Semalam aq layan cerita Embun bersama housemate aq, kisah di mana seorang wanita memperjuangan kemerdekaan tanah air di sekitar Penang. Bagaimana mengharungi kehidupan yang kejam ketika itu, mengharungi kesusahan dengan memakan ubi untuk membebaskan abangnya Bayu, membebaskan sahabatnya Melati yang dijadikan hamba rakusan askar-askar Jepun dan akhirnya bagaimana memperjuangkan cintanya terhadap Lt. Koishi.
Aq bukan hendak komen movie ini, cuma semalam aq terfikir nenek-moyang kita berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah demi kebebasan dan kesenangan anak-cucu mereka. Mereka berjuang bukan sahaja demi diri mereka tetapi untuk adik-beradik, sahabat, ibu bapa dan kekasih mereka. Hakikatnya mereka lemah tetapi dengan semagat juang yang tinggi nenek-moyang kita sanggup bergadai nyawa demi tanah air tercinta.
p/s: Happy 50th Mederka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan