2007/02/17

Saturday Chaos

Seperti hari-hari biasa aq akan bangun seawal pagi setelah tubuh aq dicurah dengan cahaya matahari pagi. Seperti biasa jika tidak bertugas aq akan menghadap Acer aq dan melayari alam maya, menghantar resume kerja dan melayari website yang best-best. Akan tetapi segalanya menjadi kelam-kabut apabila menjelang tengahari. Hari ini aq banyak kali membuat kerja dua kali dan perkara utama yang dirancang tidak menjadi.
Antara kerja dua kali aq buat hari ini;
  1. Pergi kedai gambar di Seksyen 7 untuk mengambil gambar yang dah siap dicuci sebanyak 2 kali. Pertama gambar tidak siap cuci lagi 1/2 jam kemudian datang semula barulah gambar siap.
  2. Pergi Tesco sebanyak 2 kali. Pertama amik Gman kat Tesco setelah ditinggal oleh Aisyah Farhana disana dan sejam kemudian pergi Tesco semula untuk menghantar surat.
  3. Menjalankan urus niaga membeli setem sebanyak dua kali di kedai yang sama, pertama beli setem bernilai RM 1 sebanyak 3 setem dan sejam kemudian beli setem bernilai RM 0.20 dan RM 0.30.
  4. Melalui jalan dari Padang Jawa ke Seksyen 17 sebanyak dua kali ulang-alik. Pertama hantar Gman ke Bus Station di Seksyen 17 setelah 1 jam 1/2 ke Up Town 24 mengikut laluan jalan yang sama.
  5. Dua kali hendak tengok Ghost Rider di cinema tidak jadi. Pertama pada tengah hari di batalkan kerana hendak tunggu gambar siap pada pukul 2.30 p.m kerana kedai gambar hendak tutup pada pukul 3.00 p.m dan tidak buka besok. Pada pukul 10.00 p.m pergi Jaya Jusco Bukit Raja untuk menonton Ghost Rider tidak jadi juga kerana tayangan pada 9.20 p.m dan 11.55 p.m di TGV full house.

Ini adalah antara kerja yang aq lakukan sebanyak dua kali hari ini. Hari ini merupakan "The Saturday Chaos"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails