2008/02/15

Amy's Wedding

Resepsi Amy dan Lela, Taman Tunku Jaafar, Sungai Gandut, Negeri Sembilan. Sekitar jam 1.30 p.m hingga 3.30 p.m (10/02/2008). Amy ini merupakan jiran lama di TTJ dan emak dia, Makcik Bibah pernah jaga salah seorang adik Aq, Adiq sehingga umurnya 6 tahun. Sepanjang resepsi ini, sering kedengaran "Shadiq mana?" kemudian di hujung sana "Shadiq mana?" Kedengaran ada orang membalas "Shadiq deman!". Popular betul Adiq di sepanjang resepsi ini. Aq cuba mencari rakan-rakan lama tetapi tidak menjumpai mereka, mungkin Aq terlewat hadir di resepsi ini. Aq lupa pulak, biasa di Negeri Sembilan resepsi ini memang cepat habis kadang-kala jam 3.00 p.m majlis dah tamat. Tips jika menghadiri resepsi di Negeri Sembilan datanglah pada jam 12.00 p.m hingga 1.00 p.m, pasti anda tidak terlepas peluang melihat chickas-chikas chantek. Amy menamatkan zaman bujangnya ketika usianya hampir-hampir 30-an.

p/s: Aq dah tahu quote penuh untuk CJ7 "Kita orang miskin, tidak pernah menipu, tidak pernah bergaduh, tidak pernah amik hak orang lain, kita perlu berusaha sungguh-sungguh supaya kita bahagia di masa akan datang. Lebih kuranglah bunyinya itu. He he he

7 ulasan:

Fairuz berkata...

adakah ko pergi tengok wayang lagi skali untuk mendapatkan ayat yang betul tu? XD

Tanpa Nama berkata...

aku ari ahad ni baru nk p tengok..

Azhar Ahmad berkata...

haaa, betul tu, ayat stephen chow. Teringat, betapa tersentuhnya saya bilamana Dicky ditanya

"Bila besar nanti mahu jadi haper?"

orang lain cakap

"Usahawan, pasal nak duit banyak"

ada juga cakap

"pelakon, hensem macam .... (lupa plak nama dia)"

Dicky cakap

"orang miskin" sebabnya, seperti yang Aq tulih.

CJ7 ada pengisian jiwa yang banyak...

p/s Aq bila plak nak kawen?

-fAiZiQ- berkata...

Aq, iz tunggu Aq kawen dulu baru lah iz kawen...
Xper lah, X kisah kalo dh tua sgt pun... huhuhuhuh....

p/s: Lagi tua lg org mau.... lagi ler dicari2.... nguahahhaha....

Yazid Husain berkata...

to fa
tidak, tgk balik dengan kucai by DVD

to tz
tgk orang kawen

to azhar
memang tersentuh habesh.

to faiziq
memang tua makin umh

edriaty berkata...

wah..ko pulang ke kampung halaman.
huhuhuh..rindunya.nk balik jgak.

Yazid Husain berkata...

balik ke TTJ membawa Aq kembali ke kisah hidup masa Aq kecil-kecil dulu. Dengar bulan tiga rakan sepermainan Aq kawin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails