2008/02/04

Never Give Up Lah!

Tengahhari tadi bergegas bersama Joe ke Level 4 The Zon, JB untuk merebut peluang keemasan di jualan gudang. Jualan gudang ini akan di akan dari 02/02/08 hingga 10/02/08. Kalau bersamakan iklannya sehingga 90% harga di turunkan daripada harga asal. Antara jenama yang tersenarai ialah Levi's, Guess, Dockess, Cutter & Buck, CK, Billabong, Quicksilver, Victoria Secret, Ralph Lauren dan Guru. Sebenarnya hendak pergi dari semalam lagi selepas bermandikan Hujan, X-Countech Studio. Akan tetapi niat di batalkan kerana terlalu penat dan letih (kami sudah tua la...).

Di tempat kejadian, hanya banyak jenama Quicksilver, Victoria Secret dan CK sahaja. Mula-mula mata rambang kemudian kepala pening-penng lalat dengan keadaan tempat yang serabut. Lalu Aq akan CK sahaja dengan harga RM 19.90 dan Joe dengan shirt Quicksilver ala-ala Baladewa.

Kemudian pusing-pusing sekitar The Zon. Tengok-tengok kalau-kalau ada benda menarik. Akhirnya Aq dan Joe terhenti di JB NST punya games booth. Aq mencuba nasib dengan memain pinball untuk mendapatkan sehelai t-shirt JB (Johor Buzz) NST malangnya Aq gagal. Kemudian Joe mencuba nasib dengan sekali Joe memilikinya. Kemudian Aq dengan langkah tidak berputus asa meneruskan game kedua dengan cuba menegakkan botol. Juga gagal. Kenapalah Aq tengok pakcik dan makcik yang telah berusia selamba sahaja menegakkan botol-botol. Mungkin mereka mempunyai pengalaman yang tinggi. Kemudian Aq mencuba nasib lagi dengan pinball. Dan akhirnya Aq berjaya memiliki t-shirt itu.

p/s: Jangan mudah berputus asa.

13 ulasan:

Fairuz berkata...

haha.. pakcik dan makcik tu berpengalaman eh.

usaha tangga kejayaan beb :)

Yazid Husain berkata...

usaha tangga kejayaan, yup. thanks dude.

dapat juga boxer yang sexy!!!

Azhar Ahmad berkata...

dalam iklan kata ada levis segala? Heshhh derang sorok ke?

Yazid Husain berkata...

hanya sedikit levi's sahaja. tapi dockers sangat banyak

aiyrie berkata...

bila aku baca perenggan 2, ayat 2 "mula-mula mata rambang....", aku teringat lirik lagu Kuala Lumpur dendangan Hujan. "Murah-murah mata rambang, penjenayah banyak peluang".

woit!!!
apa projek tahun baru cina ni???
turun s.alam nak??

Tanpa Nama berkata...

waaa... murah giler beb..

Tanpa Nama berkata...

heh..bdk2 umah ni pun ada ke the zon last saturday..not bad la..byk juga yg murah2.

p.s. to tuan rumah and abg azhar - thanks for the luvly birthday wishes. may Allah bless both of you [^^]..

Yazid Husain berkata...

to aiyrie
aq balik seremban, mungkin juga ke shah alam umah pakcik aq. apa-apa hal call la.

to tz
memang murah, ada juga di Pan Global Building, Jalan Tandang, Pj

to kakok
terima kasih atas sokong anda selama ini

Tanpa Nama berkata...

erk! sebelah opis aku je tuh.. kena singgah ni..

Yazid Husain berkata...

singgah dari jam 10pg sampai 10mlm. kalu terlambat hanya boleh angkat VS sahaja.

Yazid Husain berkata...

ha ha ha.
jom makan kacang pool

peyus berkata...

situasi ko ni cam citer Joe Dirt yg aku baru jek lyn smlm..haha..never give up,rite..usaha tgga kejayaan..

Yazid Husain berkata...

tiba-tiba pada hari tu ada semangat Joe Dirt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails