2007/08/31

The Curse Of Merdeka Eve


Bagai satu sumpuhan apabila mendapat surat pekeliling yang dikeluarkan supaya berhimpun di dataran JB sempena sambutan merdeka ke 50 peringkat negeri Johor. Apa yang aq plan untuk sambutan merdeka di bersama-sama rakan di Kuala Lumpur musnah lebur. Satu hari hati aq tidak tenang dan memberontak apabila panggilan demi panggilan, pesanan ringkas demi pesanan ringkas menanyakan "Jit ko sambut mana?", "Ko kata mana skang?", "Buat ape kat JB?".

Pertanyaan ini bagi penanda bahawa malam mederka aq menjadi................... Untuk menghilang rasa kecewa aq mengajak Raju untuk keluar dari rumah (aq tak nak sambut depan KLCC di TV). dengan memeberi alasan bahawa aq hendak beli jam tangan idaman di JJ Tebrau City.

Akhirnya aq, Raju, Fit, Cuz Raju (Lyn da Mind Reader) dan Awek Fit keluar bersama-sama ke JJ Tebrau City. Aq melangkah ke dalam JJ Tebrau City dengan harapan dapat membeli jam idaman bagi menghilang rasa lapar aq untuk menyambut kemedekaan di KL. Bagaikan satu sumpahan jam aq idamkan selama ini tiada lagi di ruangan display. Dimana jam Guess Steel yang aq idamkan selama ini.

Kecewa.

Kemudian bagi menghilang rasa lapar itu (merayakan merdeka di KL) aq pergi ke area Stulang Laut dengan niat ingin mencuci mata di kedai berhampiran Da Zon akan tetapi ramai mat-mat motor daripada apa yang aq harapkan.

Kecewa.

Untuk memuaskan rasa lapar ini aq mengajak dia orang pergi Danga Bay boleh mendapatkan suasana yang "chill out" akan tetapi malang sekali tempat itu menjadi suasana "getho" apabila populasi orang asing lebih banyak daripada orang tempatan.

Kenapa? Kecewa.

Kemudian aq pergi ke Big Bundle untuk menghilangkan rasa lapar ini (merayakan merdeka di KL). Sampai di Big Bundle "Bang dah tutuplah".
Tidak!!!!!!!!!

2007/08/29

Mencurah Janji Di Daun Keladi



Mencurah Janji Di Daun Keladi

Dengan mudah kau lepaskan kata-kata
Hingga aku terpesona
Dibuai gelora cinta dan asmara

Gitu halus, lembut dan indah sekali
Rupa-rupanya diselimuti duri
Hingga aku dikau lukai

Butakah aku dalam cinta
Hingga aku diperbudak-budakkan
Miskinkah aku dalam cinta
Hingga menjadi barang buangan
Tahulah aku sekarang
Siapa kau sebenarnya

Tiada aku sangka sama sekali
Kau hanya mencurah janji di daun keladi
Sungguh tak bererti

2007/08/28

Embun And Koishi


Semalam aq layan cerita Embun bersama housemate aq, kisah di mana seorang wanita memperjuangan kemerdekaan tanah air di sekitar Penang. Bagaimana mengharungi kehidupan yang kejam ketika itu, mengharungi kesusahan dengan memakan ubi untuk membebaskan abangnya Bayu, membebaskan sahabatnya Melati yang dijadikan hamba rakusan askar-askar Jepun dan akhirnya bagaimana memperjuangkan cintanya terhadap Lt. Koishi.

Aq bukan hendak komen movie ini, cuma semalam aq terfikir nenek-moyang kita berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah demi kebebasan dan kesenangan anak-cucu mereka. Mereka berjuang bukan sahaja demi diri mereka tetapi untuk adik-beradik, sahabat, ibu bapa dan kekasih mereka. Hakikatnya mereka lemah tetapi dengan semagat juang yang tinggi nenek-moyang kita sanggup bergadai nyawa demi tanah air tercinta.

p/s: Happy 50th Mederka!

2007/08/25

5 Times!

Akhirnya keputusan terbaru dibuat aq disingkirkan untuk pergi ke Terengganu berdasarkan keputusan CEO pagi tadi. Sedih bercampur gembira dengan keputusan baru tersebut. Sedih sebab tak dapat bau angin laut, pasir dan laut yang cantik. Gembira!, tiada yang mengembirakan cuma dapat rehat setelah penat menjadi kuli emas dan teman tak tidur malam ketika Bio Johor 2007. Lima kali nama aq naik masa meeting tadi "Yazid, tidak pergi!". Setiap kali nama aq dicadangkan oleh pegawai-pegawai lelaki nama aq mesti naik "Yazid, tidak pergi!". 5 kali "Yazid, tidak pergi!" timbul dalam meeting kali ini. Dan disusuli dengan gelak tawa Kak Dyana dan Kak Alijah. Akhirnya keputusan rasmi di buat "Yazid, tidak pergi!" setelah aq mendengar khabar angin semalam bahawa "Yazid, tidak pergi!".

p/s: Mungkin sambut Mederka ke 50 di Kuala Lumpur jika aq tidak di arahkan pergi menyertai perarakan Sambutan Mederka di JB.

2007/08/24

Ask Me For Free Ticket

Masa Bio Johor 2007 di penghunjungnya aq mengambil kesempatan menonton wayang cerita Rat.A.2.E dengan Dj Emphbone kat CS. Ini atas desakan demi desakan rakan aq ini asyik nak tonton wayang. Kat sini bukan nak komen cerita Rat.A.2.E tapi nak cerita peristiwa yang berlaku ketika hendak membeli tiket movie ini.

Masa jual beli tiket aq ternampak gadis kaunter tiket memakai button "Ask Me For Free Ticket". Oleh kerana hendak menjimat pembelanjaan aq malam itu aq bertanya pada gadis kaunter (gk) tersebut.

aq: Boleh dapat tiket free?
gk: ???
aq: Abih button yg miss pakai tu?
gk: Oh. En. nie kalu pakai kad Kredit.
aq: Oh...... Kay, Thank.
gk: Cinema 9, Level7
aq: T.U

p/s: Bukan apa cuma nak dapatkan hak kita. Tak salah bertanya sekurang-kurangnya tak sesat jalan.

2007/08/23

Kutu From Aussie




Ini adalah performance Kumpulan Anak Dara Tanjung di depan Mat Salleh Aussie. "Helo Mike!" atau dibasahakan melayukan "Helo Mat!". Good work Mohd Lorong, Zippo dan Wan Waja. Gambar ini semua iksan daripada profile Mohd Lorong. Masa aq tengok gambar ini aq tergelak sehingga menarik perhatian rakan sekerja. Kemudian aq post gambar via YM dia orang gelak juga. Ha ha ha. Tercapai juga cita-cita Kumpulan Anak Dara Tanjung untuk buat performance kat oversea.

2007/08/22

Bio Johor 2007

Gambar 1: Sambutan Tarian Zapin oleh Pihak Projek Komuniti EM, Felda Air Tawar.
Gambar 2: Perserta Site Visit Route 2.
Gambar 3: Perserta-perserta bergambar di Projek Ternakan Ikan Air Payau.
Gambar 4: Sistem Fitergasi di Lembah Bioteknologi Gambar 5: Kelapa mawar.
Gambar 6: Ini hasil dengki Kak Aj sebab Aq dapat bergambar dengan Anna.
Setelah seminggu berkampung di Pan Pac dan Persada, baru menjejak kaki di office. Setelah penat di jadikan kuli emas dan sekadar teman tak tidur malam oleh orang-orang atas. Segala selesai hanya tinggal post-mortem untuk BioJohor 2007. Semalam semua peserta site visit EM-joy (seperti di tulisan sms Kak Dy - sepatutnya enjoy) dan dia orang rasa welcome dengan persiapan pengusaha-usaha ladang yang sungguh beriya-iya dengan paluaan kompang dan tarian zapin. Sepanjang pendaftaran site visit juga di bantu dengan team MIGHT, banyak tolong daftarkan perserta ini. Terima Kasih Sebenar penat nak pikir nak tulis apa dan letih nak menaip. So aq letak gambar-gambar sahaja.

p/s: Lepas ini, semingu kat Terengganu urusan kerja (25/8 - 1/9), siapa nak follow bercuti di Terengganu.

2007/08/14

Memo

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada September 2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah sepertiberikut:-


1. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

2. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

3. WAKTU LUNCH

Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

4. CUTI SAKIT

Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

5. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

6. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

7. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

BAH.PENTADBIRAN
from Bulletin Friendster

p/s: Nasib baik aq tak kerja kat company nie. Kalu kira kerja free je.

2007/08/11

Muarian Small Gathering At KLCC Fountain

Gambar 1: Dari kiri, Nazhrif, Alan, Bash dan Aq
Gambar 2: Dari kiri, Alan, Su. Kawan Hosni, Hosni, Bash, Ila, Sidah, Aq dan Ed
Gambar 3: Dari kiri duduk, Ed, Alan, Kawan Hosni, Hosni, Bash. Berdiri dari kiri, Sidah dan Ila

Good work to Alan, Ed and Ila, dalam masa seminggu dapat kumpulkan lebih kurang 10 orang unutk Muarian Small Gathering At KLCC Fountain. Next time buat lagi mungkin ini adalah langkah pertama unutk Gala Muarian 00' Gathering. Lepas ini boleh kumpul database untuk tolong Raju buat majalah Muarian 00'. Ok always keep in touch m keep good work.

2007/08/10

Scratch And Win

Masa tengah sibuk menyidai baju sebelum masuk kerja semula datang seorang mamat nak buat survey. Setelah selesai survey. Dia suruh aq gores kad boleh menang setin milo, gula pasir dan barang dapur sebagai tanda terima kasih buat survey. Masa tu hati aq dah lain macam sebab banyak isu gores dan menang ini. Lalu aq gores aq menang RM 15 K. Wow banyak tu dan boleh menang macam-macam hadiah lain.

Kemudian dia suruh keluar modal RM 3789. Gila ape mana aq ada duit banyak tu kemudian tanya kad kredit pulak. Ini dah kira nak menipu ini. Kemudian dia ulang pasal rezeki. "Ini rezeki abang, abang usaha sidikit untuk dapat hadiah ini, ada 60 keping hadiah macam ini".

Aq mana duit gila ape lebih baik aq beli DSLR. Kemudian dia pujuk lagi. Aq naik darah lalu jangan buang masa aqlah aq nak pergi ini jam tunjuk pukul 2.45 pm. Kerja-kerja bang ini rezeki ini bang. Rezeki untuk ko bukan aq kalu aq buang kerja tu nama dia rezeki ke?. Kemudian Sunny keluar halau mamat tu gertak dengan perkataan ini P.O.L.I.S. tau pula gelabah. Kalu betul aq menang kenapa tak buka tepuk hadiah tu atau bagi selupuk RM 15K tu.

2007/08/08

Prejudgmental Statement Of Ill Doing

Semalam technician untuk betulkan aliran lamina datang untuk repair setelah sekian lama dia alat itu rosak. Setelah alat itu masih tidak boeh dibaiki lalu technician call boss dia untuk tindakan selanjutnya. Technician itu bagi handphone dia kat aq. Aq nampak nama dalam panggilan Mr. Raj abjad yang ke-4 aq tak nampak dengan jelas lalu otak membaca seperti berikut Mr. Raju.
Mr. Raju: Assalamulaikum (dengan nada indian)
Aq : ............................ (binggung)
Mr. Raju: ............................
Aq : Halo ......... Halo tak jelas la
Mr. Raju: Apasal tak jawab salam saya Hj. Raja Ali, Assalamulaikum (still dengan nada indian)
Lalu aq menjawab salam. Dan berbincang masalah alat itu. Mr. Raja bertanya bermacam-macam pasal alat itu.
Kemudian aq teringat kisah yang kurang macam ini
Jiran indian (uncle) depan umah datang nak bertanya tempat sewa kereta. Emphbone layan dia lah dengan penuh perasaan sebagai seorang tetamu. Lalu Emphbone call Geweng, Fit dan terakhir sekali
Emphbone: Halo Raju!
Uncle : Gift your phone!
Emphbone: Uncle ini Malay la, nama dia Raja kita orang panggil Raju
Uncle : Sorry! sorry!
p/s: Kenapalah aq sikap prejudice dengan nada suara je aq dah prejudice. Malu juga aq dengan Mr. Raja Ali. Hari ini Mr. Raja Ali call aq still dengan nada dia tapi kali aq menjawab salam dia. Dia mohon maaf atas kelewatan technician datang membaiki kerana ada salah faham.

2007/08/07

Deamon - Mieda



p/s: Black Crow (Kumpulan Gagak Hitam segeng dengan Farouk!)

2007/08/05

Can What We Build Today Bring Us Into Tomorrow?

Semalam selepas berjuang kat SMK Taman Connaught untuk menduduki jawatan PTD, aq terus ke Bangi section 7 untuk lepakin' kat rumah sewa adik aq. Lepas melayan diaorang main Guitar Heroes 80 baru mereka buka TV. Lepas aq tertarik dengan iklan merdeka Petronas yang baru. Memang iklan Pertonas selalu best.

Dekat tengah malam aq lepak dengan Modnok N' Khairy dekat Taman Sri Andalas selepas lepak dengan Marish kat Bangi Section 15. Berbual akhirnya, Khairy bercakap sesuatu yang agak matang isi kadungnya lebih kurang macam iklan ini.

Kadang-kadang kita diberi peluang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, akhirnya kita cuma lepas begitu sahaja. Bila ada kerja hendak berhenti kerja, tidak suka kerja itulah padahal ramai lagi kawan kita yang masih menganggur untuk mendapat kerja. Kita diberi rezeki melimpah-luah sudah lupa mana asal kita. Yang tinggal hanya lagak, angkuh dan sombong dan lupa dan lupa dan lupa dan lupa...................

2007/08/04

To All Muarin: Small Gathering At KLCC Fountain

Salam..

To muarian 00 yang berada dekat KL..

Satu sub-gathering hendak diadakan.. kepada sesiapa yang boleh datang-lah.. meh! (mari) lah datang ramai-ramai ... bawa-lah siapa-siapa pun;

Tarikh : 5/8/07 (Ahad)

Berkumpul : Air pancut ke air terjun KLCC (KLCC Fountain)

Pukul : 2-3 ptg (jangan lambat sangat).. (lambat tinggal!!)

Aktiviti : makan la pulang petang, borak-lah sampai boring...

selepas itu ape-ape je la..

p/s: time tu kan ade PC Fair (bak kata Alan).. so ape kata ramai-ramai turun.. sambil menyelam sambil minum air kat KLCC tu.. (bukan minum air terjun KLCC tu tau!!) jumpa di sana....keterangan lanjut? ati n alan n ila.. (name ni pandai je aku letak.. hahaha.. sorry)

p/s lagi : jgn lupe bw kamera!! =D

Post by CiK ILa at Friendster Bulletin, Alan at Friendster Group Dicussion: muarian '00 and also propose by -bkn edriaty

2007/08/03

Love Is Cinta. Honey Is Sayang. Like Is Suka. Interest Is Minat

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh hendak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kitajuga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa hendak tergelak sampai hendak pecah perut. Tetapi, kita taklah rindu sangat dekat dia bila tak berjumpa seminggu.
(dalam erti lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah)

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

From
Friendster Bulletin AzLyNnDAz

p/s: Cinta perlu Minat kemudian datangnya Suka kemudian datangnya Sayang.

2007/08/01

Yellow Fever Strikes

Spider Pig, Spider Pig
Does whatever a Spider Pig Does
Can he swing, from a web, no he can’t, he’s a pig
Look out, he is a Spider Pig!

p/s: Memang kelakar sepanjang movie ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails