2008/02/08

Familia Council

Semalam - Di tengah masyarakat Cina menyambut Tahun Baru mereka dan berkumpul bersama keluarga untuk makan besar, keluarga Aq pun turut tidak melepaskan peluang keemasan ini. Jangan salah faham keluarga tidak menyambut Tahun Baru Cina hanya dengan kesempatan cuti yang diberikan oleh pihak majikan masing-masing membuatkan keluarga belah Emak berkumpul."Emak nak pergi rumah Pak Long ada mesyuarat keluarga" "Ko nak ikut tak?" Secara spotan Aq menjawab "Nak" "Cepat mandi" Emak membalas. Bukan apa sahaja ikut mencuri peluang unutk berjumpa dengan para sepupu sekian.

Keluarga belah Emak berbincang mengenai pembahgian antara mereka 6 beradik. Aq tidak mahu amik tahu sangat, yang penting masa Aq boleh berbual dengan sepupu-sepupu Aq. Sebelum itu Aq sempat menyertai sembang-sembang politik sementara menunggu kedatangan Pak Ngah Aq. Macam-macam disembangkannya. Akhir berubah kepada topik yang umum iaitu topik pasal sistem keselamatan di bawah kelolahan Pak Guard. Ada yang meyokong para Pak Guard dan ada yang menolak kehadiran Pak Guard. Kadang kala kehadiran Pak Guard dalam satu organisasi hanyalah untuk mendapatkan semula insuran jika berlaku kecurian di dalam sesuatu organisasi itu. Kadang kala kehadiran Pak Guard boleh menghindar perkara yang tidak diingini. Ketika itu fikiran Aq melayang kepada peristiwa dimana Honda CRV Marish kena dilarikan orang di dalam kawasan apartmen sekitar Damansra. Padahal, ada kehadiran Pak Guard disitu, adakah mereka sayang nyawa mereka, adakah mereka terlibat dengan sediket itu, adakah mereka tidur ketika itu, adakah mereka tidak pernah sekolah?

Setelah Pak Ngah tersekat di PLUS selama 1 jam, perbincangan mereka ber-6 bermula. Setelah hampir 3 jam mereka berbincang akhirnya mereka berehat sebentar untuk sesi bergambar. "Hai kenapa semua kepala bersinar?" Dan sesi rumah tergelak. Siot betul Aq tidak dapat amik gambar mereka ber-6, pertama Aq tidak bawa SLVR L7, kedua Cyber-Shot
DSC-S40 masih dirawat dan ketiga Aq tidak mengecas kuasa bateri D40X. Kalau tidak tentu gambar-gambar berkepala bersinar muncul diruang ini. Kemudian mereka sambung hampir 1 jam lagi. Ketika itu, Aq mencuri masa untuk tidur sahaja.

Malam di rumah Aq, bacaan tahlil Arwah Atuk Lelaki diadakan setelah hampir-hampir 40 hari pemergiannya kembali ke Ramatullah. Semua dapat hadir kecuali, makcik dan sepupu Aq di Bandar Baru Uda di JB dan sepupu Aq yang sedang gigih belajar di UK. Sepupu yang tengah belajar di Surabaya pun turut hadir. Cuma Aq tidak mencuri peluang berbual dengannya. Ketika sedang menunggu hadirin datang, Aq sempat berbual dengan adik Aq. Dia bercerita bahawa di mendapat temuduga di JB walaupun masih ada baki 4 bulan pengajian. Dia tanya Teratak 42 masih berhantu tak? terutama sekali bilik Aq. Aq cakap macam dah kurang gangguan, cuma kali terakhir mengacau Joe yang sedang tidur. Dia cakap dia hendak jadi ahli Teratak 42. Bukan tidak mahu menerima kehadirannya cuma dalam kotak fikiran Aq terfikir bahawa, pertama sekali mungkin dia akan terjebak dengan dunia blog dan kedua mungkin dia akan lebih mengenali "dark side" Aq. He he he. Malam itu berakhir dengan bacaan tahlil.

"Al-Fatihah buat Arwah Hj Abdul Rahim Bin Ismail."

5 ulasan:

President (wiir2000) berkata...

hehehe.. takut... adik nk jadi housemate..huhuhu...

abeming berkata...

bestnya ada family meeting...huhu

Yazid Husain berkata...

to president
aq berdoa supaya dia dapat job kat dubai.
kalu dapat JB yg best jimat kalu balik Seremban, yg tak best tiada lagi nak rahsia dark side Aq

to abeming
best...

Azhar Ahmad berkata...

Kadang-kadang baca karya yang Aq tulis, semacam tak percaya... Inikah Aq yang saya jumpa dulu... Heshhh...

Yazid Husain berkata...

ooo... semangnya Aq memiliki banyalk indentiti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails