2008/02/05

New House For D40X

Akhirnya menjejak kaki di Giant U ,Pulai Utama. Tiada apa-apa yang istimewa di sana, sama sahaja dengan retail Giant yang lain berada diseluruh Malaysia. Rekabentuk dalamannya sama sahaj bagi memudahkan pelanggan untuk membeli barang-barang keperluan, sesi rumah dan elekktronik. Di tempat kejadian Aq membeli peralatan-peralatan untuk menghindari kulapok yang bakal menghinggap di D40X. Kaedah ini di ajar oleh Mr. Haidar ketika di D40 / 40X Photography Workshop, Puteri Pacific yang lalu. Mr. Haidar cakap ini perlu supaya lens tidak cepat rosak dan diserang kelapuk ketika disimpan. Caranya mudah memerlukan plastik kedap udara dan jernih supaya cahaya boleh masuk ke dalam lens, thirsty hippo supaya menyerap kulapok yang ada dan berus lukisan sebagai pembersih badan DSLR anda.

Orang ramai masih terpusu-pusu ke Giant yang baru dibuka dan berusia 4 hari. Aq tidak dapat bayangkan orang ramai berpusu-pusu pada hari pertama di buak. Mungkin mereka seperti orang yang kurang waras ketika membeli barang-barang keperluan di Giant. Dan secara automatik mereka menjadi mangsa kapitalis. Hari ke-4 masih ramai orang dan sesak untuk mencari parking. Aq adalah antara manusia yang mencari parking itu. Akan tetapi tidak perlu menunggu lama kerana secara tiba-tiba ada sebuah Kancil keluar dari ruangan letak kereta. Syukur, mungkin di dalam MyVi ini ada orang yang berada dan tergolong orang-orang dibawah lindungan Kabbah.

p/s: Foto kredit to Kucai sebab pinjamkan Coolplix S200 kepunyaannya. Ini kerana Cyber-Shot DSC S-40 Aq sedang menjalankan pembedahan di Wakil Pusat Servis Sony.

7 ulasan:

Fairuz berkata...

oo. patut la. aku ingatkan ko carik berus tadi sebab ko nak masuk bidang melukis lak <- mindset aku laa.

Tanpa Nama berkata...

wa.. d40 die dah ada rumah baru.. aku biarkan s200 aku berdikari.. tak leh manjakan sangat nih

Yazid Husain berkata...

to fa
mencari berus untuk bersihkan D40X

to kucai
D40X kena perlukan tempat rehat yang selasa setelah penat menangkap gambar

abeming berkata...

mak datuk ni ke D40X...mesti mahal giler kan?huhu...jeles jeles...

edriaty berkata...

ape nih.
nikon anta operate kt sony.haha

Azhar Ahmad berkata...

Aq, saya pakai D40 jerr.... Hummm, kalau saya, jus beli bubble hidrate kat kedai kamera...

Yazid Husain berkata...

to abeming
em... antara dslr yang murah

to edriaty
bukan la aq ada dua d cam satu DSC modelnya SCS DSC-S40 tetapi keadaan kronik kerana banyak bekerja keras lagi pun usia sudah 2thn.

lagi stau DSLR modelnya N D40X.

to azhar
ooo. Sama sahaja function yang peting seni framing itu kena asah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails