2008/12/31

Rewind 2008 Meaning Of Life


Berakhir sudah cerita, kisah dan eposide yang berlaku pada tahun 2008. Tahun yang agak bermakna bagi Aq. Semoga rezeki Aq bertambah dan murah pada tahun 2009. ~Amin~

p/s: Bye, Year 2008 Meaning Of Life.

p/s/s: Mission malam ini tangkap bunga berapi

2008/12/30

Engagement; The Day










Pertunangan berasal dari bahasa Melayu yang memiliki sama erti dengan Khitbah dalam Bahasa Arab atau dikenali dengan istilah meminang. Pertunangan, khitbah atau pinangan ,iaitu satu ikatan perjanjian yang berlaku di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk mendirikan rumah tangga.

Khitbah dimaksudkan untuk menutup kesempatan bagi lelaki lain meminang perempuan yang telah dipinang.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal bagi kamu penjualan di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di atas pertunangan orang lain"

Info from Mahligai Dakwah

p/s: He he he. Happynye kita hari ini. Awak?

2008/12/29

Engagement; Vena Amoris

27 Disember 2008, Muar, Jam 1430 (lewat setengah jam). He he he. Majlis pertunangan Aq dengan Cat berlangsung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga Diberkati.

p/s: Disini ingin mengucapkan terima kasih kepada Mak, Ayah, Ap, Ali, Azder, Adiq, Suraya, Uncle-uncle, Auntie-auntie, Sepupu-sepupu, Cat, Keluarga belah Cat, Teratak Troppers (Fa, Kucai dan Fit), Rakan-rakan sekalian. Terima kasih. Actually terharu dengan kehadiran korang bagi menjayakan majlis ini dan kiriman sms daripada semua. :-D

p/s/s: Vena amoris is a Latin name meaning, literally, "vein of love". Traditional belief established that this vein ran directly from the heart to the fourth finger of the left hand. Wikepedia

2008/12/26

Can You Throw A Shoe To Bush

Sementara Aq cuti ini panjang yang sudah bermula dari 24 haribulan hingga 29 haribulan Disember, bolehlah korang semua mempratikik balingan kasut korang kepada Bush. Kalu korang baling anggap sahaja muka siapa-siapa yang korang benci sekali. Ahaks. Selamat bersukan dan membaling. Sila ketik Can You Throw A Shoe To Bush

p/s: jika di Rengit sudah boleh memasuki alam maya maka Bebelan Anak Tukang Jahit akan di conteng, dicalit, ditampal dan dibebalkan. Selamat bercuti sekalian. Da.

2008/12/25

Santa Meet Teratak Troopers


Ho ho ho ho ho. Panjang boleh jadi pakcik santa lepas ini. Ha ha ha

2008/12/24

She'll Come To Me V


Teratak 42 kembali gumbira dengan kehadiran internet jiran. Sudah lama Aq mengupdate di office. Mungkin khabar gumbira ini hanya sementara kerana wireless Aq rosak perlu membeli yang baru. Sekarang ini Aq menumpang kasih desktop Ali untuk mengupdate post ini. Hu hu hu. Dalam terdekat ini Aq membelinya. Dan besok adalah hari terakhir buat Ali di Teratak 42. Ali bakal menjadi Ex-Teratak 42 bagi menuntut ilmu.

Sekarang ini Aq tengah sibuk membaca e book yang baru sahaja Aq beli Millon Dollar Wedding Photogapher tulisan Saiful Nang. Boleh ketik di Millon Dollar Wedding Photogapher untuk keterangan lanjut.

p/s: Aq baru membaca dengan kadar perlahan sempena cuti yang panjang ini akan Aq habeshkan. Walla.

2008/12/23

Laila Lounge - Wajah

Wajah selalu menjadi siulan Ali di Teratak 42. Hu hu hu. Rupanya gig pada 14 Disember yang lalu adalah terakhir perjuangan Hadi Pengecat Bintang dengan Laila Lounge. Hadi Pengecat Bintang membuat keputusan meninggalkan Laila Lounge kerana menuntut ilmu. Untuk tribute Laila Lounge, mari layan lirik Wajah yang sering menjadi siulan Ali

Sejuta wajah yang bermain - main di benakku
Sebuah derita yang tak pernah ada oh akhirnya

Apakah terhapus semua kedamaian?

Ada apa dengan bicara yang hipokrasi
Jika masih lagi ada tangisan yang tak berhenti

Dan aku rindukan sebuah kedamaian

Pulangkan milik si anak ini
Yang kau raguti
Hapuskan tangisan si ibu ini
Yang mengalir sepi
Halaman ini usah kau lacuri
Ia milik mereka

Sila ke laman sawang labah-labah Laila' Lounge untuk ketahui lebih lanjut.

p/s: Black & White, F = 9, A = > 500, ISO 200, Model: Cat, Location: Desaru

2008/12/22

Test Drive Speedlight SB-600

Aq baru sahaja mengangkat Speedlight SB-600. Sudah menguji kemampunya di sekitar Desaru semalam. Akhirnya boleh Aq aktif mengambil gambar waktu malam. Sudah lama Aq idamkan SB-600 / SB - 800 akhirnya dapat juga Aq grab. He he he.
Trial dan berlatih untuk Aq menjadi lebih cekap. Dan kena banyak membaca profil pro-pro diluar sana, buku-buku dan majalah. He he he
p/s: boleh saya pinjam? hi hi hi.

2008/12/21

Love Triangle; Happen Again At Teratak 42

Setahun lalu, rasanya tajuk ini menjadi hitz di mana Aq menjadi paparazi kepada kisah hidup Betik yang gagal dalam percintaan merebut kekasihnya Putih daripada Hitam. Ada satu ketika, ketika waktu petang, ketika itu Aq baru sahaja selesai menghabiskan secawan cendol. Terbuka satu kisah di mana cinta segitiga mencari penguat cerita ini bagaikan kisah Betik, Putih dan Hitam.

Beberapa minggu yang lalu Aq ada komen di Seketika Di YM dib log Fa

Cinta boleh dikawal.

Pada mulanya memang rasa bahagia kalu jumpa sesorang yang baru. Tetapi semua itu hanya sementara. Jika kita tidak yakin apa yang kita ada better kita tarik diri dari awal. Supaya kita tidak terjerumus dengan perangkap api cinta yang membara.

Kencingkan sahaja untuk padamkan nya. (dialog dari
www.saharil.com)

p/s: Chenta boleh dikawal.

2008/12/20

Malware (Virus) Attack Friendster


Virus (malware):

Kepada pengguna Friendster. Sekarang ni virus (malware) telah menjangkiti rangkaian Friendster.
Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment". Sekiranya kita "klik" pada imej itu ianya akan membuatkan kita "sign out" Lepas kita "sign in" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar-gambar lucah tu kepada kawan-kawan kita melalui komen. Pada kawan-kawan sekalian, sekiranya anda menerima gambar lucah di ruangan "comment" daripada friendster Aq atau sesiapa dari rakan anda, ianya adalah kerja virus tersebut. Sila delete segera.

Harap Maklum

2008/12/19

Where I Should Go? Again

Hujung minggu ini, Aq telah di jemput untuk menghadiri tiga resepsi. He he he. Seperti minggu lepas. Aq masi tidak tahu hendak kemana? Adakah Aq pergi semua atau tidak.

Jemputan pertama adalah daripada rakan sekerja, Kak Pah. Resepsinya di Pontian, Johor. Kad jemputan ke majlis resepsi menarik. Buat sendiri nampak sweet macam Maya Karin. Menarik nampak kesungguhan. He he he.
Jemputan kedua, adalah daripada Syah. Resepsi di Ampangan, Negeri Sembilan. Kad biasa-biasa sahaja, dua bahagian dan berwarna emas. Ada peta ada hadis.
Jemputan ketiga pada 21 Disember 2008. Di Kampung Singapore, Kota Tinggi. Jemputan daripada Azlee Lele. Kenalan kepada Cat. Azlee Lele merupakan orang yang bertangungjawab mememperkenalkan pecal lele kepada kami. He he he

p/s: pergi semua rasanya. He he he

2008/12/18

Secret Of Surah Yassin

RASULULLAH s. a. w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

----------------------------------------------------------------

KERBERKATAN YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang

Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang -pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba

Ø Tiupan ke-dua – Hancur

Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.

-----------------------------------------------------------------
1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 - Yassin baca 7x

4. Ayat 38 - 12x

5. Ayat 58 - 7x

6. Ayat 82 - 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.

9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

----------------------------------------------


Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yasin is the jantung of Al-Quran

Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

o Child is sick

o Feeling troubled.

o Memudahkan urusan

o Memudahkan perjalanan

o As selusoh (to ease pain when giving birth)

Ø Read Yasin (3x) over water

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Fatihah

Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Wajaalna...."

Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..

Ø Lindungi diri dari dianiaya

Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ø Baca Ayat 9

Ø Fatihah

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."

Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."

Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari

Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."

Ø Jika sakit anggota

Ø Tak tenang hati

Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."

Ø Bila rasa sedih

Ø Untuk menenangkan hati

Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."

Ø Tulang patah

Ø Sakit sendi

Ø Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."

Ø Jika mandul

Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method

o Sembahyang tahjud

o Sembahyang hajat

o Doa minta hajat

o Baca ayat 100 x dengan yakin

o Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)

o Seperti di atas

o Bila baca ayat, tiup dalam air

o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain

o Doa sambil minum

o Untuk 41 pagi

Wallahualam.

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

Ø Ilmu Pertanian

Ø Ilmu Falak

Ø Ilmu Laut

Ø Ilmu Kiamat

Ø Ilmu Ciptaan Manusia

Ø Ilmu Binatang

Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua


***** sekadar informasi *******

Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit

Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)

Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab

Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

p/s: Teringat pesanan arwah atok - Al-Fatihah

2008/12/17

X-Gig At City Plaza, Johor Bahru. Rawk!!!



Keadaan Hujan membuat keadaan hambar mula-mula. Mungkin crowd masih dalam mode ingin tidur. Sesi Open Band telah dijayakan dengan 3 band. First band Wested Room, band kedua Statik rasanya dan band ketiga The Rahman. Semasa The Rahman perform suasana hangat mula terasa. Drahman Aq kenal pada awal Januari lalu di mana ketika The rahman membuat persembahan di Taman Universiti.

Kemudian Killeur Calculateur membuat persembahan. Hu hu hu. Tidak amik shot sebab Aq terlupa hendak cas bateri Nikon D 40X Aq. Adeh. Serba hitam menarik lagunya segar dan baru.

Kemudian Pesawat. Budak-budak (crowd) ini semakin mengila dengan mosh sana-sini. Adeh Aq kena cover D 40X Aq daripada terlanggar dan terjatuh. Adeh. Risau-risau.

Lalu. Aq buat keputusan untuk rempuh back stage walaupun tiada sebarang pass. Dapat juga Aq shoot daripada backstage puas hati. Dekat. Mudah. Dan tidak perlu risau lagi. Makin lama makin mengila budak-budak ini. Memang best. Layan kepala betul diaorang ini. Jiwa musik. Pesawat memang best siap pesawatkan butang (button) Pesawat. Sukalah siapa yang dapat itu.
Sebelum Aq kena halau dengan Bodyguard. Sempat Aq shoot SevenCollar T-Shirt sedikit masa tengah tune. Aq buat-buat pergi toilet. Tak bestlah kena halau. Malu seh. Sigh.
Kemudian Aq datang kembali. Sempat juga Aq tengok Naza The Times tune gitarnya. Memang klas The Times ini. Semasa The Times di stage. Budak-budak ini semakin mengila. Abis pagar kena jaga. Akhirnya Aq dapat masuk backstage dengan kebenaran. Kena manis mulut sikit. Bro, one shoot please?. Okay balas bodyguard. Thanks.
Best. Semua bersahaja. The Times. Rawk!!!. Crowd JB. Rawk!!!.
Naza siap pengumum bahawa akan menamatkan zaman dudanya? Betui ke? Ini kena tanya sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Atas permintaan crowd yang rawk. The Times setuju untuk menyanyikan sebuah lagu terakhir bertajuk Nostalgia Curang Rok N Roll. Naza "lagu ini ditujukan kepada siapa yang curang, curang itu indah ahaks". Memang rasa hendak mengagis, masih kecewa lagi. Siapa yang tahu mesti hendak mengagis. Last band, from JB, Laila' Lounge. Memang dinantikan akan tetapi Vox Laila's, Hadi Pengecat Bintang kurang sihat tidak boleh menyanyi. He he he. Khecewa Ali.




Memang layan Mawar Khayalan, Wajah dan Facal. Best memang best.

p/s: Selamatkan Musik Kita!

2008/12/16

Fairuz & Shida's Wedding

Memang pecut abesh Aq masa memandu. Ikut jalan lama. Muar-Bakri-Bukit Naning-Parit Sulong-Tongkang Pecah-Batu Pahat-Rengit. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Aq pecut sebab Muarian & Budak SMK Rengit sedang menunggu kehadiran kami. Rasa bersalah dan terharu apabila tahu diaorang sedang menunggu kehadiran kami.

Kami sampai dalam jam 1620 lebih kurang, sampai sahaja di Rengit. Hujan turum dengan lebatnya. Sempatlah berborak mereka. Hujan menghalang niat mereka semua untuk pulang awal. He he he.

Kitaorang berborak, bertanya kabar dan menyusun jadual resepsi masing-masing. Kerana tidak mahu bertindih dengan rakan-rakan yang lain. Bulan Mac dan Mei 2009 dah fully booking. He he he. Di sini sahaja kitaorang menghabis masa selama 2 jam.

Actually, kagum dengan Mambai & Shida berchenta dari zaman sekolah kekal hingga ke jinjang pelamin. Semoga kedua-dua mempelai kekal ke anak cucu dan syurga hendak-Nya. Amin.

Lepas ini siapa pulak mengikuti jejak mempelai berdua ini. He he he. Btw, taniah untuk mereka berdua.

p/s: Taniah.

2008/12/15

Siti Fairuz's Wedding

Akhirnya seperti dirancang, Aq, Fa, Kucai, Skim dan Ila pergi ke Resepsi Apai, Bukit Pasir, Muar. Sebelum kami bertolak dari Skudai. Kami telah membuat planing bertolak sekali dengan budak Pontian, Ngarip, John, Buaya dan Gf Ngarip. Kami bercadang berkumpul di R&R Machap. Sebelum bertolak macam-macam penanda dimana, Skim tayar motor pancit dan Aq pulak kad atm Aq kena telan di Petronas, Skudai. Macam bagi penunjuk sahaja? Alhamduillah tiada apa-apa yang terjadi kepada kami. Semuanya dipermudahkan. Tepat Jam 1300. Kami semua sampai. Ramai juga murian yang telah hadir terlebih dahulu sebelum kami. Sampai-sampai sahaja, kami terus menjamu selera kerana ingin ke Resepsi Mambai dan Shida.
Resepsi ini lengkap dengan bunyi gong, gendang dan paulan kompang serta pencak silat. Para hadirin terhibur melihat acara pencak silat lengkap bunganya.

Semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga anak cucu. Sempat Aq amik gambar sebelum Aq bertolak ke Rengit. Curi-curi amik kerana terlalu rushing sangat. Ahaks.

Sebelum kami beredar, sempat kami bergambar ramai-ramai menunjuk kehadiran kami. Bukti kami hadir, Nanti majlis kami jangan pulak tidak hadir Apai. He he he

p/s: Taniah kepada kedua mempelai. Besok Aq sambung kisah Resepsi di Rengit.
p/s/s: ada orang nyanyikan pelamin anganku musnah ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails