2008/05/27

Here In My Home



Dengan rasa chenta kita semua bersatu tanpa rasa sangsi. Mari kita menyokong projek MAFU ini. Mari! Kita bersatu tanpa rasa sangsi.

"Hati kedepan mencari yang sayang"

free download

Mahu maklumat yang lebih sila ketik Malaysian Artistes For Unity

2008/05/26

A Millon Bucks

Aq dipaksa mengupdate blog dengan satu suapan tanging daripada mista shandye.

Arahan: Tukar SATU soalan yang tersenarai dii bawah dan tambah satu soalan anda sendiri. Kemudian taging 8 orang. Senaraikan mereka dan beritahu mereka melalui chatbox.

1. If you had to choose between a million bucks or to be able to fly, what would it be?
- Semestinya “a million bucks”. Siapa tidak mahu wang.

2. Have you ever felt stupid?Why?
- Hehehe. Baru-baru ini, gelabah cari cap lense D40X padahal memang ada kat situ depan emak Cat. Sigh.

3. Where is the place that you want to go the most?
- Mengelilingi dunia. Mana-mana sahaja.

4. If you can have one dream to come true, what would it be?
- Traveller.

5. Do you believe in seeing rainbow after the rain?
- Tidak. Dengan mengunakan prisma dan sedikit titisan air sudah boleh melihat pelangi. Lebih baik layan bulan penuh dari tingkap bilik sendiri.

6. Do you like being who you are today?
- Nope. I want to be myself. Sekarang ini entahlah. Always confuse.

7. If you win $1 million, what would you do?
- Tidak gunakan sebab hendak kekal jutawan selamanya.

8. If you meet someone you love, would you confess to him/her?
- Yes.

9. Who are the TOP FIVE people in the world you wish to meet?
- Rakan-rakan

10. What are the requirements that you wish from your other half?
- jadi dirinya, mampu untuk gelak dan jujur.

11. Which type of car you love the most?
- Ferrari, BMW and Honda.

12. Which do you prefer from your other half? Hugs or kisses?
- Dua-dua. Need a kisses and hug make me fell better.

13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or rather have them quiet?
- Duduk diam-diam dan fikirkan kesalahan itu.

14. What do you think is the most important thing in your life?
- Belajar ragam orang.

15. Which of these would you prefer, a life without love or a love without life? (my own personal question)
- Soalan ini buat Aq confuse. Aq kalau di beri pilihan memang confuse, so tidak akan mengjawab

16. What kind of device/gadget that you would like to have?
i. Sony Vaio.
ii. HTC Dual
iii. PSP

17. What is your favourite fragrance?
- Gio Aqua dan DKNY Apple.

18. Are you in love?
- Yes

19. If you are given a chance, do you want to see your future?
- Tidak. Nanti tidak belajar apa-apa mengenai kehidupan.

20. Would you still be friend with your best friend who had betrayed your trust?
- Yes. Sebab Aq manusia senang memaafkan orang,setia dan tabah.

p/s: Aq tidak akan tagging sesiapa. Akan tetapi kepada sesiapa ingin menguji minda menjawab ke semua soalan di atas disilakan. Terima kasih.

p/s/s: Terima kasih Mista Shandye paksa Aq mengudpate Bebelan Anak Tukang Jahit

2008/05/16

Selamat Pagi Cikgu!!!


Sambutan Hari Guru di Malaysia bersamaan 16 Mei setiap tahun. 16 Mei diambil sebagai Hari Guru di Malaysia sempena atau dicadangkan di dalam Penyata Razak semasa awalan penubuhan Malaysia. Pada 16 Mei semua warga sekolah akan menyambutnya. Ibubapa turut mengikut kerenah dan permintaan anak-anak untuk memberi hadiah kepada guru-guru mereka. Di Harris JJ Tebrau City, semalam Aq perhatikan kad-kad ucapan sempena Hari Guru telah habis dijual. Laku betul. Aq hanya lihat sebatang pena yang sesuai untuk diberikan kepada ahli Teratak 42 yang bergelak Cikgu tahun ini.Ceh budak sekolah sekarang dah advance sudah belikan sebatang pena untuk cikgunya. Dasyhat betul.

Zaman sekarang rasa macam best jadi Cikgu kerana dihargai setelah penat melayan kerenah dan ikhlas mengajar anak-anak muridnya. Walaupun baru-baru ini insituisi peguruaan tercalar dengan berapa-berapa eksiden. Tapi bagi Aq wajar kita menghormati guru. Dan pada zaman kini insituisi peguruan dan pendidikan perlu lebih terbuka dengan mengamalkan 2 way commucation supaya masalah anak-anak murid dapat diatasi dengan mudah. Oklah. Selamat pulang, Cikgu!!!

p/s: Selamat hari guru kepada Guru-Guru di Malaysia

p/s/s: Aq akan ke KL minggu ini. Akan off sekejap membebel. Da...

2008/05/15

Idiot or Handicap Driver

Berdasarkan pemerhatian anda semua, adakah pemandu ini;

a) Bodoh
b) Benar-Benar Bodoh
c) Rabun
d) Handicap
e) Tidak Tahan untuk Buat Hajat.

p/s: dapat email daripada Kak Faiz

2008/05/14

Hidup Ini Memang Palat. Tapi Esok Masih Ada...

Mista Shandye Aq pinjam tajuk entri engkau. Adoi. Kami The Movie bila mahu keluar kasi hati tenang kembali.


image from KAMI. The Movie

Tour KAMI akan diadakan sekitar bulan Jun hingga Oktober dengan mengadakan gigs antara bandar-bandar terpilih. Nantikan KAMI. The Movie bulan Ogos ini (Berdasarkan sumber-sumber boleh dipercayai). He he he. Sementara itu layan dulu trailer KAMI. The Movie.


p/s: sejak akhir-akhir ini, keadaan office Aq tegang. Aq rasa bosan duduk dekat office lama-lama. Bos Aq asyik marah-marah. Aq rasa makin lama sikap profesialisme semakin terhakis. Orang sudah tidak hormatnya. Kenapa akhir-akhir ini dia macam .....

2008/05/13

Branded Wallet, Purse And Hand Bag

Kepada Semua,

Sesiapa ingin membeli Hand Bag, Purse dan Wallet kepada orang-orang tersayang dan diri sendiri boleh e-mail kepada Aq.

Harga seperti berikut;

Aigner Trifold Purse = RM 400

Aigner Wallet = RM 350

Calvin Klein Passcase Wallet = RM 350

Coach Bleeker Shoulder Bag = RM 750

Coach Hampton Leather Round Hobo = RM 750

Coach Soho Medium Hobo White = RM 850

Coach Wristlet = RM 350 (Each)

p/s: Sementara stok masih ada.

2008/05/12

Watashi Kirei?


Sabtu yang lepas Aq menonton The Slit-Mouthed Women di JJ Tebrau City. Cerita berdasarkan cerita lagenda Youkai Jepun iaitu Kuchisake-onna yang telah di modernkan. Cerita bermula dengan khabar angin dikalangan kanak-kanak mengenai seorang wanita yang mulut terkoyak dari telinga ke telinga dan menutupi dengan topeng pembedahan. Dan membawa gunting serta sering menanyakan mangsa "Adakah saya chantek?". Dan menculik kanak-kanak dan menderanya serta membunuh kanak-kanak yang diculik.

Apabila khabar angin mula tersebar, Slit-Mouthed Women bangkit dan mula mengrasuk ibu-ibu di bandar itu dan menculik kanak-kanak. Kemudian bandar mula menjadi huru-hara dengan kebangkitan Slit-Mouthed Women. Tanda-tanda ibu-ibu yang dirasuk adalah mendapat batuk secara tiba-tiba dan berubah fizikalnya kepada Slit-Mouthed Women. Dan mula mencari mangsa.

Bagi Aq movie ini seakan anti kepada Mother Day, boleh membuat kanak-kanak salah faham kepada ibu mereka. Dahlah Aq pulak tengok sebelum Mother Day. Di akhir cerita seorang wanita dirasuk kemudian mahu membunuh anaknya sendiri. Adoi. Kepada yang tiada kewarasan dalam berfikir pasti akan dirasuk dengan idealogi movie ini.

2008/05/11

Happy Mother Day

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

p/s: Emak, selamat hari ibu dan selamat hari jurawat.

p/s/s: Bagi Aq, Everyday is Motherday. He he he.

2008/05/09

Perodua Nautica

image from paultan.org

Ketika melayan berita tadi. Ada segmen di mana Perodua mengumumkan Perodua Nautica keluaran 4WD terebaru Perodua. Seakan Toyata Rush. Harga OTR dengan Insuran RM 89,000. Hendak tahu lebih lanjut ketik reveiw from paultan.org. Dan ketik juga website rasmi Perodua Nautica 4WD. Dan ketik juga website rasmi Perodua.

p/s: Siapa ada budget lebih tahun ini. Sila angkat kereta chantek ini.

2008/05/08

Da Luge City III

Jika anda mahu menjadi penduduk Da Luge City sila ketik Undilah Saya!
Jika anda mahu mengisi jawatan kosong di Da Luge City sila ketik Permohonan Jawatan Khas
Jika anda mahu menjadi kontraktor utama di Da Luge City sila ketik Tender

2008/05/07

Lucky 1,000,000 - Everyday Low Fares

Aq akan ke Sarawak demi melengkapkan Jejelah Malaysia selama 24 tahun. He he he. Dengan bantuan tambang Rm 0.00 daripada MH, Aq dapat ke Sarawak. Yeah. Tempahlah sekarang sebelum 19 May 2008 di Malaysia Airlines. kamek ke sana kena naik belon.

2008/05/02

Thanks For All The Condolences II

Aq tidak lewat. Aq hanya sempat memberi penghormatan terakhir kepada arwah di Makam Hj Said,Sikamat. Perjalanan Aq dari Johor Bharu penuh cabaran. Mingkin diuji kesabaran Aq. Aq menumpang Uncle Aq di Bandar Baru Uda untuk ke Seremban. Besoknya semua bagaikan masih terkejut. Aq hanya menghabis hari buruh Aq dengan tidur sahaja.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikasihi di sisi Allah, Al-Fatihah".

p/s: Terima kasih kepada sesiapa yang menyampaikan salam takziah kepada Aq dan sekeluarga. Sorry I didn't reply any of them.

2008/05/01

Sadly, That All... II

Al-Fatihah kepada arwah atuk perempuan Aq, Hjh Aton Ishak menghembus nafas terakhir pada 30 April 2008 pada jam 1230. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikasihi di sisi Allah.
Al-Fatihah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails