2008/03/31

Sunrise At Tanjung Balau




Di 7-11, Ada dua orang budak sedang berbual sambil makan wafer cokelat, susu cokelat dan candy M&M.
A: Korang dua orang, sedang seronok berchenta eh?
B: Entah (Nada Spontan)
A: He he he (Gelak)

2008/03/30

L Change The World

image from highlight.kapook
Aduh. Agak kecewa dengan Death Note 3. Menyesal terlalu beriya-iya ingin menonton Death Note 3. Dahlah Aq bersengkang mata unutk menontonnya dari jam 2.00 a.m hingga 4.00 a.m di Cathay Cineplaxs, City Square, JB. Rupanya spin-off movie daripada Death Note dan Death Note 2. Shigami keluar sekejap sahaja. Hanya fokus kepada watak L yang akan menghadapi mati pada 23 hari akan datang dan bagaimana L menghadapi kes seorang diri tanpa bantuan Watari. Dan menentang musuh barunya, K. Kisahnya lebih kepada penyelesaian menghadapi wabak membahaya yang dihasilkan oleh sekumpulan saintis di Jepun. Ada bab kelakar dimana L cuba berjalan tegak tetapi tidak berjaya juga. He he he. Kalu korang tonton cerita ini silakan lah.

p/s:Mungkin harapan Aq terlalu tinggi menyebabkan Death Note 3 ini mampu membuat Aq kecewa.

2008/03/29

Shell Ferrari Model Cars



Yeah, Aq dah lengkapkan 7 model Ferrari daripada isian minyak di Shell. Yahoo, akhir lengkap juga ketujuh-tujuh model itu. Best. Wah Bestnya.

2008/03/28

Flugverusch

Akhirnya, Aq diberi kesempatan untuk membebaskan entri yang terangkap di dalam draft selama 5 hari. Sila mengikuti entri yang terperangkap itu;

p/s: Sila rewind balik entri-entri tersebut.

2008/03/27

Teratak 42 T-Shirt

Satu lagi projek Teratak 42, pembikinan T-Shirt Khas untuk Teratak 42. Sepatutnya T-Shirt Teratak 42 ini di bebaskan ke pengetahuaan umum dengan di adakan satu Majlis BBQ di Teratak 42. Akan tetapi kerana jadual hujung minggu ahli Teratak 42 terlalu ketat. Majlis BBQ itu ditangguhkan kepada satu masa yang agak sesuai (akan diumumkan dari semasa ke semasa). Hari Aq akan mengambil T-Shirt Teratak 42, di Snap Art Design. Kredit kepada Joe (designer T-Shirt Teratak 42 merangkap ketua projek), Fa (selaku AJK Kecerian Teratak 42), dan kesemua ahli Teratak 42 yang menjayakan projek ini, Geweng, Kucai, Empbhone, Fit, Panjang dan Aq.



p/s: He he he. The Teratak 42 dah ada own T-Shirt sendri atas jenama Teratak 42. Kamu bila lagi? He he he.

2008/03/26

Quit Or Not?

Hari ini Teratak 42 mengalami sedikit kesukaran, kesukaran berhubung dengan dunia luar. Perkhidmatan internet yang Teratak 42 menumpang selama ini mengalami gangguan. Aq mengalami kesukaran untuk membebel dalam Bebelan Anak Tukang Jahit. Baru Aq berniat untuk membebaskan post yang terperangkap dalam ruangan draft. Dan Aq semakin menghampakan mereka sekian. Sudah kebelangkangi Aq sukar mengentri. Aq tulis dan menghasilkannya tapi terlalu sukar kerana halusinasi itu masih menghantui Aq.

2008/03/25

40th UTM Convocation

Hujung minggu pergi bertugas mengambil gambar ahli band Lorong Ter-Babas berkonvosyen, empat hali Lorong Ter-Babas berjaya menamatkan pelajaran masing-masing pada Ahad lalu. Di sini juga dapat jumpa budak Muarian yang lain. Sekitar mereka berconvo di UTM pada 23/03/2008.

Oshie Sc 6, Muarian 00

Lyn Muarian 01

Taniah, Geweng.

Taniah, Lorong Ter-Babas.


p/s: Taniah kepada Geweng, Shuki, Panjang, Nuar, Oshie, Strowberi dan Shafinas

2008/03/24

Halusinasi

Aq kembali mengalami halusinasi. *Sigh*


Jangan kau
elakkan ku lagi
jangan kau sembunyi
pasti ku cari walau apa terjadi

biarlah
mereka mengata
katakan ku gila
gila kamu wahai putri punjari

kerana dibuat ku
bilanya memeluk dirimu
baikku tahu kau bukan milikku
tidakkah engkau tahu
kewujudan diriku ini
wwooo~

jahanam lah dengan dirinya
dapatkah kau beza
cinta kah atau
nafsu pun semata

biarlah
mereka mengata
katakan ku gila
gila kamu wahai putri punjari
jika hati kau buta
jadikannya lah dengan cinta
yang akan membawanya ke syurga

tidakkah engkau tahu
kewujudan diri ku ini.
woo~

p/s: Halusinasi betul Aq kali ini.

2008/03/23

Estrella, LTB Or Her

Hari ini Aq pening dan serabut, Aq diberi peluang untuk memilih adakah memilih menonton Estrella atau Lorong Ter-Babas. Akhirnya atas pelawaan ketua band Lorong Ter-Babas menghire Aq sebagai tukang amik gambar unutkaksi mereka di Pesta Konvo. Jiwa Aq memang senang melepak bersama dengan rakan-rakan, berbanding dengan hiburan mahupun chick. Akhirnya Aq memilih Lorong Ter-Babas melepak dihujung minggu bersama Lorong Ter-Babas. Taniah kepada Lorong Ter-Babas menduduki temapt ke-2. Tempat pertama di telah dirangkul oleh Band Kerepek Pedas merupa project band second gutairis Lorong Ter-Babas, Kerk.
Shuki melakukan aksi goroeng yang gerek. Semakin lama semakin improve skill Shuki ini. Panjang sering ke depan unutk inter-frame. Memang gaya habis mamat ini. Selaku ketua band dia telah menjemput Aq unutk mengambil gambar aksi-aksi mereka.

Geweng, walaupun deman tidak menghampakan kipas-susah mati Lorong Ter-Babas.

Aq masih lagi slow dalam membuat keputusan. Serabut. *Sigh*

I will keep you waiting
untill you say something
baby don\'t be hating
Im just doing my thing
no, no, no, no can you fill me in

Can I get your number
I could be your shelter
from the rain & thunder
break your heart will never
love I promise you forever

Maybe we can take it slow
I can show you what you\'ve been waiting for
maybe we can take it slow
let me show you what you\'ve been waiting for

Sinking in each other
we will be together
lacing up my fingers
saving all my kisses for you baby
your all that I need and it\'s got me thinking

Maybe we can take it slow
I can show you what you\'ve been waiting for
maybe we can take it slow
let me show you what you\'ve been waiting for

p/s: Sorry Peyus Aq tidak dapat amik sekeping haram pun gambar vox Estrella

2008/03/22

Past, Present And Future

Present

There are a number of ways this card could be playing out right now. Some possibilities include:

You may be experiencing a particularly pleasurable time in your love life. This may mean that your relationship is thriving, or your dating life is bringing you happiness.
You may be enjoying financial successes, such as a healthy savings account or a well-paying job.
In the areas of health and well-being, you may be feeling particularly content and energetic
.

Past

This card may have affected the overall tenor of your life, or just a particular area. Following are a few possibilities for how you experienced these influences in your past:

Your family may have offered you great love and fulfillment.
In your social life, you may have suddenly made friends with a person or group of people you'd been longing to get to know.
You may have finally caught the eye of the object of your affection, or you may have had an abundance of potential suitors.

Future


The Devil is the card of your future. More than any other step of life's journey, this card represents the lessons you must learn and the experiences in store for you in your upcoming karmic destiny. This may impact you in any number of ways, including:


You may be tempted to indulge in reckless behavior in your love life, such as cheating on a partner; or you may find yourself obsessed with a new love interest to the point of distraction.
You may find yourself addicted to work — spending so much time at your job that you neglect other important areas in your life.
Addictions or unhealthy tendencies may strain your relationship with family members.

Tested by Tickle

2008/03/21

Tag, Tig, Tag: Have Been Attack

Virus tag merabak kembali, kali lebih kronik apabila Aq di tag oleh dua pemblog dengan subjek dan tujuan yang berbeza. Halusinasi Aq semakin berkurangan boleh Aq jawab dengan tenang dan hati terbuka. Mula-mula hendak meyahut cabaran tag daripada Ed.

Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu!
Omniscient, omnipotent, can alter aspects of destiny and, to some degree, freedom, nigh-omnipotent aspect of life and death, nigh-omnipotent aspect of dreams and reality, nigh-omnipotent aspect of creation and destruction, nigh-omnipotent aspect of desire and fulfillment nigh-omnipotent aspect of despair and dread and its opposite, hope, nigh-omnipotent aspect of delirium and sanity.

Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan itu?
The Endlesss. Yang terdiri daripada 7 beradik yang bernama Destiny, Death, Dream, Destruction, Desire, Despair dan Delirium

Kenapa atau untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Kenapanya? Owh sebab diaorang tahap mortal.

Kelemahan superpower anda. Wajib ada!
Kelemahan - Tidak pasti. Sebabnya mereka menggunakan kuasanya untuk permintaan alam semulajadi. Tetapi ada juga antara mereka tidak menjalankan kewajipan dan tugas yang diberikan.

Nama anda sebagai hero.
Da Luge lah atau Sama Bun San atau Budak Baru Belajar ke?

Motto anda sebagai superhero?
Motto selamatkan alam sekitar dan buat kerja secara sukarela.

Sebarkan tag ini kepada 10 rakan yang lain. Kalau tidak mampu, 5 pun ok!10 tidak mampu, 5 pun tidak mampu, Aq tidak mampu apa-apa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually I have no idea what is tagging is all about although I had came across bloggers playing with 'Tangging Games'. I just follow the rules.I've been tagged by Aku BudAK FELDA

~~Begin Copy~~

This is the easy way and the fastest way to :1. Make your Authority Technorati explode 2. Increase your Google Page Rank. 3. Get more traffic to your blog. 4. Make more new friends.Rules : 1. Start copy from “Begin Copy” until “End Copy” to your blog. 2. Put your own blog name and link. 3. Tag your friends as much as you can.


~~ End Copy ~~

2008/03/20

Chill Out At Anjung Warisan

Sudah 2 hari Aq tidak membebel di Bebelan Anak Tukang Jahit. Aq bukan mengalami blogger block tetapi sejak kejadian Aq berstatus pembunuh, Aq mengalami sedikit halusinasi. Menjadi sebab utama Aq tidak membebel.

Semalam atas pelawaan Cat untuk menonton wayang di TGV, Terbrau City. Cat bersama colluegenya, Q, Collin, Miss T dan Miss Kat planing untuk menonton akan tetapi menghormati hari Maulidur Rasul pihak pengurusan TGV telah menamatkan operasi pada jam 7.00 p.m. Aq tiba agak lewat seperti dijanjikan akan tetapi mereka sabar menunggu Aq. Setelah Aq tiba, Q terus melontarkan idea makan di satu tempat yang memainkan alat muzik Angklung ketika para pelanggannya menjamu selera.


Setiba di Anjung Warisan Aq, Walla Aq sangat kagum kerana suasana kampung yang sangat chill dan musik irama Angklung sentiasa mengiringi para pelanggan yang sedang menjamu selera. Rugi Aq tidak membawa D40X. Sebenarnya Anjung Warisan telah pun dikenalkan oleh collegue Aq cuma tiada kesempatan di sana. Aq galakan sesiapa ingin merasakan suasana lain, romantikus, chill dan kampung boleh datang di Anjung Warisan di Larkin dekat TNB Jalan Yayha dan Saujana. Tempat terceruk sedikit tetapi pelanggan sentiasa ada dan penuh.


p/s: Aq memohon maaf terbuka kepada rakan blog semua. Kerana Aq mengalami halusinasi Aq tidak dapat membebel selama 2 hari dan tidak menyumbangkan sebarang komen di blog kamu semua. Mintak maaf.

2008/03/17

It's Monday

Another Monday blues. Aq malas betul buat kerja dan tugasan yang dipertangungjawabkan. Aq seperti dihantui dengan kejadian semalam atau....... Atau sesuatu yang tidak best akan berlaku pada hari Isnin ini. Isnin berlaku seperti biasa. Menjelang petang semuanya terjawab. Aq hanya berlambat sehari. "Kenapalah Aq tidak grab peluang yang ada minggu lepas dan kenapa Aq menangguhnya seminggu?". Sekarang ini engkau tangunglah sendiri peritnya.....

I'm awake until dawn
Coz last night was a hell of tiring day
I wonder how it'll become
But then I realized it is Monday
To start a brand new day
And I'm just lucky to start it with you
My neighbour's got a new car
But it's just the same as she drove yesterday
And I ask her "can you take me to the bar?"
She said this with a smile upon her face
Coz this is a brand new day
And you're just lucky coz I'm in the mood
Oh oh yeah

c/o
Yeah you gotta look it again
All the love is around you
Oh oh yeah
Yeah you gotta look it again
All the love is around you
Oh oh yeah


p/s: Masa makan tengahhari, kenapalah Pakcik yang suka tersengih tidak habis-habis hendak sebarkan kisah buruk orang lain. Sudah tidak cukup kain agaknya.

2008/03/16

Right Now, I Need Some Rest

Baru pulang Agus untuk menonton Zoom In. Fa dan Kucai tengah sibuk memasang lampu di laman anjung Teratak 42. "Buk !!!". "Yazid keta ko kena langgar". Shelake. Lalu Aq lihat keadaan MyVi. Argh tempat sama yang dilanggar lagi. Tempat itu sudah tiga kali dihentam. Kereta Wira BEN 455, kereta milik jiran Aq menlanggarnya. Sudah melanggar lari pulak itu. Housemate dia keluar, "Sorry dia mabuk". Nasib baik calar sikit tiada sebarang kemek yang timbul. Aq dengan blur cakap "Tak pa, tak pa". Argh!!!

Kemudian Aq ingin mengalihkan MyVi masuk ke laman anjung Teratak 42. Aq nampak Fit sedang mengaru kepala yang tidak gatal. Lalu menberhentikan MyVi. Argh!!! Tidak!!! Aq baru sahaja dapat status pembunuh. Aq telah melanggar seekor anak khucing putih yang baru mengenal kehidupan di dunia. Aq dan Fit tergaman lalu meyuruh Fa menanam bangkai anak khucing putih itu. Walaupun telah sejam berlalu Aq masih rasa bersalah. Maafkan Aq.

p/s: Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Cat kena buat pulut kuning masa baru dapat kereta dan motor.

2008/03/15

Whymilk? Catfights & Stilettos

Yok, kita meramaikan Taat House, JB pada 22/03/2008.

p/s: Thanks Rasso for this information

p/s/s: Peyus, meh turun JB la. Ada Estrella.

2008/03/14

Zoom Effect Technique

Selepas sehari bertapa di Teratak 42, kiranya selepas pulang dari Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu. Aq cuba-cuba mengupgrade teknik mengambil foto dengan kaedah zoom effect. Aq bersama Kucai mencubanya. Dan akhirnya kami berjaya melakukan seperti Lan MUH. Ha ha ha. Di bawah adalah hasil buah tangan Aq untuk buat tatapan anda semua. Aq menjadikan 2 tin Sunstory Boos, TravelMate 250, Darth Vader dan Luke Skywalker sebagai subjet eksperimen Aq.


p/s: Ed, Aq sudah boleh melakukan kaedah zoom effect. He he he.

2008/03/13

Art Work By Lan MUH

Entri ini ada kaitan dengan entri semalam. Ahad lepas mengikuti tour band dengan Meet Uncle Hussain atas pelawaan Ed. Kredit to Ed, Thanks. Di bawah adalah art work atau seni foto oleh Lan MUH, teknik yang Lan pakai adalah teknik Zoom Effect. Teknik yang Lan buat itu, membuatkan Aq kagum terhadap skill foto Lan.



p/s: "Musik dan kamera tidak boleh dipisahkan" Lan MUH.

2008/03/12

Exhaustion

Sebelum Aq berjumpa dengan Big Brother dan Blood Brother di Uptown lama. Semalamnya, Aq berjalan-jalan memenatkan diri. Fhoto di bawah menceritakan segalanya.




Malam lepak dengan Joe di Uptown Kota Damansara. Makan-makan dan berborak bagi mengisi perut yang telah lama lapar ini. Joe sempat curi bendera MIC untuk digantungkan Teratak 42. Joe seakan panas hati setelah Aq mencerita aktiviti Aq selama 2 hari lepas. Thanks Joe, dapat lepak dengan engkau selama 2 hari. Bilalah engkau mahu pulang ke Teratak 42 lagi?

p/s: Selama 5 hari yang lepas memang terbaik dapat lepak-lepak dengan rakan-rakan seperjuangan. Berbaloi dapat hang out dengan Big Bro Das, Rushdi, Apit, Joe dan Ed. Dan beberapa kenalanan baru. Chill.

2008/03/11

Small World


Fuh...... penat. Baru menjejak kaki di Teratak 42 setelah 5 hari berkampung sekitar Seremban, Melaka, Kuala Lumpur. Banyak kisah yang ingin diceritakan sekitar Aq di sana. Semalam adalah paling best sebab dapat jumpa big brother dan blood brother. He he he rakan-rakan seperjuangan mengangkat tangan ke langit bersama dahulu. Lama Aq tidak lepak diaorang, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka sebenarnya kerap jumpa cuma Aq yang jarang-jarang hadir dalam perhimpunan, terkeluar daripada radius dan sentiasa terperuk di selatan tanah air. Rusdhi dan Apit terakhir jumpa mereka pada resepsi Faizal Reza pada Disember 2006. Hampi-hampir setahun lebih. Manakala Das pada Jun 2007 masa resepsi Faydzah adalah dekat-dekat 8 bulan.

Biasalah kalu dah berjumpa berborak-borak dari isu-isu semasa, gosip-gosip baru, chick, travellinglah hinggalah kutuk-kutuk orang yang dikenali sahaja. Kalu berjumpa topik chick mesti tidak lari punya dalam short list perbualan. Apit masih mengekalkan chick sama dan yang lain telah beberapa kali berubah-rubah. Bab ini yang malas sekali, kerana soalan ini mesti sering disoalkan kepada Aq.

Das: Yazid, apa cerita?
(Setelah menceritakan tengah berkawan dengan chick Ampang setelah mengeninkan Rusdhi dengan chick 20 tahun)
Aq: Em....
Rusdhi: Dah ada!
Aq: Baru kawan la. Okeh !
Das: Good. Budak mana? Kerja mana?
Aq: Johor. Kilang buat baja, Pasir Gudang.
Das: Ko biar betul. Apa nama kilang itu.
Aq: Cap kepala gajah merah.
Das: Wei aku bakal BOD kat sana. Kilang member akulah.
Das: Sapa nama budak tu?
Aq: Alamak, what! small world. Ingat duduk Johor dah boleh lari dah!
Semua: Ha ha ha!
Apit: Mana nak lari Malaysia ini kecil sahaja.


Besoknya krusus. Mampus Aq tertidu lagi jawabnya. Borak-borak sampai 3 pagi di Uptown lama.


p/s: Work hard. Paly hard.

2008/03/09

Starbucks Generation

Semalam still mengatuk. Tidur dalam 5.30 a.m kemudian kerana sindrom bangun pagi Aq bangun dalam pukul 8.00 pagi. Em... Lepas sarap awal dengan familia. Ingat hendak baring-baring lelapkan mata. Tetapi tidak boleh.
Tengahari lepak dengan Ed kat Starbucks, Seremban Prade. Sebab sudah ngatuk kitaorang dapat secangkir kopi Starbucks. Fhoto by Ed. Dengan gear D40X Aq. Ha Ha Ha. Akhirnya Ed mengaku Nikon lagi best. He he he. Malam layan keputusan PRU-12. Banyak perubahan kali ini.

2008/03/08

One Night. One Place. One Reason

Sekitar Voices:Charity Event!, MMU, 9.00 p.m untill late. Voices:Charity Event! merupakan event charity yang dianjurkan oleh MMU. Duit tiket akan disalurkan kepada Child A Click. Ramai local band yang terlibat seperti Hujan, OAG, Siarra, Radiostar, Bittersweet, Meet Uncle Hussain, Yuna, Couple, MCE (Scottish Bagpipes Pipers), Akustika MMU Student (Cyberjaya), NEWS at 11 MMU student (Melaka). Persembahan sangat menarik ditambah pula Aq dapat backstage pass atas usaha Along dan Ed. Lagi best Aq dapat menggunakan sepenuhnya lens baru dan ditambah pula Aq dapat berkumpul sekali dengan photographer lain di depan stage dan backstage.

Couple sedang membuat persembahan. Best dan puas hati sebab Aq dapat lepak tengah-tengah stage dan berkumpul dengan pengguna DSLR yang lain. Tetapi port Aq paling best sekali. Walaupun penat Aq belum habis, penat sebab memecut daripada Johor Bahru dalam jam 5.30 p.m dan sampai di MMU sekitar 8.30 p.m

Echah PR Hujan juga menjadi emcee. Suara Echah seakan Anita Baharom yang memainkan watak Anizah dalam Dunia Baru. Echah seakan buyers kerana asyik promote Hujan sahaja. Em...

Kehadiran Yuna membuatkan pengguna DSLR tidak tentu arah. Nasib baik dapat port yang best tidak payah hendak bersusah payah seperti orang lain. Lucky giler. Bestlah Yuna sebab ada element Jazz / Ska dalam musik diaorang.

Bittersweet membuatkan semua budak MMU tidak tentu hala. Semua seakan ingin melompat-lompat, menari dengan rentak Brit Pop Bittersweet. Akan tetapi mereka terpaksa mengawal diri kerana pihak mengajur melarangnya. Pihak pengajur sering memberi peringatan bahawa ini adalah envent charity give some respect. Kesianlah diaorang.

Ed dengan backstage pass. Thanks Along dan Ed kerana dapatkan backstage untuk Aq. Dan thanks kepada Ed kerana belanja Aq. Thanks!!!

Ini sudah berada di backstage. Berpose dengan Lan La La, Meet Uncle Husain. Cool giler Lan ini boleh lepak dengan kitaorang kat Kajang after show habis. Lan siap bagi ayam dia dekat Aq. Sebab masa makan dekat MMU. Makanan pengajur dah habis. Cool dan best Lan. Chill.
Backstage. Meet Uncle Hussain tengah perform. La La La Kerjalah. Membuat kita orang merentakkan kaki di belakang stage. Chill.
Backstage. Noh Hujan. Ada yang anti ada yang suka. Noh hyperactive juga macam Radhi OAG. Suka melakukan pergerakan luar kawalan. Tapi masa perform nampak cool sahaja.
Radhi OAG sedang melakukan pergerakan luar kawalan. Siap cakap dengan Aq supaya hantar gambar ini kepada wartawan Metro. Sorrylah Bro. Aq letak kat laman web supaya satu dunia tahu.
Pose dengan Dj Nash atau Abu dalam Kami. Semua tengah kawal hidung. Ha ha ha. Best lepas show lepak dengan Lan yang cool. Sampai Seremban dalam pukul 5.00. Wah ngatuk dan penat. Full package.

p/s: Kredit to Ed dan Along. Thanks. Cool and chill dapat hang out dengan korang semua.

2008/03/06

300 Celebration Post Entries

Ini merupakan kemasukan entries yang ke-300. Entries ini aq nak tribute kepada familia Aq, rakan-rakan seperjuangan dan blogger semua. Entries ini khas untuk sesiapa yang pernah dan juga tidak pernah meninggal jejak di Bebelan Anak Tukang Jahit. Terima kasih juga kepada blogger yang rajin memberi comment yang membina setiap masa. Terima kasih memberi comment yang positif di Bebelan Anak Tukang Jahit dari masa ke masa. Tak lupa juga kepada pembaca blog yang menjadi tukang komen yang senyap.

Sepanjang entries 201 hingga 300 banyak perkara yang berlaku telah Aq tampal dalam Bebelan Anak Tukang Jahit. Dan sepanjang itu Aq mengenali beberapa pemblog yang aktif seperti; تراتاء نوراني ازهر, Journey Through Heartsong, Luahan Hati Seorang Lelaki, Memang Lumayan, My Story, Ngomel Sikit, Phu Ying's Tiny Winny World, Project Rasso, Sang Pelangi dan Thy's Dowanger. Ada juga berapa kenalan Aq yang baru berjinak-jinak dengan dunia bloging, walaupun mereka baru tetapi hasil nurkilannya mendapat sambutan oleh para pemblog dan pembaca blog. Antaranya ~ZEN Territory~, For Starting and the Beginning of the World, Skeleton Coffee, *Crystal*Sya*, Asrar_Lina, Eqina, Rotten Anorexic dan Salam Ukhuwah

Di sini Aq mahu review sedikit blog yang baru Aq kenal (mengikut susunan abjad);
Blog pertama تراتاء نوراني ازهر, Teratak Nuraini telah bertapak lama di dunia blog, kira orang lama jugalah. Tuan rumahnya telah Aq jumpa sebanyak 2 kali, kedua-duanya di dalam program yang berkaitan industri Bioteknologi. Pertama kali menjumpai di Bio Johor 2007, Persada, Johor Bahru dan kedua di Krusus GLP di Kuala Lumpur. Tuan rumahnya simple sahaja. Jangan di sangka air tenang tidak boleh memberi impak yang besar. Aq amat tetarik dengan kisah seram yang bersambung yang dihasilkan di dalam Teratak Nuraini. Aq masih lagi menunggu kisah seterusnya.

Blog ke-2 Journey Through Heartsong, Miss Huhu tuan rumahnya merupakan bekas pelajar di sekolah angkasawan negara. Dahulu kerap juga di mengudate blognya, tapi kini agak perlahan menceritakan perihal hidupnya. Katanya tengah sibuk dengan Program KPLI di Melaka. Haraplepas jadi cikgu gosip-gosip sedikit kisah-kisah love puppy anak-anak murid. Pasti menarik.

Blog ke-3 Luahan Hati Seorang Lelaki, merupakan trainee dalam office tempat Aq bertugas. Seorang yang tajam pemikirannya, seorang pemerhatinya hebat, kadang-kadang kala suka melawak nakal. Tuan rumahnya berkenalan rapat dengan tuan rumah Teratak Nuraini. Blog berunsur personal mengenai luahan hati seorang lelaki.

Blog ke-4 Memang Lumayan, oh kira orang lama dan pemblog yang Aq hormati. En. Me bagi Aq seorang yang misterius perwatakannya. Tapi Aq amat tetarik dengan entri ketot-ketot, simple dan hanya satu perenggan serta dengan campur aduk sedikit gambar. Aq juga amat tertarik dengan teknik framing yang begitu terpesona ketika menangkap gambar dengan EOS 40-nya.

Blog ke-5 My Story, wah tidak sangka Aq ketemu semula Pn. Mahasuria di dunia blog. Merupakan tukang ajar akaun dan bisnes proposal kepada Aq. Pn. Mahasuria sebenarnya telah membuka minda bisnes Aq. Pn. Mahasuria seorang pensyarah di Kolej Swasta dan merupaka usahawan yang berjaya. Pn. Mahasuria juga Aq seorang motiveter yang terbaik kerana dia mampu menghasut suami meradahi dunia perniagaan.

Blog ke-6 Ngomel Sikit, baru mengenali, kupasan entrinya menarik juga. Totally mengisahan hidupnya. Seorang yang agak berani Aq rasakan. Kalu berdasarkan pengamatan Aq di entrinya, dia seorang photographer, trendy dan metroseksual,

Blog ke-7 Phu Ying's Tiny Winny World, mengenali tuan rumahnya ketika Teratak 42 membuat majlis BBQ. Tuan rumah pernah menolong dan menjayalan majlis BBQdi Teratak 42. Merupakan Kipas-Susah-Mati Lorong Ter-Babas. Karya sangat pedas, mendalam maksud, kadang kala terlalu prejudis dan idealistik. Aq sangat mengagumi nurkilan Phu Ying.

Blog ke-8 Project Rasso, seorang photographer. Yang penting dia seorang Nikonian. Aq sangat kagum dengan teknik framing dia. Aq rasa Aq pernah nampak kelibatnya dia ketika MAKSUM Zapin di UTM pada tahun lepas. Entrinya juga bagus penuh dengan bahasa berbunga-bunga. Dan merupakan calon PUNDAK di parlimen Limbang rasanya.

Blog ke-9 Sang Pelangi, merupakan stundent di negara Jepun. Blognya mengisahkan kisah-kisah hidupnya di perantauan. Kadang-kadang menghasilkan sajak-sajak yang bermutu tinggi.

Blog ke-10 Thy's Dowanger, tuan rumahnya seorang model sambilan. Berasal dan menetap di Singapore. Pernah menjadi mangsa lensa D40X Aq. Dia terlalu obses terhadap diri dan kerap menanyangkan gambar-gambar sedang berpose comel di entrinya setiap hari.

Seterusnya beralih kepada para kenalan Aq, sekarang Aq mahu review kamu semua.

~ZEN Territory~ merupakan new comer dalam dunia bloging, tuan rumahnya merupakan ahli Teratak 42 dan seorang cikgu di SIGS. Sering menjadi watak dalam entri Aq baru-baru ini. Entrinya lebih kepada kisah seorang cikgu yang mengajar di sekolah perempuan.

Seterusnya For Starting and the Beginning of the World, tuan rumahnya memiliki vokal yang best, mengangotai Lorong Ter-Babas. Merupakan ahli Teratak 42. Entri lebih bersifat global menjurus kepada masalah dunia. Dan bakal meninggalkan Teratak 42 atas urusan kerja di Miri.

Em, kehadiran Skeleton Coffee telah memberi impak besar di dalam Teratak 42. Hasil nurkilannya sunggup kreatif. Dalam sekelip mata berjaya mengumpulkan para pembaca yang sering dahaga dengan kopinya. Lukisan kamera doremonnya menjadi ikutan para pemblog lain. Memang menarik.

Rotten Anorexic merupakan kenalan yang berada dan bertapa di UTM. Entri mengisahkan suasana officenya dan kisah hidupnya. Dan mereka ini adalah newish dalam dunia blogging dan Aq mengenali mereka di INSEP, Shah Alam. Antaranya *Crystal*Sya*, Asrar_Lina, Eqina dan Salam Ukhuwah

Pada masa akan datang Aq akan cuba menghasilkan entries yang lebih menarik, lebih idealist, lebih krtikis, lebih kretif dan 1001 words yang lebih menarik. Akan aq kongsi bersama sejarah, masa kini dan akan datang. Aq akan terus menampal entries selagi Aq tidak terputus dengan alam maya. Selagi jiran depan tidak mematikan akuan dia dan membayar perkhimatan. Ha ha ha. Walaupun kadang kala Aq menghadapi sindrom Blogger's Block Aq tetap menampal entries demi memuaskan nafsu para pembaca blog semua.

p/s:Maafkan Aq jika penulisan Aq tidak memenuhi kreteria para pemblog dan pembaca blog pada masa lepas, masa kini dan masa akan datang.

2008/03/05

Kosong


Kosong. Hari ini office kosong. Department research kosong hari ini. Bos Aq cuti seminggu. Yeah. Kak Aj cuti kena alahan makan udang. Mr. Z sibuk menangkap udang. Kosong. Hanya tinggal Aq sorang, komputer dan kerja sahaja. Lantas otak bermain dengan perkataan kosong bagi menghilangkan perasaan bosan.

"Hari kosong, perut kosong, jiwa kosong, isi tempat kosong, omong kosong,
tin kosong, bekas kosong, rumah kosong, bilik kosong,
kotak kosong, nasi lemak kosong, kertas kosong, kosong-kosong,
cakap-cakap kosong, jawatan kosong, rekod kosong, janji kosong."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails