2009/01/15

Ask A Bomoh


Orang kita, pantang kalu nampak perempuan chantek keluar dengan lelaki kurang kacak. Mati-mati orang kita cakap mesti kena guna-guna. Ha ha ha. Guna-guna adalah amalan syirik yang menggunakkan minyak yang dihasilkan daripada mayat perempuan yang baru dikuburkan, perempuan meninggal beranak sulung digali, dilayur, dipuja qarinnya untuk ikut balik bersama minyak tadi bagi tujuan menundukan seseorang untuk mencapai niat pengamalnya.

Pelik. Kenapa orang kita masih ada lagi berpaksi kepada amalan syirik ini. Meletakan kepercayaan yang mendalam terhadap amalan sihir dan syirik. Seakan lupa ada kuasa yang lebih besar daripada mereka amalkan. Sedar atau kurang sedar kita kadang kala kita terlau mempercayai benda-benda khurafat dan secara tidak langsung mendua Maha Pencipta Bumi dan Langit. Ini adalah tanggap biasa orang kita, susah hati tengok orang senang. Sikit-sikit hendak di bomohkan sahaja. Hendak kaya pun jumpa bomoh. Hendak jodoh pun jumpa bomoh. Padahal kita boleh sahaja memohon kepada Yang Maha Esa.

p/s: semoga di jauhkan amalan sihir ini.

10 ulasan:

en_me berkata...

tahniah bro dapat tunang yg jeliterr tewww.. ahaks

Yazid Husain berkata...

thanks

he he he

- j o h a r i - berkata...

beb, skrg ni rmi pompuan lebih tunduk pada duit..zmn skrg duit lg power dari minyak dagu

izzati fuad berkata...

ahaks...en johari, duit itu penting. tapi ia bukan segalanya. :D

macam dalam cerita puaka niyang rapik tu la. ada tengok? hehe

Azhar Ahmad berkata...

Uihhhhh, ngeri sehhhh penerangan ni.....

Yana Ismail berkata...

it's all about the money..lalala..kalau smua p cntik cr lelaki kaya, tp attitude tk best siapa nk kat lelaki yg lbh baik..even dia kurg kacak...??huhu..baik pilih yg tk hensem

Yazid Husain berkata...

to johari

memang ada benarnya. tapi tidak semua wanita macam itu.

to missyizati

betul amat menyokong.

Yazid Husain berkata...

to princess liyana

he he he. standardlah. masing-masing punya pilihan

Hint PerihaL berkata...

betul..duit bukan segala..tapi segalanya memerukan duit..xde duit..bleh blah.. =[

Yazid Husain berkata...

setuju teramat setuju.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails