2009/01/14

Be Somebody Else


Kenapa kita mesti mengubah diri kita untuk senangkan hati orang lain? Itulah persoalannya sekarang. Itulah terjadi kepada Aq kerana memangil fiancee Aq dengan panggil Cat. Orang kata nampak kasar, tidak mesra, macam tidak sesuai dan ada juga bertanya kenapa panggil dengan gelaran Cat. Menyebabkan Aq menjadi was-was untuk mengelarkan Cat di hadapan Mak Ayah Aq. Setelah selesai urusan meneliti harga kad di Plaza Angsana. Kami berbincang dan setuju Cat bertukar kepada Ely. Ha ha ha. Cuma sehari sahaja bertahan. Sudah kembali. Aq sendiri rasa janggal teramat sangat. Susah. Aq sudah biasa dengan gelaran yang lama. Gelaran ini akan kekal sehingga bila-bila. Ha ha ha. Lantok kepada orang-orang luar disana.

Persoalannya, ramai di luar sana masih perangkap menjadi orang lain daripada diri sebenar untuk menyenangkan orang lain. Bagi Aq lebih baik jadi apa yang terbaik untuk diri kita. Bukan tidak mahu membaiki diri. Mana yang kurang baik kita ubah kepada yang lebih baik. Kadang kala benda remeh kita amik pusing. Tidak perlu just be yourself. Dari hati lahir kechantekan semulajadi. Tidak perlu bersandiwara. Bila kita mahu rapat dengan orang itu kita jadi seakan-akan dia sehingga hilang jati diri. Seperti sesumpah yang lupa warna kulit asalnya. Hijau, Kuning, Biru, Merah dan Kelabu. Ha ha ha.

p/s: selesa dengan orang yang menunjukkan true colour daripada awal daripada menunjukkannya di kemudian hari.

12 ulasan:

HinT DaRi PerihaL berkata...

betul2..kdg2 bila kita baru kenal sesorg..kita try nak jaga hati dia,,ikut jer rentak dia awal2..penat..xberbaloi..sbb apa yg kita buat xsetimpal dgn apa yg kita dpt..baik jadi diri sendiri..tp bagi aku..awal kenal, xkan nk tunjuk belang terus..kan?..slow2..baru dorg akan tahu camana perangai aku sbnrnya..

pastu..nk terima aku ke tak...?blkg cerita..

hazali berkata...

PADA AKU PLAK ADALAH, PANGGILAN TU MENUNJUKKAN KEMESRAAN, TAPI ACTUALLY, IANYA TETAP BACK TO THE BASIC IAITU DIRI KITA SENDIRI...SAMADA BOLEH ACCEPT KE TAK (ACUAN KITA LA BRO)...HUBUNGAN BUKAN TERLETAK PADA GELARAN ATAU PANGGILAN UNTUK IA BERLANGSUNG..HAHA, MAYBE CARA INDIVIDU TU MENGOLAH...CTHNYA, AKU DGN ADIK AKU,

AKU PGIL ADIK AKU "KRI"
DIA PANGGIL AKU "SP"


TAPI KAMI TETAP KAMCENG JUA
PADA AKU, HUBUNGAN ITU KITA YG CORAKKAN, MCM MANA DAN PRODUK AKHIRNYA...HEHE,MAYBE, GELARAN TU, HANYA CATALYSER YANG NO 8 DAN KE ATAS LA KOT...

HAHA, MAAF, BANYAK MEMBEBEL...SORI2
(PENDAPAT DI KALA BUSY"

addy+lynn=adlin berkata...

bg aku.. tak perlu nak panggil dgn nama manja coz panggilan tak menjamin kebahagiaan. kadang2 'aku kau' tu lagi mesra daripada 'abg sayang'. tak perlu jadi hipokrit coz lama2 nnt akan nampak gak 'the real u' dan pada mase tu lagi la org lain jadi bengang ( lagi2 kalau perangai sebenar kite tu lagi buruk). letih la nak puaskan hati org.. sedangkan org tak pandang pon yg kite buat. so be the best of urself. sudey...

honeyfresco aka ila berkata...

xkisah la.. pggl la pape. jnji due2 selesa. tol x?

ari tu mase zed kawen, dea ade tjk kan kad kawen dea. bg aku murah la.. area skudai jek. 500 kpg skpg 0.68 sen je..

Shaffik berkata...

Memang panggilan nama timangan tu memang mesra. Tapi pada aku biar nama timangan tu yang elok dan tidak keterlaluan. Takut orang sekeliling pandang serong kat tuan punya badan tu..sebaiknya carilah nama timangan yang elok dan sedap di dengar.

Yazid Husain berkata...

to hint

memang ada betulnya. tapi terus berlakon juga membawa padah. he he he. terpulang jika ia mahu menerimanya. he he he. susah sebenarnya hendak cari sebulu.

to hazali

betul aq sokong. he he he. gelaran itu aq jadikan contoh sahaja. kadang kala kita cerita best semata-mata untuk rapat dengan orang itu, wahal kita tidak pernah lakukan pun.

to addy+lynn

right setuju sangat. menipu menipu akhirnya memankan diri. be yourself. walla.

to honeyfresco

betul. he he he.

murahnya boleh bagi alamat x? chantek x kad dia?

to shaffik

he he he. betul tu selamat datang ke bebelan

- j o h a r i - berkata...

bagi aku panggilan ni mmg penting gak..kalo xde gelaran nnti org panggil ko oi oi @ wei wei..bila masa plak bapa aku bg nama aku oi oi. but, kena la nama yg elok.. aku x tau la kan "cat" ko tu ape maknanya, mybe cat = syg dlm bhsa yacat (bahasa yazid+cat)cewaahhh.. tapi mak bapak ko mane la tau bhsa yacat tu..mybe dia pikir ape kejadah nye la ko panggil tunang ko kucing..so depan mak ayah ko pggl la syg..pergghhh,kan manis.. kompem masuk tido awl mak ayah ko nnti

Yazid Husain berkata...

ha ha ha

kelakor lah ko ini.

betul itu janji selesa. ha ha ha

Azhar Ahmad berkata...

Ajid ingat tak kisah orang tua, anak dan keldainya.... Sampai kiamat pun kita belum pasti dapat memuaskan hati semua orang...

Yazid Husain berkata...

ingat betul sampai bila kita memang tidak puas hatikan orang hehehe.

ف wildchild ۞ berkata...

ekceli aku tak suke kalo orang cakap kat aku "just be urself". hangin aku.

Yazid Husain berkata...

ye ke? kenapa hangin. lor.

janji tidak hippokrasi sudah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails