2009/08/26

Mission Accomplished

Ramadhan 5

Akhir Aq bertemu juga dengan Tepung Pelita. Puas hati. Para peminat Tepung Pelita boleh perolehi Tepung Pelita di Bazzar Ramadhan Taman Universiti. Kalau daripada peta di atas gerai yang di tanda dengan warna jingga. Puas hati. Lega. Dapat juga makan tahun ini. Sudah hilang mengidam.

Untuk para peminat Air Katira. Sila singgah ke Urip Katira. Kalau daripada peta di atas gerai yang di tanda dengan warna hitam. Ini kerana Aq sudah buat perbandingan rasa dengan Abu Bakar Katira di lokasi yang di tanda dengan warna merah dan hijau. Harga Urip Katira hanya RM 2.00 sebungkus berbanding dengan Abu Bakar Katira RM 2.80. Rasa ini berdasarkan lidah Aq. Perluang kepada yang ingin mencuba. Bagi Aq Urip Katira sudah memadai dan yang terbaik rasanya dikalangan yang lain.

p/s: vote for Tepung Pelita

2009/08/25

Tepung Pelita

Ramadhan 4

Hampir dua kali ramadhan di Johor Bahru, Aq tidak dapat merasa keenakan Tepung Pelita. Sukar untuk mencarinya kerana sering kali peniaga bazzar salah anggap dengan Kuih Tako. Sebenarnya kedua-dua kuih ini mempunyai perbezaan. Kuih Tako berasal daripada Selatan Tanah Air manakala Tepung Pelita atau nama lainnya Kuih Sampan atau Kuih Jongkong berasal daripada Perak. Tepung Pelita dibalut dengan daun pisang manakal Kuih Tako dengan daun padan. Strukurnya kelihatan berbeza Tepung Pelita kelitan lembik sedikit dan kuran chantek rupa bentuknya manakal Kuih Tako strukur kelihatan keras dan chnatek paras rupanya.

Kami amat meminati Tepung Pelita. Puas mencari daripada Ramadhan pertama hingga kini. Sebenarnya dari tahun lepas lagi. Sudah merantau di Bazzar Ramadhan Sg. Abong Muar, Bazzar Ramadhan Senggarang, Bazzar Ramadhan Rengit dan Bazzar Ramadhan Taman Universiti, Skudai. Mintak bantuan kalian kamu semua mana hendak perolehi Tepung Pelita.

p/s: mengidam? sesiapa mengidam Tepung Pelita angkat tangan.

2009/08/24

Medan Trip: Meet New Friend

Ramadhan 3

Jika merantau ke negeri orang mestilah berbaik dengan orang-orang di sana. Senang untuk berurasan. Sepanjang kami di Koa Medan dan Danau Toba. Kami telah berjumpa dengan dengan Gary Si Tukang Amik Gambar di J CO, sempat berborak mengenai kamera DLSR. Merupakan jurugambar profesional di Kota Medan. Kemudian berhibur besama-sama Blum, Harry, Danial dan Kevin. Kami semua bernyanyi bersama-sama mengikut alunan petikan Blum dan Harry. Blum dan Harry merupakan penduduk tempatan yang menguruskan Samsoir Cottage di Danau Toba. Manakala Danial dan Kevin merupakan pelancong daripada UK.




Itulah kisah Kota Medan yang sudah dua bulan berlalu, keseronokan dan pengamalan di sana masih lagi terasa.

p/s: selamat berpuasa.

2009/08/20

Medan Trip: Samosir Island

Kisah Kota Medan lagi.

Jika Anda teringin melancong ke Indonesia. Pastikan hanya pergi di satu kawasan sahaja jika masa adalah faktor penghalang utama. Contohnya Kami telah mengambil masa selama 5 jam dari Kota Medan ke Danau Toba. Suatu perjalanan yang jauh dan membuang masa. Mana tidaknya 5 jam tanpa melakukan sebarang aktiviti.
Setelah sampai di sana terasa amat berbaloi tiba walaupun harungi masa selama 5 jam. Sayangnya, kami hanya satu malam di Pulau Samosir. Tidak dapat merantau dan menjelajah sekitar Pulau Sasomir.
Danau Toba memang sesuai unutk manusia yang inginkan kesunyian. Memang tenang sahaja. Semuanya tenang dan damai sahaja.

p/s: Besok eposide akhir Kota Medan.

2009/08/19

Pink Book


Baru pulang dari KK Kempas. Kami pertama kali manalah tahu prosedur KK. Habis-habisan kami dimarahi. Untuk bulan akan datang kami akan ke KK Ulu Tiramnya, Staff Nursenya, Staff Nurse..

p/s: alhamduillah.

2009/08/18

Why I'm Bloging?

Mula-mula terlepas daripada 64 orang yang di taging oleh En. Me. Terkena juga oleh Joe. Ha ha ha

Sebab-sebab Aq suka membebel;

Ingin berkongsi. Ialah berkongsi pengalaman. Sebab merantau jauh, start bloging sekitar tahun 2004-2005 bermula dengan FriendsterBlog. Kemudian beralih kepada Blogger. Ingin berkongi pendapat, rasa tidak puas hati dan sebagainya.

Foto. Disini boleh menampakan hasil foto dari DSC-40 dan D40X. Berkongsi idea dan komen mengenai foto yang dirakam. Ialah foto adalah 1001 patah perkataan.

Jurnal. Sebagai salah satu kenangan. Kita makin tua makin lupa. Boleh mengimbau kenangan manis di dalam Bebelan Anak Tukang Jahit

Kemudia Aq menyampung tag ini kepada

Hint - Si perihal yang banyak perihalnnya

MySelf - Morning sickness selepas bercakap mengenai kuda laut


p/s: Kenapa Aq berblog eh?

2009/08/14

Beware H1N1


Semalam mahu pulang ke Johor Bahru selepas selesai ASIANALYSIS X and QSEL 4 di PWTC. Kena naik kenderaan awam iaitu LRT dan Tranasional. Memandang bas terus ke Singapore dari Kuala Lumpur. Maka Aq memakai topeng tutup hidung dan mulut.

p/s: penat mula terasa.

2009/08/13

At ASIANALYSIS X and QSEL 4




Aq menghadiri ASIANALYSIS X and QSEL 4 di PWTC. Sudah hari ketiga, otak pun dah tepu. Seminar yang banyak benda baru belajar

p/s: posting post from SE G502 for very first time

2009/08/10

1 Photo 1 Ringit 1 Malaysia

Tempoh lalu telah berlangsungnya Hari Q. Aq selaku tukang amik gambar terlupa membawa bateri untuk D40X. Terpaksalah Aq mengambilnya di rumah. Kena patah balik patah balik. Demi mengambil sedikit kenangan memandangkan merupakan hari terakhir Dato' CEO.
Majlis mempunyai tema tersendiri, Glitter & Glamour dan juga 1 Malaysia. Aq hanya berpakaian kasual supaya senang untuk Aq bergerak kesana-kemari.
Yang kurang bertegur, boleh bertegur. Tidak pernah merakam gambar bersama, boleh merakam bersama. Tidak seirama, boleh seirama. Unik majlis bergini. Yang tengang urat boleh berbaik untuk satu malam.
Aq merakam dan merakam demi meningkatan pengetahuaan dan pengalaman dalam pencahayaan yang sunggup malap. Seronok Aq melihat apabila D40X Aq mampu membuat mereka tersenyum.
Aq memang ada niat hendak jual hasil tangkapan kali ini. Satu Photo Satu Ringgit bersamaan dengan konsep Satu Malaysia.
Sebab Aq sudah tidak beberapa ikhlas memberi gambar secara percuma. Habis semuanya buat paparan untuk profil mereka di FB. Hu hu hu. Kalau ada kredit dekat Aq sikit tidak mengapa juga.
p/s: berkira jika orang lain berkira.

2009/08/07

Best Buddies 2009 Arward

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini
Seorang blogger yang tidak meletakan atau membenarkan sebarang iklan menumpang , Seorang jurugambar dengan EOS 40D, suka jalan-jalan, suka rakam angka pelik di batu jalan 00 dan 66, seorang bapak, dan pelbagai lagi yang hebat.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

a. Seorang yang membebel

b. Blogger

c. Suka mengambil gambar

d. Penternak mikroorganisma

e. Anak seorang tukang jahit

f. Nama timangan Da Luge, Sama Bhu San, Onieries

g. Sangat kurus

h. Sangat suka tengok drama generasi baru

i. Suka teman isteri jalan-jalan

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka...

a. Joe - bakal menjadi bapak.

b. Fa Wildchild - sibuk dengan perniagaan haramnya. Mafia War

c. Hint -seorang yang banyak perihalnya

d. My Self -sibuk dengan perniagaan haramnya. Mafia War. dan teman wanita barunya D70s

e. Kucai - Kisah jamu, kucing, oren, betik.

f. Lima sahajalah yang lain biar orang lain yang tagkan.

Soalan Tambahan

5. Nama timangan - Da Luge, Sama Bhu San, Onieries

6. Anda seorang yang? - Misteri

7. Insan yang teristimewa? - Keluarga dan Isteri

8.Lagu kesukaan? - Macam-macam

9. Makanan kesukaan? - Masakan Isteri

10.Sikap yang membuat anda stress? - Bertemu orang tidak cool

11. Warna kegemaran anda? - Waran pelangi?

12. benda mesti ada dalam beg? -D40X, Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II AF-S D, Nikkor 55-200mm f/4-5.6G I AF-S DX VR, Nikkor 50mm f/1.8 AF, Spedd Lite SB-600,

13. Kali terakhir anda menangis? - Masa nikah?

p/s: malam ini dinner siapa yang menang arward best dress and groom. walla

2009/08/06

Medan Trip: The Storyteller, Rojak And Danau Toba


Pusing-pusing Kota Medan dengan betor memang boleh menyumbang kepada sakit tekak jika kekurangan air. Kalu pusing-pusing dengan betor pastikan sebotol air mineral menjadi teman setia anda. Setelah puas pusing-pusing Kota Medan. Perut kami sudah lapar mahu menjamah selera makanan tempatan. Lalu Pak Supir mencadangkan warung rojak yang sedap lagi lazat.

Sesiapa yang memetingkan kebersihan, jangan merakam dahulu cara-cara atau kaedah membuat rojak. Sila menjamah dahulu rojak tersebut. Setelah kami selesai makan. Kami merakam cara-cara membuatnya sebagai tanda kenangan. Cara membuatnya memang unik mengunakan batu giling yang besar, mengunakan pisang muda sebagai ramuan rahsia dan menambah semua ramuan rojak yang biasa. Memang mengkagumkan.

Untuk kami tidak terlalu bhusan melihat rojak tersebut. Maka penjual rojak menceritakan mengenai Lagenda Danau Toba memandangkan kami ke sana besok.

Tersebutlah Al-Kisah......

Ada seorang pemuda berkhawin dengan seeokor ikan, maka ikan itu menjadi manusia. Akan tetapi pemuda itu dilarang menyebut perkataan ikan. Maka perkhawinan mereka dikurniakan seorang anak dan dinamakan Toba. Malangnya Toba sangat degil, kerana kedegilannya Ayahnya telah mengatakan bahawa anaknya adalah anak ikan. Mengadulah Si Toba kepada maknya. Maknya terlalu marah dan melarikan diri ke atas gunung dan hujan lebat turun sehingga terbentuknya tasik.

Sekian

p/s: berborak dan mendengar landenga tempatan.

2009/08/05

Medan Trip: Istana Maimun

Hujung minggu yang lalu, keluarga Aq datang melawat Teratak 91. Tengah bersantai di atas sofa baru, lantas Mak di jamah dengan dengan paparan memori di Muo. Tersenyum. Melihat. Lalu Bapak Aq bertanya lagi mengenai paparan memori di Rengit. Hanya mampu menjamah dengan album kosong. Bertanya kembali mereka.
Lalu menjamah mak bapak Aq dengan paparan memori di sekitar Istana Maimum. Terpancar semula senyuman buat seketika. Mendapat pujian. Kata mak chantek foto-foto di Istana Maimun. Kami hanya tersenyum. Foto semuanya di ambil oleh pihak yang menjaga Istana Maimun. Memang berbakat juga cara dia mengambil gambar. He he he.
Lupakan sahaja segala pujian itu. Kami sudah sebulan di Malaysia. Cerita berkisahkan Kota Medan mungkin sudah agak basi untuk didengar. Istana Maimun merupakan peningalan sejarah di Kota Medan. Istana Maimun dibangunkan oleh Sultan Deli, Makmum Al Rasyid Alansyah sekitar tahun 1888. Istana ini mendapat ilham daripada artitek Itali. Istana ini mempamerkan hasil seni Melayu Deli, Islam, India, Itali dan Sepanyol. Memang menarik istana ini. Boleh buat tempat untuk sesi foto.
Sewa untuk baju di raja hanya 15000 Rupiah bersamaan 5 Ringgit. Upah untuk orang mengambil gambar terpulang beberapa yang anda suka. Janji ikhlas. Sebab tukang amik gambar ini bersungguh-sungguh merakam foto kenangan anda. Pengalaman di Istana Maimun memang seronok dan tidak dapat dilupakan. Ialah di Malaysia, sukar untuk kita bergambara di istana paling kuat depan pagar sahaja. He he he. Kepada sesiapa ingin ke Kota Medan boleh singgah senbentar di Istana Maimun dengan menaiki betor (beca campur motor) dengan upah sebanyak 100000 Rupiah.

p/s: sambung lagi kisah Kota Medan.

2009/08/04

Don't Die From A Broken Heart

"Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"

Aq ingin kembali membebel setelah berehat beberapa bulan. Aq berehat bukan kerana Aq terlibat dengan aktiviti mafia, bukan terkena serangan virus selesma, bukan kerana kesibukan mengemas rumah. Akan tetapi Aq sedikit kecewa dengan orang yang bermulut tempayan. Sangat, sangat, sangat kecewa. Kerna setelah hampir 2 bulan mendirikan rumah tangga, album hari besejarah masih kosong. Aq kecewa setiap kali melihat wajah Mak Aq ketika melahap album kosong itu. Aq sudah tidak sanggup menjawab pertanyaan orang "tengok gambar?" dan mejawab dengan perasaan tawar "belum siap" itu baru rakan-rakan sekerja, rakan-rakan dan jiran tetangga. Belum lagi soalan maut daripada mak bapak, adik beradik dan saudara mara. Bukannya apa kira berbaloi penat lelah mereka semasa majlis berlangsung walaupun sebahagian tidak membantu langsung setelah melihat album yang berisi.

Susah hendak kenal hati budi orang ini. Masing-masing ada agenda masing-masing. Betullah pesan nenek moyang kita "rambut sama hitam, hati lain-lain". Kalau difikirkan lebih baik Aq menyendiri tidak perlu berkenalan dengan sesiapa untuk dijadikan rakan. Seperti siulan M. Nasir, Apokalips.

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

Lebih baik berkawan dengan tempayan. Sekurang-kurangnya boleh Aq tutup mulut tempayan dengan talam. Entahlah. Aq sudah tidak tahu bagaimana ingin mengubat hati Mak yang kecewa. Habis beribu-beribu akan tetapi sekeping paparan memori pun tiada.

Bagi mengilangkan rasa kecewa itu, Aq harus bangkit. Aq harus mengemis kepada rakan-rakan.. Kepada sesiapa yang ada merakam peristiwa itu, sila email atau menghubungi Aq untuk diberikan alamat terkini supaya Aq dapat memperolehi paparan memori daripada simpan anda semua. Paparan memori yang bertuah akan dimasukkan dalam album.

p/s: Thanks, hope.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails