2009/01/30

Eclipse At Pantai Punggor

Selepas majlis mengikat tali pertunangan salah satu Teratak Troopers, di Kluang. Aq ada lagi satu misi iaitu misi menangkap gerhana matahari. Sepanjang perjalan daripada Kluang ke Rengit matahari sungguh silau menyebabkan Aq teringat sesuatu. Lalu Aq menanyakan inchek Myself bilakah waktu sebenar gerhana.
Lalu di Parit Botak Aq shoot dua tiga keping. Dan hasilnya semuanya gagal. Lalu Aq dapat tips daripada Kucai. Bahawa lens perlu dilidungi dengan pita kaset, pita pegelap atau kaca mata UV. Lalu Aq mengambil shoot di Pantai Punggor. Pantai Punggor adalah salah satu tarikan yang terdapat berhampiran dengan kampung Aq. Parit yang berada di kawasan kampung Aq juga berhubung secara langsung dengan laut. Dahulu sekitar tahun 50-an dan 60-an daripada kampung halaman boleh bersampan kepada laut. Dan untuk mengcandat udang juga tidak menjadi masalah. Sekarang semua itu sudah hilang hanya mengjadi bahan cerita pakcik-pakcik sahaja.
Aq masih gagal mendapatkan gambar gerhana yang sempurna. Terpaksalah tunggu 10 tahun lagi. Ha ha ha. Ini tips untuk masa akan datang untuk shoot gerhana. Pastikan memiliki pita kaset or kaca mata gelap UV, dan jika tangan anda shaking dan suka bergetar sila pakai tripod. Walla pasti gambar gerhana akan chantek dan puas hati.

p/s: Heroes semua hilang kuasa. Aq hilang kuasa sehingga tangan Aq shaking masa shoot gerhana. Ahaks.

2009/01/29

Fit's Engagement

Salah seorang teratak troopers telah mengikat tali pertunangan pada 26 hari bulan yang lalu di Kluang. Aq secara resmi telah dilantik sebagai tukang amik gambar oleh Fit. He he he.

Aq, Ali dan Adiqku daripada Punggor, Rengit bertolak dan ketemu rombongan daripada Skudai di persimpangan tol Ayer Hitam. Agak lama juga menunggu rombongan mereka. He he he. Aq kalu sudah berjanji dan jika orang itu menentapkan masa sudah tentu Aq akan keluar awal sedikit. Tapi kadang kala Aq mungkir juga ini pun disebabkan sesat, traffic jam, memandu secara perlahan. He he he.

Majlis petunangan Fit dengan lancar, semuanya kelihatan teratur. Akhirnya seorang lagi Teratak Trooper mengikat pertalian pertunangan. Aq ingin mengucapkan taniah kepada Fit dan Afzan.

p/s: Taniah, semoga kekal sepanjang hayat.

2009/01/28

Abbe Maleyki's Wedding

Akhirnya sampai juga Aq di resepsi Abit di Presint 9, Putrajaya. Sebenarnya kami telah berkampung dua malam di Kuala Lumpur. Sambil itu, Aq dan Cat ada urusan lain di Kuala Lumpur.

Sekarang ini, Aq telah menjadi resepsi rakan-rakan suatu medan pertemuaan dengan rakan-rakan yang lain. Kira gathering bersama rakan-rakan lain. Sejak menentap si Johor Bahru amat sukar bertemu mereka di Ibu Kota. Bukannya berkira, jika ada urusan penting barulah Aq ke Kuala Lumpur. Rakan-rakan Aq disana juga sukar turun Johor Bahru kecuali ada urusan kerja. He he he.

Mempelai menghantar sms yang agak terharu, " Salam, Yazid, Thanks sangat-sangat datang semalam. Teruja aku tengok korang sampai dengan si pasangan manis masing-masing. Thanks bro. Khawen jangan lupa ajak aku ha."

Resepsi amat sederhana, akan tetapi kehadiran celebriti Media Prima , Channel TV 3 telah membuatkan majlis sedikit meriah. Kesian juga tengok mempelai, jemputan lebih banyak bergambar dengan celebriti tersebut daripada kedua mempelai.

Selepas menghadiri resepsi Abit, Aq dan yang lain mengambil keputusan untuk chill out di Big Apple, Alamanda. Bertanya-tanya kabar, bersembang, bertukar-tukar informasi mengenali perkara-perkara khawen, mana barang murah? mana kain murah? mana kad murah?. Memang chill out sudah lama tidak ketemu mereka. Ahaks.

p/s: Taniah kepada Abit dan pasanganya. Semoga berbahagia sepanjang hayat.

2009/01/22

Influenza Del Freddo


Hachim!


Hachim!

Hachim!

Hachim!

Hachim!

Hachim!!!!!!

Minum jus orange Marigold dan air mineral.

23hb di Putrajaya - 24hb di sekitar Kuala Lumpur - 25hb di Putrajaya - 26hb di Klunag - 27hb di Muo. Bebelan Anak Tukang Jahit diberi cuti panjang.

p/s: Asal hendak jalan jauh badan mesti tidak sedap.

2009/01/21

Vespa

Di sini Aq ingin membebel sedikit mengenali sejarah vespa. Vespa bermaksud lebah dalam bahasa Itali. Di mana generasi kedua pengasas Piaggio, Enrico Piaggio terus menyebut perkataan Sambra Una Vespa” setelah melihat design Vespa. Vespa diilhamkan daripada sebuah pesawat dengan kerjasama Corradino D'Ascanio, perunding model pesawat kemudian ditranformasi kepada sebuah kenderaan yang mudah, ringkas dan boleh diperolehi oleh sesiapa. Frame hadapan bertujuaan menghalang debu di jalanraya. Pada tahun 1945 sebanyak 350,000 unit vespa dihasilkan dan sekitar 1950 1,000,00 di hasilkan dan telah dijual sekitar eropah. Vespa mula popular diserata dunia sekitar tahun 1960 - 1970. Malah kini ada Vespa masih lagi digunakan pada zaman kini. Untuk maklumat lanjut sila lungsuri Vespa Malaysia.
Vespa di atas ini wujud sekitar tahun 1960 lagi. Masa itu Pak Long Aq beli dan memakainya agak lama juga. Dan kemudian dihadiahkan kepada Awrah Atok Lelaki Aq. Masa itu, memang famous sekejap Arwah. Dari kecil lagi Aq, Ali dan Ap sering dibawa ronda-ronda keliling kampung dengan vespa tersebut. Hehehe. Tapi sekitar 1990 tidak digunakan sepenuhnya Arwah guna kenderaan lain sehingga akhir tahun 2008. Sebenarnya keluarga Aq sangat khecewa sedikit apabila melihat vespa Arwah Atok dalam keadaan berkarat. Kerna sudah lama rumah Arwah Atok disewa orang lain.
Kini vespa itu menjadi hak milik Ali. Hadiah daripada Arwah Atok Lelaki. Hehehe. Ali telah mengularkan kos daripada gajinya bagi memulihkan vespa ini. Lama juga dibengkel hampir 2 hingga 3 minggu. Setelah keluar daripada bengkel. Wah kagum Aq dengan vespa Ali. Pakcik-pakcik juga kagum dengan berubahan drastik. Sebenarnya sudah lama hendak menulis pasal vespa Ali ini. Kini vespa Ali kini famous di sekitar UPM kerna Ali menuntut ilmu disana.

p/s: Hargai benda yang kita sayang.

2009/01/20

Kites


Acap kali juga Aq dan Cat melihat orang main layang-layang di Hutan Bandar MBJBT, Mutiara Rini. Cuma keinginan amik gambar muncul apabila melihat orang ramai mula berkkumpul ramai menjalankan aktiviti riadah dan bermain layang-layang. Seronok. Mengimbas zaman kanak-kanak dahulu. Sekarang layang-layang moden. Dahulu Aq buat sendiri bersama-sama rakan-rakan sebaya. Kemudian semua berlumba untuk mencipta layang-layang yang boleh terbang jauh.

Kami lagi setuju, jika anak-anak sekarang membuat layang-layangnya sendiri berbanding membelinya. Secara tidak langsung akan meningkat daya kreatip mereka. Ada daya saing untuk mencipta yang terbaik dikalangan rakan-rakan mereka. Bayangkanlah jika kita suapkan mereka dengan layang-layang sudah siap, susah untuk mereka hargainya. Buat sendiri lebih menghargai hasil ciptaan mereka. Hehehe. Kesimpulanya membuat sendiri layang-layang dapat mengajar anak-anak ini nilai-nilai murni. Hehehe. Cakap macam sudah lama makan garam.

Disini Aq terangkan cara-cara membuat layang-layang.Justify Full
Bahan-bahan:

1 batang lidi dengan lebar lebih kurang 1 cm dan panjang lebih kurang 80 cm
1 batang lidi dengan lebar lebih kurang cm dan panjang lebih kurang 40 cm
Surat khabar lama dengan ukuran sesuai
Pita pelekat
Pensil
Benang
Gunting
Pembaris
Cara membuat layang-layang:

Letakkan kedua-dua batang lidi secara menyilang dengan titik pertemuan pada 1/3 dari bambu yang paling panjang. Ikatkan kedua-dua batang lidi tersebut dengan menggunakan benang.

Ikat dan hubungkan ke empat ujung batang lidi dengan benang hingga membentuk seakan sedikit melengkung.Sekarang rangka layang-layang sudah siap, lalu letakkan rangka layang-layang tersebut di atas surat khabar lama.

Tanda surat khabar tersebut dengan pensil sehingga mengikuti bentuk rangka layang-layang. Tambahkan lebihan sedikit dalam ukuran lebih kurang 2.5 cm untuk garis potongan. Kemudian gunting surat khabar lama tersebut mengikuti garis potongan yang dibuat tadi

Lipat bahagian surat khabar lama ke arah belakang, lalu lekatkan pada rangka dengan menggunakan pita pelekat. Bagi memberi keseimbangan, tambahkan ekor dari surat khabar lama dan dilekatkan di bahagian bawah layang-layang.

Buatlah lubang dekat dengan tempat penyilangan batang lidi masukkan benang ke lubang dan ikatkan ke titik persilangan dan kemudian diikat pada hujung yang lain ke hujung bawah rangka layang-layang.

p/s: Memori zaman kanak-kanak.

2009/01/19

What Is Love And Marriage?


Di petang Jumaat, Aq beborak dengan salah seorang Teratak Troopers. Meluahkan perasaannya, "Daripada aku meraung kemudian hari, lebih baik aku meraung sekarang" lalu menceritakan kisah yang Aq baca daripada Facebook. Mungkin kisah dari email atau garapan rakan Aq, Salmah di profile Facebooknya. He he he.

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

Kesimpulan daripada Salmah: Janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Aq memberikan kesimpulan mudah kepada Teratak Trooper tersebut, mencari chenta sesuatu yang sukar, akan tetapi sesuatu perkhawinan amatlah mudah. Think!

Lalu Teratak Troopers tersebut kepada Aq "Chenta engkau agong"

2009/01/16

Presumptuous

Biar pandai daripada memandai-mandai....

Tidak salah jika tidak tahu kita bertanya, buat apa hendak malu. Sudah tentu kita digalakkan belajar, bertanya dan berguru kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang tinggi.
Kita tidak perlu memandai-mandai jika kita memang tidak tahu sesuatu perkara. Malu ke? Adakah kita di anggap bodoh jika bertanya?

Bagi Aq, jika memandai-mandai lagi menampakan kebodohan kita. Kerna hendak menang semua perkara kita sanggup memperbodohkan diri kita tadi. Kalau ada sesuatu yang tidak pasti lebih baik bertanya dari mengeluarkan fakta yang tidak benar. Nanti engkau di gelakan oleh orang secara terbuka atau tertutup di kemudian hari. Akan tetapi Aq mahu gelakkan orang-orang macam ini. Ha ha ha.

p/s: Bodoh! Ha ha ha.

2009/01/15

Ask A Bomoh


Orang kita, pantang kalu nampak perempuan chantek keluar dengan lelaki kurang kacak. Mati-mati orang kita cakap mesti kena guna-guna. Ha ha ha. Guna-guna adalah amalan syirik yang menggunakkan minyak yang dihasilkan daripada mayat perempuan yang baru dikuburkan, perempuan meninggal beranak sulung digali, dilayur, dipuja qarinnya untuk ikut balik bersama minyak tadi bagi tujuan menundukan seseorang untuk mencapai niat pengamalnya.

Pelik. Kenapa orang kita masih ada lagi berpaksi kepada amalan syirik ini. Meletakan kepercayaan yang mendalam terhadap amalan sihir dan syirik. Seakan lupa ada kuasa yang lebih besar daripada mereka amalkan. Sedar atau kurang sedar kita kadang kala kita terlau mempercayai benda-benda khurafat dan secara tidak langsung mendua Maha Pencipta Bumi dan Langit. Ini adalah tanggap biasa orang kita, susah hati tengok orang senang. Sikit-sikit hendak di bomohkan sahaja. Hendak kaya pun jumpa bomoh. Hendak jodoh pun jumpa bomoh. Padahal kita boleh sahaja memohon kepada Yang Maha Esa.

p/s: semoga di jauhkan amalan sihir ini.

2009/01/14

Be Somebody Else


Kenapa kita mesti mengubah diri kita untuk senangkan hati orang lain? Itulah persoalannya sekarang. Itulah terjadi kepada Aq kerana memangil fiancee Aq dengan panggil Cat. Orang kata nampak kasar, tidak mesra, macam tidak sesuai dan ada juga bertanya kenapa panggil dengan gelaran Cat. Menyebabkan Aq menjadi was-was untuk mengelarkan Cat di hadapan Mak Ayah Aq. Setelah selesai urusan meneliti harga kad di Plaza Angsana. Kami berbincang dan setuju Cat bertukar kepada Ely. Ha ha ha. Cuma sehari sahaja bertahan. Sudah kembali. Aq sendiri rasa janggal teramat sangat. Susah. Aq sudah biasa dengan gelaran yang lama. Gelaran ini akan kekal sehingga bila-bila. Ha ha ha. Lantok kepada orang-orang luar disana.

Persoalannya, ramai di luar sana masih perangkap menjadi orang lain daripada diri sebenar untuk menyenangkan orang lain. Bagi Aq lebih baik jadi apa yang terbaik untuk diri kita. Bukan tidak mahu membaiki diri. Mana yang kurang baik kita ubah kepada yang lebih baik. Kadang kala benda remeh kita amik pusing. Tidak perlu just be yourself. Dari hati lahir kechantekan semulajadi. Tidak perlu bersandiwara. Bila kita mahu rapat dengan orang itu kita jadi seakan-akan dia sehingga hilang jati diri. Seperti sesumpah yang lupa warna kulit asalnya. Hijau, Kuning, Biru, Merah dan Kelabu. Ha ha ha.

p/s: selesa dengan orang yang menunjukkan true colour daripada awal daripada menunjukkannya di kemudian hari.

2009/01/13

Full Moon


Di kala bulan mengambang. Selepas selesai urusan di Plaza Angsana. Urusan menyiasat harga sekeping kad bersama Ely. Hu hu hu. Area angsana mahal semua meletak harga seringgit sekeping dan semakin chantek dan rumit kad itu maka harganya akan berlipat ganda. Selesai sahaja urusan itu. Kami terlihat bulan purnama penuh ketika kaki amat berat melangkah ke parkir. Lantas ke Danga Bay dengan tujuan melihat bulan dan berlatih night shoot. Susah nak mahir.

Hairan. Kosong Danga Bay. Masa New Year ramai. Haah New Yearkan. He he he. Bila ada peristiwa penting ratusan umat manusia berkumpul. Kalu kena bedil pasti pupus 1/3 umat manusia di Johor Bahru. He he he.

p/s: Nikmati keindahan yang masih ada.

2009/01/12

Obama Visit Malaysia ?

Pagi-pagi Aq buka email Yahoo! Aq. Langsung Aq membuka kiriman email daripada Emphbone yang bertajuk Obama datang Malaysia???





p/s: Pagi-pagi buta Aq sudah buat Aq tergelak di pagi yang blues. Ha ha ha. Guling-guling atas lantai. Rupanya pelanduk dua serupa.

2009/01/10

Nothing

Tolong lompatkan video klip ini dari satu blog kepada satu blog.

p/s: bila manusia tiada kerja, ingin mencari kerja. Entah apa-apa.

2009/01/09

Politikus

Bhusan sedikit minggu ini.

Seminggu ini Aq jadi punching bag masalah diaorang. Ahaks. Bukan tidak mahu tidak mendengar masalah kamu semua. Akan tetapi ramai saudara macam kita tertindas juga, Aq pun rasa tertindas juga.

So tidak perlu fikir sangat. Nanti hati susah muka pun susah, kechantekkan lahir dari hati. Tahu. He he he. Yang penting kita gumbira, gumbira, gumbira dan sempurnakan tugas kita. Dan buat tak tahu sahaja. Adakah diaorang itu pusing pasal kita? Tidak. Yang pasti makin tindas adalah. So, gumbira, jangan amik pusing dan bercerita lagi dengan Aq.

Think!

p/s: Politikus boleh pergi mampus

2009/01/08

Voices For A Free Palestine


image from Last.fm
Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.




p/s: Selamatkan sedara kita.

2009/01/07

Youth '09

Mari dapatkan pass percuma ke Youth '09 dan setiap 1000 perserta akan memiliki G-Shock bernilai RM 400. Ingin maklumat tambahan sila lungsuri dan ketik laman sawang resmi Youth '09 dan ingin melihat aktiviti apa yang ada di sana sila ketik Jadual Youth '09

Wah ada Expression Photography Challenge. Menarik, menarik.

p/s: mari!

2009/01/06

When Are You Getting Married?

Pagi tadi, kebhusanan mula terasa lalu menyebabkan Aq menyimpang daripada menjalankan tugas dan melungsuri Facebook. Aq terpegun dengan artikel yang Empbone mnejadikan status di profil Facebook. He he he he. Menarik artikel That Dreaded "M" Word nurkilan daripada Revathi Murugappan.

Apa yang ingin disampaikan penulis. Sebenarnya akan dilalui semua orang tidak kira cepat atau lambat. Sebenarnya Aq sudah terkena sekitar tahun 2007, tahun pertama Aq makan gaji. Makcik-makcik Aq ada yang buat statement "7hb 7 2007 sepatutnya majlis yazid ini" "Sen, anak ko bila?". Bukan makcik-makcik Aq sahaja malahan Aq juga kawan Aq bertanya "Bila lagi?" "Lepas ini yazidlah ini" dan sering Aq nafikan dengan "Kan lah aq nak langkah bendul korang, ha ha ha, bagi abang-abang dulu".

p/s: mari membaca mengenai artikel That Dreaded "M" Word nurkilan daripada Revathi Murugappan.

2009/01/05

10 Reasons Why You Should Leave Office At 6 pm


p/s: Sebab kitaorang berkira sebab gaji korang sudah besar. Faham!!!

2009/01/02

Engagement; Making of Hantaran

He he he. Memang mula-mula agak tertekan apabila Aq masih belum mendapatkan idea bagaimana mengubah hantaran. Apa yang bermain dibenak fikiran Aq adalah menggunakan bunga segar. Dan siapa yang akan mengubah bunga segar dan hantaran Aq nanti? Adakah perlu Aq mengupah orang lain atau membuatnya sendiri? Mula-mula Aq ingin mendapatan bantuan Ali mengenai konsep hantaran. Ideanya adalah menggunakan barang-barang natural. Tetapi Ali tidak dapat menolong Aq sepenuhnya kerana setia dengan kerja.

Dan sebulan sebelum hari perlangsungan. Aq mendapat idea daripada Pesona Pengantin dan sumber image daripada google. Lalu membuat sedikit steckh mengenai konsep yang Aq ingin lakukan. He he he. Fasa pertama sudah selesai. Kemudian Aq ingin meminta bantuan Ayah untuk menjahit alas dulang seperti Aq inginkan.

Dan seminggu sebelum hari perlangsungan. Gubahan hantaran Aq masih lagi 0%. Hu hu hu. Agak tertekan. Kerana barang semua sudah ada, tinggal hendak buat sahaja. Hu hu hu. Dan dua hari lebih sebelum hari perlangsungan. Aq dan Ap mula mengerakkan fasa kedua mengubah hantaran. Pada malam krimas hantaran sudah 25% bergerak dan menampakan idea Aq mula menjadi sedikit realiti.

Dan sehari sebelum hari perlangsungan, tinggal meletakan bunga segar, sireh junjung dan buah. Biasalah bila sudah ramai orang, mesti ada yang datang mengubah hataran. Hu hu hu. Sedikit tidak puas hati. Aq dan Ap membuat sireh junjung dengan bantuan auntie Aq. Aq mengubah kembali apa yang Aq inginkan dengan bantuan Ap. Ha ha ha. Sehingga 4.30 pagi. 90% siap
Disini ada beberapa tips. Pertama, bagi sesiapa ingin mengunakan bunga segar dalam gubahan hantaran, perlu membuka balutan bunga segar yang di dapati daripada kedai dan merendamnya di dalam air. Dan simpan didalam suhu yang agak rendah.

Kedua, sapukan sedikit minyak pada kulit buah-buahan supaya menampakan kesegaran buah tersebut. Ketiga, ini pesan orang-orang tua, kalau hendah cepat jodoh makan sireh daripada sireh junjung. He he he.
Biasalah Aq, agak degil. Tips pertama dan kedua Aq tidak mempratikannya menyebabkan bunga segar banyak layu dan buah-buahan nampak tidak segar.Ahaks. Tips pertama dan kedua Aq dapat daripada Cat after post-morterm hantaran. Ha ha ha.
Dan pada hari kejadian, Aq hanya perlu touch up sedikit. Dan memmastikan tukang bawa hantaran membawa dengan betul. Dan jangan sampai terjatuh pulak. He he he.

p/s: Jangan risau biasa-biasa sahaja hantaran ini

2009/01/01

Welcome 2009 Beginning Of Life



Welcome 2009 Beginning Of Life. Baru sebentar tadi pulang daripada menangkap gambar bunga api. Sejenis bunga yang mengakibat lecuran pada kulit apabila disentuh. Ahaks. Tecapai impian menangkap bunga api di tahun baru.

Biasalah New Year tidak sah tanpa traffic jam, orang ramai, motor banyak, konsert dan bunyi hon sana sini. Semasa Aq terperangkap dalam traffic mencari parking, Aq terlihat grup tukang amik gambar. Dalam hati ini, hendak join dengan dia orang. Mesti best. Ha ha ha. Akan tetapi tidak berpeluang.

Akhirnya dapat juga pakring. Aq dan Cat pun masuk ke Danga Bay. Argh. Bhusan. Ramai orang asing rasa gheto pulak. Shelake. Akhirnya kami lepak di kawasan Beach Club, Danga Day. Lama juga tunggu akhirnya kami buat keputusan kembali ke tempat parking. Aq shot bunga api dari sana. Senang dan selesa.

Hasil agak memuaskan dengan bantuan D40X, Nikon AF-S DX Zoom-Nikkor 55-200mm f/4-5.6G ED dan SB-600. First time.

The year 2008 had gone but made us strong , The path was long but we walked with song, There were fears & tears, but we also had reasons for cheers! Wishing you happy memories of the last year & have the great begining for 2009.
quate by Ed (Pinjam ucapan engkau)

p/s: Masa untuk adjust. Happy New Year!!!

p/s/s: Chantek awak hari ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails