2010/07/26

Eshal: 15 Weeks

image by AP
Mungkin ketika ini Aq dalam perjalanan ke Ara Damasara, Kuala Lumpur. Aq masih di Johor Bahru. Besok baru bertolak ke Universiti Putra Malaysia. Keadaan hujan lebat disini.

Eshal Numa ketika 15 minggu:

Kegemaran: senyum, main biuh-buih di mulut dan membuang soothers Philips AVENT 
Makanan: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Minuman: Susu Mummy, Mead Johnson Enfalac A+.
Kebolehan Sekarang: sudah ada 10 sebutan yang berbeza, senyum, tidur peluk bantal dan keluarkan soothers Philips Avent dan masukan kembali, pegang barang dan picit button Musical Key Teether
Program TV Kegemaran: Rugarts (setiap pagi) Barney & Friend (Sabtu pagi)
Imunisasi: Rotavirus dan Pneumococcal Vaccine untuk kali kedua

Aq baru jumpa gambar Eshal minggu lepas setelah Aq menjenguk Ap di Facebook. Ha ha ha. Gelak Aq keseorangan dihadapan Desktop Acer  Veriton 6800 Mungkin ini kebolehan baru Eshal bergaya di depan Nokia Express Music N 5800 milik Ap. Kenalah dengan simbol yang dilakukan oleh Eshal. Rock seh!. He he he.


Minggu lepas Eshal mendapatkan suntikan tambahan yang kedua iaitu suntikan Rotavirus dan Pneumococcal Vaccine. Erm. Biasa ada sedikit radang di kawasan suntuikan. Okay juga Eshal tidak deman. Superkid. Cat yang cakap. Semoga Eshal sihat dan selamat. Amin. 

Kami ada tanya Pead kenapa Eshal sukar terima Mead Johnson Enfalac A+. Pead di Hospital Pakar Putri berkata "she know what the best for herself". He he he. Anda semua boleh bagi baby anda susu formula lain dengan syarat Daddynya atau orang lain yang memberi jika baby nampak kelibat Mummynya atau Mummynya yang beri pasti baby tersebut tidak mahukan susu formual tersebut.

 Aq akan update jika kesempatan. Kerana minggu ini Aq ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerjajaya. Aq akan berada di Damasara selama 2 hari dan Universiti Putra Malaysia, Serdang 3 hari. He he he. Bebelan Anak Tukang Jahit akan sentiasa update secara automatik dan berjadual dari 26 Julai hingga 30 Julai.

p/s: seminggu tiga hari tidak jumpa Eshal nanti bagaimana rasanya eh?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails