2009/01/19

What Is Love And Marriage?


Di petang Jumaat, Aq beborak dengan salah seorang Teratak Troopers. Meluahkan perasaannya, "Daripada aku meraung kemudian hari, lebih baik aku meraung sekarang" lalu menceritakan kisah yang Aq baca daripada Facebook. Mungkin kisah dari email atau garapan rakan Aq, Salmah di profile Facebooknya. He he he.

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

Kesimpulan daripada Salmah: Janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Aq memberikan kesimpulan mudah kepada Teratak Trooper tersebut, mencari chenta sesuatu yang sukar, akan tetapi sesuatu perkhawinan amatlah mudah. Think!

Lalu Teratak Troopers tersebut kepada Aq "Chenta engkau agong"

13 ulasan:

HinT DaRi PerihaL berkata...

cik salmah..cik salmah..apa da memilih sgt...

Princess Liyana berkata...

Setuju!;)

hehe..kalau terlalu memilih, nanti susah plak..

Asalkan baik dn beriman..sudh ckp..tk perlu nk lebih2..manusia ada bahagian msg2..keistimewaan msg2;)

aiyrie berkata...

Kata Encik Yazid: "Aq memberikan kesimpulan mudah kepada Teratak Trooper tersebut, mencari chenta sesuatu yang sukar, akan tetapi sesuatu perkhawinan amatlah mudah. Think!"

Kata Saya: "Betulkah perkahwinan itu mudah?"

Pengajaran yang saya dapat dari kisah yang dicoretkan oleh Cik Salmah tersebut ialah, cinta tanpa ikatan itu ringan, tetapi kita tidak mampu fokus sehingga meninggalkan semua kecintaan tersebut. Sebab itulah ia hanya diibaratkan sebagai rumpunan gandum. Tetapi perkahwinan itu pula, walaupun berat umpama sebatang puhon jati di hutan, tetapi kita mampu mempertahankannya jika kita fokus sedari awal. Ingat pesan Guru tersebut, "jangan dihirau pohon yang lain, fokuslah kepada pohon yang telah engkau tebang tersebut."

Yang penting, setiap perhubungan itu akan kekal jika kita tahu apakah fokus utama dalam perhubungan tersebut. Main-mainkah? atau seriuskah?

Yazid Husain berkata...

to hint

he he he. mungkin ingin mencari yang terbaik

to princess liyana

sangat setuju. betul itu. tepat sekali

to aiyrie

sangat setuju. masa cakap untuk memuaskan hati teratak troopers. wah akhir ada juga orang memberi kesimpulan yang tepat.

aiyrie memang engkau pakar dalam bidang fasalfah ini. nanti aq samapaikan

thanks. sangat setuju. hebat.

A t i Q a h berkata...

Cinta tak perlukan sebab. :)

zaidi berkata...

uhh..falsafah yang memeningkan kepala..tak yah la sama kan dgn pape. teruskan dengan kehidupan hedonistik anda!

en_me berkata...

cinta tak semestinyerr bersatewwww.. salmah salmah.. ahaks

- j o h a r i - berkata...

ooowww...crite yg menarik..
adakah engkau memegang watak pelajar itu?

peyus berkata...

hohoho..bab cinta tu mmg menarik dowh..dh byk kali jd kt aku..tp bezanya bukan aku hrp yg kt depan aku lg best..tp aku tkot yg aku jmpe tuh lak x nk..hahaha! konfiden issue seyh..haha!

Yazid Husain berkata...

to atiqah

yup, setuju.

to zaidi

hahaha. amat sokong. no need falsafah. just ikut flow sudah. hehehe

to en me

nasihat orang tua. dengar, fahamkan dan fikir

to johari

aq jadi watak pelajar itu?

to peyus

relax, clam and cool. keyakinan kena tinggi. ahaks

HinT DaRi PerihaL berkata...

wowh lupa..aku insan gay..cinta kaum sjenis memudaratkan jiwa...erk...

Puteri liyana..syoknya..mungil betul..

honeyfresco aka ila berkata...

aku setuju. ceritera yang bermakna.

Yazid Husain berkata...

to hint

he he he.

sangat mudaratkan. mungil habesh

to honeyfresco

bermakna bukan. he he he.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails