2010/07/01

Beautiful is Pain: Bracket & Wire

Masuk hari ketiga Aq pakai braces, Aq punya bracket di Gigi 7 belah kanan tercabut semasa makan bubur ayam McD. Panik juga. Hanya bracket tercabut. Kenalah pergi Klinik Pergigian Uda. Besoknya Cat dan Eshal boleh pergi ikut pergi Klinik Pergigian Uda. Aq ingat lama rupa selama Eshal menukar lampin.

Semalam
tercabut wire pulak sebab semalam Aq pergi makan satay keras. He he he. Perasan boleh kunyah. Kenalah pergi Klinik Pergigian Uda semula. Nurse yang pasangkan sebab Dentist tiada pergi Bali. Ooo. Cuak. Tetapi tidak ada apa-apa.

Pakai braces kena betul-betul commitment yang tinggi. Kena ikut pantang. Kalu tertanggal ini tertanggal itu, takut-takut melambatkan lagi proses pemulihan. Malam hari pulak Aq melekatkan sellotape dekat mulut supaya terkatup rapat. He he he. Dentist nasihatkan Aq bernafas ikut mulut walaupun tidur. Terpaksa demi kebaikan Aq juga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails