2010/04/30

Eager & Eleanur

Ini Myself dan pasangnya Eleanur. (B&W, Setting D40X A 9, f > 1/500, ISO 200)
Ini Dude dan pasanganya Eager. (B&W, PS3)

Ketika ada lawatan kerja di Muo bersama Sir Rog, Pak Hitam, MySelf dan Dude. Kami sempat singgah ke Kluang Station Railway tanpa Sir Rog. Al-Fatihah kepada nenek Sir Rog. Kira ini first outdoor kami bertiga. Aq turunkan ilmu yang tidak seberapa kepada Dude dan Myself. Knowledge for sharing

p/s: Bright Day. A 9, f > 1/500, ISO 200. Pati cun. Cubalah

2010/04/29

Eshal Day 24

Pada hari ke 24, Cat telah menghantar mms Eshal berseluar pendek. Eshal sayang Mummy & Daddy.

p/s: :)

2010/04/27

Eshal Day 22

Teringin sangat untuk melihat Eshal buka mata besar-besar. Eshal kuat tido hanya buka mata ketika menyusu. He he he.

p/s: Yes!!!

2010/04/26

Eshal Day 21

Akhirnya, Eshal dapat pakai baju berwarna kuning. Kira sudah habis pantang untuk Jaundis. He he he. Orang kata masa bayi kurang 15 hari kurangkan benda-benda berwarna kuning dan cerah untuk mengelakan Jaundis. Macam-macam petua harus dikuti. Eshal di pakaikan pakaian kuning pada hari yang ke 21. He he he.

Aq ada juga beri nasihat dekat colleague Aq, kalu ada baby dalam hari jangan beli baju berwarna kuning. Dulu Mummy dan Daddy tidak pernah kena kuning masa kecil. Mungkin ini sebab faktor pemakanan sekarang.

p/s: Chomelnye

2010/04/25

Eshal Day 19

Pada ketika ini, Aq ada tugasan di Mua bersama Sir Rog. Ketika rehat dapatlah Aq dan Sir Rog mengjenguk Cat dan Eshal. Yeah!!!. Setelah sampai didapati pipi Eshal kena ruam susu. Abis pipi Eshal. Kesian anak Daddy. Hari itu juga Eshal ditimbang beratnya cecah 3.5 kg.

Sir Rog ada bagi petua untuk hilangkan ruam susu di pipi. Amik tepung sagu, dicalit pada pipi bayi kemudian buang sedikit tepung sago tersebut ke atas tanah. Insya-Allah dalam tempoh dua hari ruam susu hilang.

p/s: Berkesan.

2010/04/24

Eshal Day 17

Pada hari ke 17, Eshal sudah dibaringkan pada baby rocker. He he he, chomelnye. Akan tetapi keadaan ini sementara sahaja kerna Cat kena marah dengan Pok Long. Kena tegur lagi, orang dalam patang pun tidak terlepas daripada pada bahan teguran. Wanita yang sedang menyusukan bayi seharusnya tidak diberi tekanan kerana ini akan mengurangkan produktiviti susu badan kepada bayi.

Seharusnya reverse psikologi sahaja. Siap cakap nanti tulang Eshal bengkok. Seharusnya rocker hanya untuk budak 4 bulan keatas. Ye ke?

p/s: Bertenang.

2010/04/23

Eshal Day 15

Dengan adanya teknologi MMS dapatlah Cat mereport keadaan Eshal yang terkini. Eshal sudah mula mengeram daging dan sedu-sedu. Orang kata hendak membesar. He he he.

p/s: :)

2010/04/22

Gift

Terima kasih kepada sesiapa yang memberi hadiah dan salam keruk kepada Eshal. Semoga dimurahkan rezeki.

p/s: Thanks!!!

2010/04/21

Eshal Day 13

Sekali lagi Aq dikejutkan, Cat sms Aq dengan menyatakan bahawa pusat Eshal keluar darah mungkin disebabkan lampin. Darahnya keluar hanya sedikit membuatkan mood untuk berkhidmat terbantut seketika. Lantas Aq mendapat info daripada Pak Google. Baru lega sedikit. Akhirnya bukannya jangkitan kuman pada pusat.

Aq memaksa Cat untuk hantar Eshal ke KK Maharani untuk mendapatkan pendapat MD. Tapi di tolak, tunggu Aq pulang ke Muo. Erm. Pada hari ke 3 terus Aq ke Muo dengan segera untuk mendapatkan rawatan susulan untuk Eshal. MD dan JM kata pusat Eshal belum kering sepenuhnya. Lega. Check birulin keputusannya masih 9.0.

p/s: :)

2010/04/20

Eshal Day 7

Opps, jangan salah faham. Aq bukannya ingin buang anak. Harap dijauhkan. Selepas Eshal keluar daripada ward untuk mendapatkan rawat rapi mengurangkan kadar birulin. Kami terus dengan niat kami untuk menjalankan majlis kecil-kecilan. Di mana, Kami ingin mencukur rambut. Majlis hanya kecil-kecil untuk keluarga. Menu serba ringkas hanya mee halus dan bubur merah daripada beras yang diletak pada dulang yang telah Eshal baring diatasnya selama 7 hari.

Majlis cukur jambul ini, dijalankan oleh Tuan Haji Pumiran, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim. Dimulakan dengan akad dan maharban. Kemudian rambut eshal ditimbang untuk di nilai dengan harga emas 916 / 716. Itu tiada paksaan jika kemampuan nilaikan dengan emas 916 untuk di bagi kepada fakir miskin. Berat rambut Eshal 0.59g bersama dengan RM 74.10. Alhamduillah selesai. Hikmat cukur rambut adalah untuk memberi deria baru kepada bayi, menjauhi bayi dengan perkara khurafat dan mengajar bayi menderma.

Akhirnya, Eshal baring di tilam jahitan tangan Mummynya. Untuk 7 hari pertama Eshal baring di atas dulang yang dipenuhi 10 pot beras. Selepas 7 hari, beras itu akan dikira semula. Pelik juga beras 10 pot jadi 10 1/2 pot, mana datangnya 1/2 pot lagi?

p/s: mungkin ada orang tambah. he he he

2010/04/19

Warded

Rupanya kegumbiraan kami hanya seketika, sebenarnya Eshal kena neo jaundis pada hari ke 3. Sebelum ini ada check kadar birulin di KK Maharani, Muo. Hari ke 2 9.1, Hari ke 3 8.0, Hari ke 5 17.1. Wah!!! Eshal, Cat dan Anis terus menaiki Ambulans untuk ke HPSF, Muo. Eshal dan Cat warded sekali lagi.

Semasa mandi, sudah perasan sudah nampak perubahan pada Eshal. Akan tetapi niat untuk ke KK Maharani terbatal kerana Aq teringin sangat buat Akuan Bank dan Akuan Tabung haji untuk Eshal. Sesal juga.
Alhamduillah, hanya satu hari sahaja Eshal di tahan dalam ward. Rupanya ada kesilapan dalam ujian birulin Eshal. Di HPSF, setelah membuat dua kali ujian di dapati kadar birulin Eshal hanya 10 hingga 11 sahaja.

Selepas itu, nampak perubahan kepada Eshal. Eshal lebih kerap menyusu. Ketika di bawah pancaran UV setiap setengah jam Eshal menyusu. Sedih Aq tengok raut wajah Cat., mungkin mengundang 1001satu kerisauan. Aq lagilah sejuta kerisauan apabila setiap kali melawat Eshal dan Cat kerana Aq perlu lalu ICU untuk bayi.

p/s: Harap dijauhkan. Amin

2010/04/18

Eshal Day 5

Hari ke 5, selepas Aq pulang dari Johor Bahru kerana ada Krusus MS ISO/IEC 17025:2005 dan Hari Q pusat Eshal telah tertangal. Semua gumbira. :). Senang untuk bersihkan pusatnya. Ialah bersihkan tali pusat amat sukar, perlu tangan yang membersihkannya perlu bersih. Takut jangkitan kuman melalui tali pusat. Bahaya okay!!!

Hari ke 5, Eshal sudah membalas senyuman ketika Aq mempotraitnya. He he he.

p/s: Eshal bakal new model selepas Cat. Yeah!!!

2010/04/17

Tembuni

Selepas tugas pertama sebagai Daddy, seterusnya Aq pulang ke rumah bersiap-siap dan bersedia membasuh tembuni dengan air asam jawa. Ini ilmu daripada Bapak Aq, Aq hanya mengikut sahaja. Banyak juga benda ikut, Aq malas hendak serabutkan kepala Aq ikut sahaja. I follow.... Berpakaian chantek, tanam di bawah pokok, tanam di kawasan dapur dan lain-lain.

Aq turut tanam Vaio sekali. Ha ha ha. Dalam gambar sudah ada macam rumah. Itu Pok Ude yang buatkan. Kerana itu, Aq diteguri oleh Pok Ngah. Mana Aq tahu, Manalah sempat hendak membuat benda itu semua. Janji selamat daripada pada gangguan haiwan sudah memadahi. Lagi pun ketika itu Aq berkejar ke HPSF, Muo untuk melawat Cat dan Eshal. He he he

p/s: Janji semua selamat.

2010/04/16

Tujuh

Semasa di Program Rakan Suami. Aq telah diajar kaedah menyambut bayi oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim.

1. Azan telinga kanan.
2. Iqamah telinga kiri.
3. Membaca surah Al-Qadar telinga kanan
4. Membaca surah Al-Ikhlas telinga kiri
5. Bertahnik. Dengan membaca surah Al-Insyirah dan sura Toha (25-28) di jari manis. Kemudian dicelup jari manis dengan madu.
6. Membaca surah Al-Insyirah diubun-ubun kepala bayi
7. Mebaca 3 Qul kemudian menghembus dari kepala hingga kaki.

Hikamhnya boleh mengetik di Yasasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim

p/s: Alhamduillah

2010/04/15

Eshal Numa

Hari demi hari, Kami tunggu kelahiran Eshal Numa. Lebih merunsingkan Kami jangkaan tarikh kelahirannya sudah terlepas iaitu pada 31 Mac 2010. Aq sudah cuti awal bagi memenami Cat. Risau tiap-tiap hari mengdengar cerita kurang enak. Kami sempat ke Melaka untuk mengjenguk rumah baru makcik Cat. Kira first time Kuntum melepasi Negeri Johor.

Pada Hari Kejadian.

Aq dengan tidak sengaja mengejutkan Cat yang sedang tidur pada jam 0600. Aq tengok ada perubahan pada seluar Cat. Kami amik keputusan untuk pergi ke HSPF jam 0800. Tepat 0630 Cat mula sakit perut dan terasa ingin membuang air besar. Sekelompok darah mula keluar. Kami amik keputusan untuk mengejutkan Mak. Aq diarah untuk mandi.

Dengan sepantas kilat Aq menyiapkan segala kelengkapan seperti buku merah, GL, beg pakaian, pen dan sekeping kertas mengandugi ayat suci Al-Quran. Tepat jam 0700 Kami di temani Mak dan Anis sampai ke HPSF. 0715 segala proses pendaftaran telah selesai. Cat dibawa ke Dewan Bersalin. Aq awal-awal lagi sudah membuat panggilan kepada Ayah dan Mak Aq di Punggor.

Nama Cat sudah dicatit di dalam papan tulis putih berserta status terkini. Aq tunggu dengan tempoh debaran berserta doa. Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. JM sudah menyuruh Aq bersedia.

Tepat 0805 Aq dipanggil ke Dewan Bersalin atas tiket Program Rakan Suami (perlu ikut krusus tersebut). Oh Aq hanya mampu memberi sokongan kepada Cat. Sekali toleh sudah kelihatan kepala bayi. Suasana agak cemas. Sekali toleh Aq sudah nampak seluruh badannya. Tangisan Eshal mula kedengaran. Dengan segara Aq menyebut kalimah Allah. Tepat 0818.

Aq segera keluar dari Dewan Bersalin.

p/s: Oh

2010/04/14

Kembali

Setelah sekian lama meninggalkan Bebelan Anak Tukang Jahit. Aq baru sahaja kembali bertugas setelah cuti hampir 13 hari. Alhamduillah cahaya mata pertama kami telah selamat di lahirkan pada 4 April 2010 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada Jam 0818. Cat selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kg.

Cat memerlukan sokongan moral oleh kerana due untuk bersalin telah terlebih. Di jangkakan 31hb Mac 2010. Alhamduillah semuanya dipermudahkan. Aq mula bercuti pada 1 April 2010. Kira cuti tiba-tiba. He he he. Hati gundal gulana. Ada hikmatnya dapat Aq mengikut Program Rakan Suami di samping dapat menemani Cat ke Klinik O&G HPSF.

Debaran setiap hari sebelum kelahiran cahaya mata kami pertama ini. Keluarga dan rakan-rakan mula bertanya khabar gumbira menyebabkan hati mula bertambah gusar. Dicampur pulak dengan pelbagai cerita dan pengalaman mereka terdahulu. Kami hanya mampu berdoa. Semoga proses kelahiran dipermudahkan dan selamat hendak-Nya.

Ini merupakan pengalaman pertama, menyertai Cat di Dewan Bersalin, menanam tembuni, proses azan & thanik. Oh.

p/s: Alhamduillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails