaccine. Erm. Biasa ada sedikit radang di kawasan suntuikan. Okay juga Eshal tidak deman. Superkid. Cat yang cakap. Semoga Eshal sihat dan selamat. Amin. 

Kami ada tanya Pead kenapa Eshal sukar terima Mead Johnson Enfalac A+. Pead di Hospital Pakar Putri berkata "she know what the best for herself". He he he. Anda semua boleh bagi baby anda susu formula lain dengan syarat Daddynya atau orang lain yang memberi jika baby nampak kelibat Mummynya atau Mummynya yang beri pasti baby tersebut tidak mahukan susu formual tersebut.

 Aq akan update jika kesempatan. Kerana minggu ini Aq ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerjajaya. Aq akan berada di Damasara selama 2 hari dan Universiti Putra Malaysia, Serdang 3 hari. He he he. Bebelan Anak Tukang Jahit akan sentiasa update secara automatik dan berjadual dari 26 Julai hingga 30 Julai.

p/s: seminggu tiga hari tidak jumpa Eshal nanti bagaimana rasanya eh?

2010/07/23

Naruto Freaking Again


Sudah menjadi kebiasaan setiap Khamis mestiberlaku peristiwa bakar-membakar dan api-mengapi antara Aq dan Sir Rog. Jangan salah sangka kami bukanlah Kaki Bakar arahan U-Wei. He he he.

Akan tetapi.

Berkaitan siapa yang baca dahulu Naruto secara online. Hahaha. Kiranya siapa yang update dahululah. Naruto garapan Mamashi Kishimoto menjadi gilaan para peminat manga sedunia. Lagi-lagi iPad sudah keluar ini lagilah best membaca manga secara online. Secara tidak langsung boleh selamatkan alam sekitar. He he he. Maksudnya kertas tidak diperlukan lagi boleh subsribe by online.

Erm.

Minggu depan Aq kena pergi Kuala Lumpur seminggu tiga hari. Rindulah Aq dekat Cat dan Eshal. He he he. Tidak dapat merakam gambar Eshal dengan Nikon D40x dan mungkin tidak dapat update Bebelan Anak Tukang Jahit.

p/s: 5 days without Eshal macamana perasaannya eh? Yes 3 days without Eshal. Rabu baru ke Kuala Lumpur

2010/07/22

Everlast 100th Anniversary

Semasa Eshal 100 hari, Aq ada menceritakan bahawa Kami ke City Square, Johor Bahru. Naik sahaja daripada tangga bergerak. Kami sudah nampak Band Gurl daripada Sultan Ismail Girl School bermain pacaragam. Menarik. Di samping itu ada majlis 100th Anniversary Everlast di City Square, Johor Bahru.

Ini Aq seakan stalker daripada papan ada badan lelaki yang gagah Aq merakam pasukan pacaragam tersebut. He he he. Menarik juga gambar ini. Masuk bakul angkat sendiri pulak. He he he. Ilmu ini Aq dapat daripada Cikgu-Cikgu. Biasalah budak baru belajar. He he he.

Aq baru teringat bahawa Kami ada produk Everlast. Masa itu Kami sedang berchenta. Aq membeli sepasang kasut Everlast dan Cat pula pumpshoe Everlast di Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Selepas kami turun daripada Skybridge Petronas Twin Tower. Sekarang ini masih adalah lagi kasut Everlast di rak kasut Kami. Ha. Sudah berabuk kot. Ha

p/s: everlasting love.

2010/07/21

Tajung Ketapang, Muar

Minggu lepas Kami bercadang untuk memotong rambut Kami. Aq ingin memotong rambut ala-ala Matthew Bellamy vokalis Muse. Ha ha ha. Daddy jiwa muda. Cat pulak ingin memotong hujung-hujung rambut yang telah rosak. Aq ingin sangat Cat potong rambut menjadi pendek. Baru hawtz mummy. Ha ha ha. Akan tetapi hasrat itu harus dilupakan kerana Maknya tidak merestui. He he he. Awal pagi lagi Kami sudah ke Buddy Hair Studio di Jalan Abdullah, Muo.

Malangnya terlalu awal setengah jam, maka Kami ke Tanjung Ketapang untuk melihat monyet-monyet disana. He he he. Sampai di sana Aq melihat penagih-penagih di bawah Angensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) sedang mejalankan kerja-kerja khidmat sosial. Di mana mereka sedang mengutip sampah di kawasan Tanjung Ketapang. Bagus. Ini adalah satu cara untuk membuang taggapan negatif kepada mereka. So jangan tutup tingkap semasa berhampiran mereka dan jangan fikir kereta anda akan di hijacked pulak. Sila buang perasan prejudiced kepada mereka.

Ouch. Tergigit lidah.

Aq pun ke Jeti untuk merakam monyet-monyet di Tanjung Ketapang. Manakala Cat sedang memerhati anak kecil memberi makanan kepada si monyet tersebut. Aq sempat berkenalan dengan photographer yang berada di sana. Syukri Yusof. Sempatlah Aq berbual dah bertukar-tukar ilmu. Boleh Aq berguru dengannya kelak. So sesiapa hendak tengok hasil kerja Syukri Yusof boleh ketik di Epic Qasih. Setelah itu, Kami kembali ke Jalan Abdullah, Muar.

Setiba di Buddy Hair Studio. Kami pun menjalankan hasrat yang tertangguh. Rupanya hairstylist yang memotong rambut Kami pun minat dengan dunia photographer. Seorang pemilik Nikon D90 dan seorang lagi pemilik Canon EOS 50D. Walla. DSLR sekarang menjadi punca rezeki dan masa yang sama sebagai hobby. Menarik. Berbuallah Kami dengan hairstylist kalu tidak tidur menjadi pilihan. Ha ha ha.

p/s: walaupun Kami sudah mempunyai Eshal, hairsylist masih kata kami boyfriend-gurlfriend. Hak Hak.


2010/07/20

Eshal: 14 Weeks

Eshal Numa ketika 14 minggu:

Kegemaran: Berbual dan tersenyum ketika waktu pagi dan ketika Kami pulang ke rumah.
Makanan: Susu Mummy, Enfalac A+, Dutch Lady Langkah 1, Heinz Organic Apple Sauce and Banana.
Minuman: Susu Mummy, Vitagen.
Kebolehan Sekarang: Tersenyum, rolling sleeper, pandai bergaya depan D40X dan menetapi masa.
Program TV Kegemaran: Barney & Friend

Akhirnya Eshal minum Enfalac A+ semalam. Lega rasanya. Sebelum ini Eshal amat sukar menerima makanan lain selain susu Mummynya. Minggu lepas susu Mummynya mula berkurangan. Perkara ini membuatkan Aq kerunsingan seketika. Kini Eshal merlukan 14oz susu Mummynya pada waktu siang sedangkan Cat hanya mampu 10oz. Menambahkan kerisauan Kami. Minggu lepas, Eshal hanya minum susu Dutchlady Langkah 1 itu pun sampel daripada klinik. dan masih tidak mahu menerima Enfalac A+. Erm. Yeah. Lega setelah Eshal dapat menerima Enfalac A+. He.

Masalah kepupuaan Eshal sudah berkurangan setelah Kami memberi sedikit makanan campuran dalam kuantiti yang sedikit kurang 1oz pun. Setitik vitagen, sesudu
Heinz Organic Apple Sauce and Banana. Nanti Eshal berusia 4 bulan baru boleh bagi jus buah-buahan segar. He he he.

Barney & Friend sekarang mampu membuat Eshal khayal untuk tidak mandi pagi. Kebolehan Eshal sekarang sudah tidur begolek. Sekejap ke kanan, sekejap kekiri. He he he. Mampu buat Aq terhibur. Ha ha ha
.

p/s: I love you, you love me, we are happy family. He he he.

2010/07/19

Happy Birthday Cat :D

Jumaat yang lalu, Cat menyambut ulang tahun kelahirannya di Muo. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya. He he he. Majlis kecil-kecil. Seakdar acara potong kek. He he he. Aq tukang merakam kejadian dengan D40X dan Envrio GZ-MS95. Memang tidak menang tangan. He he he. Tengok Eshal sudah gigit jari bilalah Mummy siap potong ini. He he he.Kek Chocolate ini telah ditempah di SmashingLY! halal homemade cake and pastries. Memang menarik coraknya dan sedap pada harga berpatutkan. He he he. So sesiapa yang tinggal area Johor Bahru boleh tempah di SmashingLY! eh. Sesuai untuk pelbagai majlis. SmashingLY! bukan sahaja membuat kek akan tetapi engkau orang boleh tempah cupcake (masa Kitaorang khawin SmashingLY! cup cake blueberry memang lazat dijadikan hantaran), biskut dan pelbagai kek lagi. Sila kunjung SmashingLY!.
Telah menjadi kebiasaan Cat, memberi hadiah kepada Maknya hadiah ketika ulang tahun kelahirannya. He he he. Ini kek lobak dengan walnut disaluti dengan chess. Memang lazat. Tidak kurang juga kek chocolate memang lazat.
Selama tiga hari perut Aq penuh dengan kek. Lazat. Memang layan kek-kek ini. Sesiapa yang berminat boleh ketik SmashingLY!. Buat tempahan sekali.

p/s: komisen dah promote. he he he. gurau.

2010/07/16

Beautiful is Pain: After 3 Weeks

Dalam masa tiga minggu ini Aq hanya dibekalkan dengan bubur sahaja atau makan berair. Itu atas pun atas arahan dentist, Cat risau jika wire atau bracket Aq tercabut. Bayar mahal babe!. He he he. Bagaikan rutin sekarang menyediakan bekal di awal pagi biasalah full time job to be good Daddy. He he he. Eshal pun Kami sudah latih bawa bekal engkau orang boleh tengok foto di atas. Bawa bekal memang menjimatkan lagi-lagi Kerajaan Malaysia dalam usaha GTP ini akan mengurangkan pengantungan subsidi.

Semalam sudah diumumkan bahawa RON 95 naik 5sen, RON 97 mengikut harga pasaran minyak, LPG naik 10 sen, Diesel naik 5 sen dan gula naik 25 sen. Ini akan meningkatkan kos bagi industri makanan dan logistik. Erm. Ini juga akan menjimatkan perbelajaan Kerajaan sebanyak RM 750 million. Boleh ketik di Government Transformation Programme. Nasib baik, Kami sudah membawa bekal selama setahun. Kadang kala makan di luar. Ini sebagai latihan untuk menghadapi perkara seperti ini. Membawa bekal tidak perlu keluar mencari makanan. Ialah keluar mesti guna kenderaan. Dalam kes Aq sudah 10 km pergi balik office ke Taman Universiti. Sudah seringgit melayang itu tidak termasuk makanan dan minuman yang kita beli. Kira sendiri eh.

Akhirnya setelah 3 minggu Aq pakai braces ini, semalam barulah Aq dapat menjamah makanan pejal. Semalam Kami raikan di KFC Jaya Jusco Taman Universiti. Tujuan asal adalah untuk mencari Huggies Comfort masa JJ Card Day di Jaya Jusco Taman Universiti. Nampaknya tidak tercapai beza RM 10 dengan Tesco Bukit Indah. Tidak mengapa lain kali sahaja. Setelah itu, kerana perut lapar sangat. Kami ke KFC Jaya Jusco Taman Universiti. Sebelum itu, Kami sempat jumap Hint. Dapatlah Uncle Hint jumpa Eshal. Borak-borak perut pun lapar.

Aq pun terus order KFC Tosted Pocketful dan untuk Cat pula Colonel Chicken Rice Combo. Dan semnetara itu Cat mendapatkan tempat duduk bersama Eshal. Setelah Aq hilang-hilang macam iklan tu. He he he. Padanya mulanya memang susah nak kunyah. Ialah sudah tiga minggu tidak menguyah seakan sudah luap. He he he. Akhirnya Aq cuit-cuit sedikit demi sedikit. He he he. Berangan handak kunyah.

Kemudian Kami ke rumah Sir Rog. Dapat juga Uncle Sir Rog sekeluarga jumpa Eshal. Kami di jamah pula dengan Damino Pizza. Aq still makan cuit-cuit juga. Susah hendak kunyah. He he he. Hallif seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya aktif kesana kemari. Sementara Aq melayan Hallif . Eshal pulak diperhatikan oleh Sir Rog, Ned dan Cat. Eshal memang suka dapat perhatian daripada ngatuk terus tidak jadi tidur. Bergitu jug si Hallif. He he he.

Setelah pakai braces selama 3 minggu ini memang ada perubahan. Hik Hik. Cat cakap, Mak Mertua Aq cakap dan Sir Rog cakap. He he he.

p/s: Cat, selamat ulang tahun ke 26. semoga panjang umur dan murah rezeki. he he he. :o

2010/07/15

Showdown 2010

Semalam selepas ke Tesco Bukit Indah, setelah kemas-kemasa barang dapur yang baru dibeli. Lantas Aq membuka channel Astro 708 atau 8TV dimana diadakan Final Showdown 2010. Sebelum ini Aq hanya dengar ulasan daripada Sir Rog sahaja. Acap kali Aq terlupa untuk menontonnnya. Setelah dengar DJ Fly.fm membebel semasa Aq memandu Kuntum ke Tesco baru Aq teringat ada Showdown hari ini.

Damn. Rupanya dah final.

Aq tengok celam-celup sahaja. Tau-tau sahaja Floor Fever dah keluar. Kemudian Aq tengok Wakaka dan Giller Battle bershowdown. Okaylah tengok kedua-dua crew ber
krumping, popping, locking dan break dancing kira terhibur sedikit jiwa muda Aq. He he he. Actually Aq suka dengar lagu yang dispinkan oleh DJ Uno dan Dj Cza. Terhibur wo. Dua jari terangkat.

So setelah diorang showdown, Wakaka crew diumumkan sebagai pemenang Showdown 2010. Baru Aq perasan rupakan leader Wakaka, Alam. Yang ada cerita pasal Alam dari Muo ke Kuala Lumpur bagi mengejar impian sebagai penari. Alam's Story pasti engkau orang ada tengok di 8TV.

Okay.

Setelah Aq berguru dengan tukang amik gambar rasmi BioJohor2010. So dapat juga Aq mengunakan segala ilmu untuk merakam detik free-show di City Square tempoh hari. He he he. Sorry bro tercakap orang putih dengan lu tempoh hari tu. By the way, thanks kasi rakam sedikit gambar. Chill cool, ther!!!.

p/s: from the street to the stage.

2010/07/14

Mentor

Hahaha. Kesilapan yang biasa Aq buat, jika ada dinner mesti Nikon Speedlight SB-600 kehausan bateri. Damn. Hasilnya gambar gelap. Betapa di BioJohor 2010 selama dua hari menarik juga kerana Aq dapat belajar dengan mentor yang merupakan jurufoto rasmi bagi BioJohor 2010. Selain itu juga Aq ada merujuk kepada jurufoto yang lain bagi meningkatkan skill Aq. Boleh ketik di ruang Cikgu-Cikgu di Sidebar Bebalan Anak Tukang Jahit.

p/s: Aq budak baru belajar. teriam kasih cikgu-cikgu.

2010/07/13

KaKa

Inilah first car Eshal. Nama timangan KaKa sebenarnya CarCar. Pengeluar Maclaren. Model Techno XT. Lifetime warranty.

Mungkin KaKa akan jadi kenderaan rasmi kepada adik-adik Eshal kelak. Memang best Techno XT ini. Senang untuk lipat dan buka. Konsepnya macam payung. Setakat ini Aq masih belum merungut setelah hampir sebulan mengendalikan Techno XT.

Mungkin tiada rezeki, Kami hanya terlewat beberapa hari sahaja untuk mendapatkan Techo XT dengan harga 30% lebih rendah. Huhu. Tidak mengapa 10% peratus pun okay juga. Kepada sesiapa yang berminat boleh tengok video dibawah.




p/s: Menarikan?

2010/07/12

100 Days

Hujung minggu. Eshal sudah seratus hari umurnya. Semakin hari semakin chomel. He he he. Hujung minggu adalah quality time bersama keluarga. Sesudah urusan siap. Cat mencadangkan makan Mc Flurry Oreo di restoren McD yang terdekat. Aq sangat setuju bagi meraikan 100 hari.

Kemudian Aq bercadang ke JB Art Festival di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan kemudian ke City Square. Malangnya kerana kesilapan mendapatkan informasi Kami terlalu awal ke JB Art Fesital. Masuk adalah percuma dan pada jam 1700 barulah JB Art Fesital dibuka kepada semua pengujung.

Ouch.....

Kemudian kami ke City Square bagi mendapatkan gelang 100 hari kepada Eshal. Gelang kayu sahaja. He. Mencari medan meletak kereta memang lama di
City Square. Eshal mula mengaruk. Nasib baik Kami dibenarkan parking dikawasan larangan. Terima kasih kepada pak guard berbasikal. Semasa di City Square ada persembahan breakdance dan pacaragam daripada Sultan Ismail Girl School. Menarik. Aq merakam aksi mereka dengan D40X. Kelak Aq tampal di Bebelan Anak tukang Jahit.

p/s: Yeah.

2010/07/09

Overload Task III

Geram betul Aq dengan ayat superior Aq "Awak ada camerakan awak amik gambar!". Damn engkau ingat D40X ini kamera office ke?. Apa punya manusia dah, suka-suka guna hak orang lain. Okaylah setakat ini sahaja.

2010/07/08

Koi The Last Airbender

Untuk beberapa hari dalam minggu ini, Aq diarahkan ke Bangunan Sultan Ismail,Kota Nusajaya bagi mengwakili CEO. Kira pengalaman pertama ke Bangunan Sultan Ismail. Wow. Di sana hanya dengar perwakilan berbahas sahaja dan mencatat perkara-perkara yang berkaitan.

Akan tetapi Aq lagi tertarik dengan ikan ini. Mungkin ikan Koi. Seakan dalam kartun
Avatar: The Last Airbender Season 1 dalam episode The Siege of the North 1 & 2. Tenang seketika. Indah betul kejadian Yang Maha Esa.

Seronoknya ikan-ikan ini berputar dengan satu bulatan semasa Aq memerhatikan gelagat mereka. Kemudian Aq ketik D40X. Ikan-ikan ini masih membentuk satu bulatan. Ikan-ikan ini membentuk dua bulatan selepas Aq mengetik kali kedua. Jika Aq letik kali ketiga?

p/s: masih juga dua bulatan.

2010/07/07

BioJohor 2010 Conference

Semalam bermulanya, Persidangan BioJohor2010 di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru. Kepada para pelabur, para penyelidik dan pelajar boleh berkunjung disana. Persidangan ini akan tamat pada 8 Julai 2010.

Semalam, Aq di suruh merakam foto kenangan di booth organisasi Aq berkerja. Mereka kata D40X chantek amik gambar. Memang. Tapi banyak chantek. He he he. Aq merakam juga tapi sebagai kenangan peribadi. He he he.

p/s: tok guru ajar jangan amik foto secara percuma. paling murah pun 1 Ringgit. 1 Malaysit 1 Ringit.

2010/07/06

Big Smile

Eshal sudah senyum besar. He he he. Inilah foto candid yang sukar di perolehi. Mood Eshal sangat baik sebelum beralih bulan. Kini Eshal sudah 3 bulan. He he he. Alhamduillah.

2010/07/05

Gadis Selendang Merah

Ini adalah foto experimental kepada Eshal bila Eshal pakai selendang Mok Tehnya. Memang cute. Eshal di gayakan dengan pelbagai jenis ikatan tudung.
Hehehe. Makcik-makcik yang paling happy. Daddy dan mummy happy juga. He he he.

p/s: Monday blues

2010/07/02

Breastfeeding vs Enfalac A+

Setelah 3 bulan Eshal BF, Kami ingin mencampur dengan susu formula Enfalac A+. Sangat kagum Eshal tidak mahu langsung susu formula Enfalac A+ masi ingin susu ibunya. He he he. Setelah diberi 2 kali susu formula Enfalac A+ masih juga tidak mahu siap merajuk dan menolak botol susu formula Enfalac A+. Mungkin Eshal ingin terbaik untuk dirinya. Ha ha ha.

p/s: Sayalah kali pertama..., terima kasih ibu.

2010/07/01

Beautiful is Pain: Bracket & Wire

Masuk hari ketiga Aq pakai braces, Aq punya bracket di Gigi 7 belah kanan tercabut semasa makan bubur ayam McD. Panik juga. Hanya bracket tercabut. Kenalah pergi Klinik Pergigian Uda. Besoknya Cat dan Eshal boleh pergi ikut pergi Klinik Pergigian Uda. Aq ingat lama rupa selama Eshal menukar lampin.

Semalam
tercabut wire pulak sebab semalam Aq pergi makan satay keras. He he he. Perasan boleh kunyah. Kenalah pergi Klinik Pergigian Uda semula. Nurse yang pasangkan sebab Dentist tiada pergi Bali. Ooo. Cuak. Tetapi tidak ada apa-apa.

Pakai braces kena betul-betul commitment yang tinggi. Kena ikut pantang. Kalu tertanggal ini tertanggal itu, takut-takut melambatkan lagi proses pemulihan. Malam hari pulak Aq melekatkan sellotape dekat mulut supaya terkatup rapat. He he he. Dentist nasihatkan Aq bernafas ikut mulut walaupun tidur. Terpaksa demi kebaikan Aq juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails