2009/08/05

Medan Trip: Istana Maimun

Hujung minggu yang lalu, keluarga Aq datang melawat Teratak 91. Tengah bersantai di atas sofa baru, lantas Mak di jamah dengan dengan paparan memori di Muo. Tersenyum. Melihat. Lalu Bapak Aq bertanya lagi mengenai paparan memori di Rengit. Hanya mampu menjamah dengan album kosong. Bertanya kembali mereka.
Lalu menjamah mak bapak Aq dengan paparan memori di sekitar Istana Maimum. Terpancar semula senyuman buat seketika. Mendapat pujian. Kata mak chantek foto-foto di Istana Maimun. Kami hanya tersenyum. Foto semuanya di ambil oleh pihak yang menjaga Istana Maimun. Memang berbakat juga cara dia mengambil gambar. He he he.
Lupakan sahaja segala pujian itu. Kami sudah sebulan di Malaysia. Cerita berkisahkan Kota Medan mungkin sudah agak basi untuk didengar. Istana Maimun merupakan peningalan sejarah di Kota Medan. Istana Maimun dibangunkan oleh Sultan Deli, Makmum Al Rasyid Alansyah sekitar tahun 1888. Istana ini mendapat ilham daripada artitek Itali. Istana ini mempamerkan hasil seni Melayu Deli, Islam, India, Itali dan Sepanyol. Memang menarik istana ini. Boleh buat tempat untuk sesi foto.
Sewa untuk baju di raja hanya 15000 Rupiah bersamaan 5 Ringgit. Upah untuk orang mengambil gambar terpulang beberapa yang anda suka. Janji ikhlas. Sebab tukang amik gambar ini bersungguh-sungguh merakam foto kenangan anda. Pengalaman di Istana Maimun memang seronok dan tidak dapat dilupakan. Ialah di Malaysia, sukar untuk kita bergambara di istana paling kuat depan pagar sahaja. He he he. Kepada sesiapa ingin ke Kota Medan boleh singgah senbentar di Istana Maimun dengan menaiki betor (beca campur motor) dengan upah sebanyak 100000 Rupiah.

p/s: sambung lagi kisah Kota Medan.

2 ulasan:

betikbusuk berkata...

100000 rupiah? berapa inggit tu?

Yazid Husain berkata...

dalam RM 3.50

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails