Bagai satu sumpuhan apabila mendapat surat pekeliling yang dikeluarkan supaya berhimpun di dataran JB sempena sambutan merdeka ke 50 peringkat negeri Johor. Apa yang aq plan untuk sambutan merdeka di bersama-sama rakan di Kuala Lumpur musnah lebur. Satu hari hati aq tidak tenang dan memberontak apabila panggilan demi panggilan, pesanan ringkas demi pesanan ringkas menanyakan "Jit ko sambut mana?", "Ko kata mana skang?", "Buat ape kat JB?".
Pertanyaan ini bagi penanda bahawa malam mederka aq menjadi................... Untuk menghilang rasa kecewa aq mengajak Raju untuk keluar dari rumah (aq tak nak sambut depan KLCC di TV). dengan memeberi alasan bahawa aq hendak beli jam tangan idaman di JJ Tebrau City.
Akhirnya aq, Raju, Fit, Cuz Raju (Lyn da Mind Reader) dan Awek Fit keluar bersama-sama ke JJ Tebrau City. Aq melangkah ke dalam JJ Tebrau City dengan harapan dapat membeli jam idaman bagi menghilang rasa lapar aq untuk menyambut kemedekaan di KL. Bagaikan satu sumpahan jam aq idamkan selama ini tiada lagi di ruangan display. Dimana jam Guess Steel yang aq idamkan selama ini.
Kecewa.
Kemudian bagi menghilang rasa lapar itu (merayakan merdeka di KL) aq pergi ke area Stulang Laut dengan niat ingin mencuci mata di kedai berhampiran Da Zon akan tetapi ramai mat-mat motor daripada apa yang aq harapkan.
Kecewa.
Untuk memuaskan rasa lapar ini aq mengajak dia orang pergi Danga Bay boleh mendapatkan suasana yang "chill out" akan tetapi malang sekali tempat itu menjadi suasana "getho" apabila populasi orang asing lebih banyak daripada orang tempatan.
Kenapa? Kecewa.
Kemudian aq pergi ke Big Bundle untuk menghilangkan rasa lapar ini (merayakan merdeka di KL). Sampai di Big Bundle "Bang dah tutuplah".
Tidak!!!!!!!!!
6 ulasan:
okle tu..aku lagi kene keje. xdanya sempat ke mana2
tahnye yazid. bersyukur la at least dapat ga kuar jenjalan. hehe
ciannye... klcc takde pape pon... sesak dengan budak tak cukup umo..
bukan nak sambut kat KLCC tapi cuma rindu dengar kawan2 kat KL sebab dah lama sangat tak jumpa dia org
aku lepak kat s.alam ari ahad n isnin.. ahad tu pun, sampai s.alam dah malam dah.. b4 that aku lepak umah ayip kat ampang...
umah s.alam mcm dilanggar garuda...
1)paip shoewr takleh tutup.. air duk kuar jer... kene tutup "main pipe" toilet... payah tuk nak mandi n kucil...
2)paip dapur, patah... taktau la keje sapa,
time matyus tgh memerut, disebabkan "main pipe" kat dalam bilik air, so, dia pasang la sesiap... pastu kepala shower beralih arah ke luar bilik air... banjir sekejap kat luar bilik air tu.....
dikwan dah pindah duk kat pandan... tp, kekadang kalo ujung minggu dia lepak s.alam..
kamal masih meneruskan aktivitinyer walaupun dah takder intenet... (ikut citer derang la, sbb kamal takder masa aku datang)
shah bakal kuar dari s.alam, sbb dia praktikal kat damansara @ labuan @ offshore
yg maintain kat s.alam
matyus -> dgn waja baru berkaler hitam.... parking still senget lagi menunjukkan betapa barunyer keta dia..
Jas -> tak sabar2 nak kawin, masih tetap bekeja keras buat OT nak kumpul duit kawin n balik sabah utk raya..
Zaki -> masih setia dgn SPR dan tetap setia duk sebilik dgn kamal..
kamal -> masih mcm dulu dan telah terkeluar dari badan mesyuarat baru sbb tak buang sampah ikut turn...
ala windu dengan budak-budak shah alam. lama tak jumpa tidak ada kesempatan nak pergi KL
Catat Ulasan