2008/03/02

Sunday Afternoon

Ahad. Ahad yang menenangkan. Hari yang Aq tunggu selama ini. Rasanya hampir-hampir 2 bulan tidak dapat berehat sepenuhnya di hari Ahad di Teratak 42. Ada sahaja aktiviti yang meragut kemersaan Aq di hari Ahad di Teratak 42. Urusan kerjalah, aktiviti berhiburlah, berjalan-jalanlah dan hal-hal keluargalah. Di hari Ahad Aq suka melakukan rutin mengemaskan apa yang telah disepahkan selam seminggu, kemas-kemas bilik supaya teratur dan boleh tidur dengan tenang, membeli suratkabar dan membacanya, memandikan MyVi, layan kartun,sarap nasi lemak seringgit dan meninum susu UHT dan memalaskan diri untuk mandi. Pada pagi Ahad kali ini dapat Aq melakukan semua rutin itu. Inilah Ahad yang dinantikan selama 2 bulan ini. Ditambah pula dengan cuaca mendung seperti mengizinkan Aq berehat di Teratak 42 sahaja.

Selepas melayan Transformers Animated, sementara menunggu kartun seterusnya..... Tiba-tiba Aq menghadiri majlis perkhawinan seseorang, Aq lihat majlis terlalu meriah, ramai chick yang datang antara adalah kenalan Aq, kemudian kiri kanan tetamu adalah Muarian 00, terlalu ramai yang hadir. "Yazid, Yazid, Yazid, Jom Tebrau City, pergi umah collegue aku tu" Aq tersentak mendengar suara Joe. Lalu menjawab "Alamak Joe, Aq tidak tau siapa yang khawin" "Kalu Aq sambung tidur boleh sambung balik mimpi tadi". Lalu Aq mencerita apa yang terjadi dalam mimpi.

Ahad di Teratak 42 tamat disini. Aq kena hantar Joe ke JP Perdana untuk bertemu dengan tok gurunya. Sementara Joe bertapa dengan tok gurunya. Aq dan Fit ke Tebrau City, berjalan-jalan melihat ragam manusia. Aq ingin mendalam tazkirah CEO Aq dapat hari Jumaat yang lepas. "Kalu pergi shopping complex tu lihat-lihat ragam manusia" "Lihat dengan padangan kenapa" "Perhatikan dan berfikir". Sambil-sambil Aq berfikir, sempat juga Aq uji pandu lens baru, AF-S DX VR Zoom-Nikkor 55-200mm f/4-5.6 G IF-ED apabila ada runway baju pengantin di Tebrau City.

p/s: Aq membeli lagi t-shirt dan stoking. Hampir-hampir Aq angkut jacket dan shield.

7 ulasan:

Azhar Ahmad berkata...

Tak apa, orang yang dah bekerja senang nak beli apa2pun...

abeming berkata...

yazid...ada kije kosong?aku dah give up....=(

-fAiZiQ- berkata...

hmm... ini menunjukkan usaha kamu untuk menaiktaraf hobi. Tahniah...


p/s: fuh... sejak bile ckp aku skema sgt ni....?? Pelik...

aiyrie berkata...

En. Yazid...
antara manusia yang aku kagumi.
anda boleh bersembang degannya walaupun dia sedang nyenyak tidur.
Kalo tak percaya, cubalah jadi roomate dia.

Woit!!
En. Sablidi buat kenduri kahwin kat sabak bernam pada 6hb 4 nanti.
mari kita datang beramai-ramai.

edriaty berkata...

wah.soping lagik.
aku da xde masa nk belai
kamera lagi da.simpan buat
pekasam jek.huhuhuh...
asek busy kije..

Fairuz berkata...

ya. aku juga gemar lepak sambil melihat telatah manusia sekeliling. manusia memang berbeza..

Yazid Husain berkata...

to azhar
kadang-kadang kala beringat dalam berbelanja

to abeming
jadi driver aq nak?

to faiziq
thanks, dah boleh tambah $$$$$

to aiyrie
ha ha ha. itu penyakit namanya
ok Jas nak pakai khidmat fotographer tak

to edriaty
he he he. aq setiasa belai D40X supaya skill aq bertambah dan bertmabah $$$$$

to fa
berfikir, berfikir, berfikir supaya kamu boleh berfikir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails