2010/04/20

Eshal Day 7

Opps, jangan salah faham. Aq bukannya ingin buang anak. Harap dijauhkan. Selepas Eshal keluar daripada ward untuk mendapatkan rawat rapi mengurangkan kadar birulin. Kami terus dengan niat kami untuk menjalankan majlis kecil-kecilan. Di mana, Kami ingin mencukur rambut. Majlis hanya kecil-kecil untuk keluarga. Menu serba ringkas hanya mee halus dan bubur merah daripada beras yang diletak pada dulang yang telah Eshal baring diatasnya selama 7 hari.

Majlis cukur jambul ini, dijalankan oleh Tuan Haji Pumiran, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim. Dimulakan dengan akad dan maharban. Kemudian rambut eshal ditimbang untuk di nilai dengan harga emas 916 / 716. Itu tiada paksaan jika kemampuan nilaikan dengan emas 916 untuk di bagi kepada fakir miskin. Berat rambut Eshal 0.59g bersama dengan RM 74.10. Alhamduillah selesai. Hikmat cukur rambut adalah untuk memberi deria baru kepada bayi, menjauhi bayi dengan perkara khurafat dan mengajar bayi menderma.

Akhirnya, Eshal baring di tilam jahitan tangan Mummynya. Untuk 7 hari pertama Eshal baring di atas dulang yang dipenuhi 10 pot beras. Selepas 7 hari, beras itu akan dikira semula. Pelik juga beras 10 pot jadi 10 1/2 pot, mana datangnya 1/2 pot lagi?

p/s: mungkin ada orang tambah. he he he

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails