2010/07/20

Eshal: 14 Weeks

Eshal Numa ketika 14 minggu:

Kegemaran: Berbual dan tersenyum ketika waktu pagi dan ketika Kami pulang ke rumah.
Makanan: Susu Mummy, Enfalac A+, Dutch Lady Langkah 1, Heinz Organic Apple Sauce and Banana.
Minuman: Susu Mummy, Vitagen.
Kebolehan Sekarang: Tersenyum, rolling sleeper, pandai bergaya depan D40X dan menetapi masa.
Program TV Kegemaran: Barney & Friend

Akhirnya Eshal minum Enfalac A+ semalam. Lega rasanya. Sebelum ini Eshal amat sukar menerima makanan lain selain susu Mummynya. Minggu lepas susu Mummynya mula berkurangan. Perkara ini membuatkan Aq kerunsingan seketika. Kini Eshal merlukan 14oz susu Mummynya pada waktu siang sedangkan Cat hanya mampu 10oz. Menambahkan kerisauan Kami. Minggu lepas, Eshal hanya minum susu Dutchlady Langkah 1 itu pun sampel daripada klinik. dan masih tidak mahu menerima Enfalac A+. Erm. Yeah. Lega setelah Eshal dapat menerima Enfalac A+. He.

Masalah kepupuaan Eshal sudah berkurangan setelah Kami memberi sedikit makanan campuran dalam kuantiti yang sedikit kurang 1oz pun. Setitik vitagen, sesudu
Heinz Organic Apple Sauce and Banana. Nanti Eshal berusia 4 bulan baru boleh bagi jus buah-buahan segar. He he he.

Barney & Friend sekarang mampu membuat Eshal khayal untuk tidak mandi pagi. Kebolehan Eshal sekarang sudah tidur begolek. Sekejap ke kanan, sekejap kekiri. He he he. Mampu buat Aq terhibur. Ha ha ha
.

p/s: I love you, you love me, we are happy family. He he he.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails