2008/02/26

Bad, Good And Ugly

Pada mulanya memang agak tidak menerima arahan kerja ke Kluang, sebab hati meronta-ronta hendak ke Taat House melihat aksi The Rhaman pada 23hb di tambah pula dengan MAFTA dan Fesitival Layang-Layang Antarabangsa Ke 13 di Pasir Gudang. Kesemua perkara itu membuat jiwa Aq meronta-meronta tidak mahu pergi. Pelbagai alasan hendak diwujudkan. Tetapi bila ditanya "Yazid, awak boleh pergi tak besok?" Dengan spotan Aq menjawab "Boleh, Puan". Kalau difikir-fikirkan balik banyak perkara menarik berlaku di Kluang.


Selama berkampung 3 hari 2 malam di Kluang. Aq di kehendaki membantu collegue memberi pengetahuan secara teknikal di Pertubuhan Perladang Kawasan Kluang, Kg. Bentong. Sebenarnya Aq agak di himpit dengan perasaan bosan apabila collegue mula mengeluarkan isu "Mengapa lelaki suka....?" Kalu berkerja dengan collegue Aq sorang memang suka bangkit hal-hal macam ini. Dan Aq sering memberikan kesimpulan bergatung kepada individu tidak kira gender mereka dan sesiapa boleh lakukan dalam hal-hal tidak beberapa setia ini. Kerana hal itu membuat Aq berbual dengan orang sekitar tempat itu.

Aq sempat berbual dengan Pak Mat PEDAMAI. Pak Mat mempunyai cerita menarik. Apabila Pak Mat mula bercerita "Dalam hidup pakcik, banyak yang tidak dirancang" "Pakcik kawin dengan makcik kamu masa umur pakcik umur 23 dan makcik kamu 16 tahun" "Itupun sebab hendak tutup malu" "Masa tu pakcik banyak tolong keluarga makcik uruskan perkhawinan akak makcik" "Masa hari perlansungan akak makcik hampir tiba, akak makcik tidak jadi berkhawin, oleh kerana hendak tutup malu kerana persiapan semua dah siap serta jemputan semua telah diundang maka orang tua meminta pakcik mengkhawini makcik" "Bukan apa pakcik ini, dulunya bukan manusia, makcik kamu memang banyak bersabar dengan pakcik" "Perempuan itu" Sambil menunding jari kepada isterinya "Adalah Sri Mersing dan pakcik adalah Bentayan".

Kelakar juga di sini, ramai yang mempunyai yang sama. Nama Aq dikongsi dengan 2 orang yang lain. Dan apabila kami bertiga berkumpul, masing-masing menjadi keliru. Nama collegue Aq, akak Aj juga berkongsi dengan gadis dari Muar. He he he. Sempat juga bercit-cat dengan gadis itu.



Kalu ke Kluang ada dua perkara yang perlu dilakukan, pertama merasa kenakan Nasi Daging Oktosos di Warung Eskay, Kluang Walk. Warung Eskay dibuka bermula daripada 5.00 p.m. hingga tengah malam. Nasi Daging Oktosos memang superb abesh. Collegue Aq = Hero Kluang membawa kami ke Kluang Walk. Hero Kluang cakap masa dia ngorat awek dia bermodalkan Nasi Daging Oktosos dan hasilnya melekat sampai sekarang. Kluang Walk juga memberikan kepuasan di hujung minggu di mana terdapat persembahan live band, kuda kepang, tarian singa dan barongan.
Kedua kalu ke Kluang wajib dan kena singah Kluang Rail Coffee, Jalan Station. Secangkir kopi susu dan satu set roti butter + kaya mampu membuat Aq berkhayal. Memang layan habis. Kopitiam ini bersebelahan railway membuat lagi keunikan koptiam ini bertambah. Memang klasik dengan keadaan bangunan yang oldskool. Aq sanggup tidak meminum air masak supaya rasa kopi itu sentiasa kekal lazat di kerongkong.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best... teringin nak kerja yang tidak serang hendap komputer 24hrs.

Azhar Ahmad berkata...

Aduh, memang masyuk lah Aq Kluang Rail Coffee tuh.... Eh, saya gi Layang-layang, tapi tak best cam tahun 2006. Kawan saya ada gi Taat House, saya malaslah pula...

Yazid Husain berkata...

to tz
kadang kala best kadang kala tidak

to azhar
ada baca entri ko pasal itu cuma tidak sempat membalas

to johari
memang layan, paling gerek roti kawen dia tu. memang lazat asmara

peyus berkata...

siot! baru 10min online..bile tgk gmbr roti butter kaya 2,t'liur aku dibuatnye..lps post komen ni aku kne kluar cari mkn..bajek lps online tros tdo..tp penangan gmbr ko 2,wat aku t'pkse meredah embun cari mkn plak..

Tanpa Nama berkata...

memang lapar la tengok.. adehhhh

Tanpa Nama berkata...

roti bakar memang best..

Yazid Husain berkata...

to peyus
Nasib baik engkau tidak turun Kluang sambil meredah embum

to tz
lapar. roti kawen sebab tau

to johari
kisahnya pasal merebut Sri Mersing, Bentayan ini watak antagonis dan heronya Rompin

to en. me
memang lazat asmara

Fairuz berkata...

aku rase la kan.. blog ko ni dah jadi macam jalan jalan cari makan. hahaha

Yazid Husain berkata...

masa mula kecimpung dunia blogger, aq teringin sangat wujud travel blog atau photojurnalist. ini dah hampir-hampir la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails