2008/02/17

Re-Sit Paper

Satu hari menempuh Peperiksaan Khas Kerajaan - Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di UNITEN, Kajang. Sakit otak Aq diasah untuk menglengkapkan menjawab 6 set soalan daripada jam 9.00 a.m hingga 4.30 p.m. Letih, penat dan lapar mula terasa apabila selesai terasa seakan-akan badan ini baru sahaja selesai berlari 10 kali mengelilingi padang. Masa Aq sampai di UNITEN, Aq lihat ada yang bergaya formal, ada yang berselipar dan jeans kepala kain, ada yang muda, ada yang berumur, ada bersama keluarga, ada ditemani oleh tersayang, ada datang sorang-sorang, ada yang bersedia, ada yang muka ketakutan, ada yang mengandung dan pelbagai ragam manusia yang Aq lihat.

Kecil betul dunia ini, masa rehat dekat-dekat Pusat Latihan Petronas, Bangi boleh pulak Aq jumpa budak-budak MRSM Muar, pertama sekali Aq jumpa Ismayono budak Sc 8, borak-borak dengan dia sekejap. Kemudian dia kirim salam kepada budak Teratak 42 terutamanya sekali Fa, Kucai, Geweng dan Fit, sekali juga dengan Joe. Lepas itu, boleh pulak terserempak dengan budak kelas Aq dahulu Pian dan Faiz. Faiz sekarang dah jadi cikgu dekat Kluang, dia datang Bangi sebab teman kakak dia amik ujian PTD juga. Tidak sempat untuk hangout lama-lama sebab kejar masa untuk menempuh dua set soalan lagi. Merancang juga hendak lepak sekejap di UKM, Bangi lepak-lepak dengan budak-budak ini akan tetapi otak sudah letih dan meronta-meronta ingin tempat tidur yang selesa.

Otak Aq sudah mula mengigil untuk memanjangkan entri kali ini. Bagi merehat otak Aq yang kian mengigil ini. Mari melayan irama melodik daripada The Times - Gadisku Dalam Koma.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oo.. maktab Muar? aku maktab mersing, bole geng ka? ngehehe..
Fuhh.. PTD susah woo..

Yazid Husain berkata...

boleh kitakan sama anak-anak mara (ansara). PTD memang susah kali kedua mengambil exam yang sama.

President (wiir2000) berkata...

lepas abis jawab suma tu, ko tak rasa ker kepala ko cm berasap??? hehehe..

Yazid Husain berkata...

rasa berasap juga kalo letak telur boleh mask atau separa masak. next time kalu ada ujian lagi buat macam itu lah.

Fairuz berkata...

Ismuliyano tu pon sit the same paper as ko ke?

-fAiZiQ- berkata...

iz doakan smoaga Aq lulus ujian tuh. nnt bleh naik gaji... bleh blanje mkn2 x pun blanje pakej percutian ker.... nguahahhahah.....

Yazid Husain berkata...

to fa
no lah, just I say it. jumpa ketika makan, sekarang dia kerja di sebagai eng di sekitar kawasan kajang. serumah dengan pian dan jawe

to faiziq
thanks. insya-Allah

circleinspoon berkata...

aahhh...xm borink.
jawab ikut suka aku ajer. hoho

Yazid Husain berkata...

yup Aq pun hentam je banyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails