2007/02/16

Precious

Semalam.....
Setelah menunggu sejam lebih untuk di temuduga oleh wakil scientists dan HR daripada Stevian Biotechnology Sdn Bhd. Seperti di janjikan 11.30 a.m akan tetapi ada perubahan di tunda kepada 12.30 p.m. Makin bertambah peluh dan debaran semakin menjadi-jadi. Ini lah first time kena interview dengan scientists euro makin berpeluh aq. Jawapan yang diberi oleh aq kepada dia pun lari-pukang dan tunggang-langgang. Entah aq hanya mampu berdoa supaya dibuka pintu rezeki di Stevian Biotechnology.
"Ya ALLAH bukalah pintu rezeki-ku seluas-luasnya di Stevian Biotechnology." ~ AMIN ~
Selepas di temuduga aq pun pulang ke rumah aq untuk menjengguk family aq di Senawang. Banyak juga cerita-cerita yang terkumpul dan berita-berita baru mengenai family council belum aq dengar sejak aq menyorokkan diri aq di Shah Alam. Ha ha ha bukan apa cuma malu hendak semuka dengan orang tua aq setelah aq berjaya di tempat pratikalkan di Merlang Network barulah boleh balik ke Senawang. Jika tidak terpaksa aq menyorok lagi sehingga dapat kerja tetap.
Aq tidak lama di rumah besok kembali bertugas di Merlang Network. So dalam pukul 4.00 aq bertolak daripada Seremban terus ke Shah Alam. Ya Allah, semalam aq memandu dalam keadaan ngatuk dah balik sorang-sorang bahaya betul. Syukur akhirnya pulang dengan selamat.

Law of Ueki
Sedih betul semalam adalah eposide terakhir Law of Ueki. Bukan apa punya aq tunggu sampai eposide 50 di Animax (kerana aq tengok dahulu di hard disk Din sebelum di Law of Ueki ditayangkan di Animax, tetapi aq tengok sampai eposide 50 sahaja dan selebihnya Din tidak download) untuk lmelayan eposide selebihnya di Animax rupanya berbagi 3 eposide lagi sahaja. Em bengang betul punyalah tunggu hampir 2 bulan, rupanya hanya berbaki 3 eposide sahaja. Eposide akhirnya Law of Ueki setelah menewaskan Ueki menewas Anon maka Ueki berjaya memiliki Bakat Kosong (Blank Talent) yang menjadi rebutan selama ini. Pada penghujung series ini barulah Ueki menunjukan apa yang ditulis di Bakat Kosong, ialah "Bakat Meyatukan Semula Rakan-Rakan" . Sungguh berharga nilai rakan, kawan dan sahabat.

Moral of story hargai kehadiran orang di sekitar kita mungkin mereka adalah sahabat anda yang tidak ternilai harganya seperti Ueki bertungkus lumus untuk mendapatkan Bakat Kosong sehingga mengadaikan nyawa semata-mata untuk menyatukan rakan-rakan disekeliling-nya.

Petang tadi traffic light
Hitz FM memutarkan lagu Muse - Plug in Babe. Thank Dj J Lo kerana memainkan lagu Muse yang telah lama aq tidak dengar. Let enjoy with this song Muse - Plug in Babe.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails