2008/02/19

Monday Is Mean

Semalam bersamaan hari Isnin, di mana banyak orang mengalami monday blues. Monday blues dimana semua orang malas hendak gosok baju, malas gosok gigi, malas hendak bangun, malas nak menempuh cabaran kerja. Aq juga mengalami proses yang sama.Tapi akan daya kerja tetap kerja, rezeki tetap rezeki walaupun penat baru menaiki bas masih lagi tidak hilang dan tidak beransur untuk hilang. Tapi Aq gagahkan diri untuk itu.

Bermula dengan pagi yang agak kelam-kabut, Aq mencari kunci office merata tempat akan tetapi Aq tidak menjumpai. Nasib baiklah colleague ada bawa kunci office itu. Nasib baik. Hati masih..... Hati masih lagi belum sedia untuk bertugas. Aq telah dilambakkan dengan tugas-tugas yang mampu membuatkan otak berasap. Kerja, fikir, kerja, fikir lagi, kerja lagi, fikir lagi dan lagi, kerja lagi dan lagi, fikirlah sampai tua otak Aq sudah tepu. Lalu membuat Aq ke JJseorang diri setelah waktu kerja tamat. Membuat Aq membeli FHM ini adalah FHM ketiga yang Aq beli dalam bulan Februari. Dan membeli kek di kedai Resepi Rahsia.

Petang di Teratak 42, masing-masing sibuk di alam maya. Sibuk dengan blog masing-masing, ada yang mengejar hit, ada yang masukan entri, ada sibuk memberi komen, ada edit widget. Di kala masing-masing tengah sibuk, tiba-tiba dihimpit dengan talian blogger yang tiba-tiba sangkut. Lalu membuat Aq terasa bosan dan perut Aq mula merasa bosan dan meronta-ronta meminta makanannya. Sabar perut. Selesai makan. Ingin Aq menghantar pos berkenaan hari Isnin yang agak membosakan. Tiba-tiba blogger diserang lagi untuk kali kedua kali ini tidak boleh sing in kali ini. Pulak. Menyebabkan Aq gagal untuk up date pada jam 0000

Isnin yang bosan mungkin sudah lama Aq tidak bersenam malam hampir-hampir 2 bulan rasanya. Bilalah adik Aq boleh menari lagi

7 ulasan:

- j o h a r i - berkata...

sabar beb..
insyaAllah mggu dpn kalo ade rzki kite bersenam mlm k

-fAiZiQ- berkata...

"semua orang malas hendak gosok baju, malas gosok gigi, malas hendak bangun, malas nak menempuh cabaran kerja. Aq juga mengalami proses yang sama."


So, selama ni Aq x gosok gigi lah waktu nk g keje?? huhuhuhu....

Nasib baik baju melayu kite sama2 x gosok time 1 ofis dulu... *Geng x gosok baju* huhuhuh....

Yazid Husain berkata...

to johari
orait. adikku pandai menari. pusing, pusing adikku pusing...

to faiziq
kadang kala. ha ha ha

-fAiZiQ- berkata...

Waahh... tidak ku sangka, kalau ku tahu sudah lama aku.... Larikkkk*

Yazid Husain berkata...

ha ha ha lari lari

Tanpa Nama berkata...

berikan padaku FHM satu hahah..

Yazid Husain berkata...

he he he. tak leh satu FHM Singapore, FHM Thailand, FHM Malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails