2007/02/06

Broken Hearted


Ini aktiviti harian aq di Shah Alam disebabkan tiada aktiviti lain mampu aq buat. Gambar ini membuktikan betapa kecewaan yg dan tiada unsur produktiviti terhadap diri aq. Keadaan ini juga di mana aq cuba memikirkan dan monolog diri sendiri tujuan aq ke Shah Alam ini. Setelah aq tidak berjaya di tempat pratikal di mana-mana, begini-lah keadaan aq entah-lah itu pun apa yang di kata dan disaksikan oleh Giman dan Kecik. Mereka kata aq tidur begitu dan menunujukkan betapa kecewanya diri aq. Em mungkin ada benarnya apa yang mereka kata tu...... aq kecewa dengan sikap supervisor Trainee Natural Bio-Product Development kerana aq dah telefon dia selama dua hari (5/2 - 6/2) berturut-turut setiap jam 10 pagi mengunakan talian tetap yang terdapat di rumah Shah Alam, dia tidak menekan butang hijau di handphone dia malahan tidak menjawab panggilan yang dibuat oleh aq. Geram... sebab itu aq tidur macam tu. Aq hanya ingin tahu status aq sekarang macamana itu sahaja ingin aq tahu. Halo tolonglah menekan butang hijau handphone Encik itu

Petang tadi jam 2.30 p.m. setelah aq selesai segala urusan pos untuk menjawat jawatan kosong yang ada di paper Star Jobs. Aq menonton sebuah drama melayu tayangan Channel 1 is means RTM 1 yang bertajuk Man Burger. Man Burger berkisarkan kehidupan para lepasan siswazah yang mengangur dan ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual lauk-pauk pada waktu tengah hari. Scene yang paling menyentuh hati aq yang merupakan jobseekers sekarang ini, dialog yang berbunyi "Ingatkan lepas abis belajar boleh terus dapat kerja. Tak jangka pula jadi macam ni. Lebih baik kerja kat tempat lama tak payah sambung belajar lagi kalu tau jadi macam ini". Dialog in di balas oleh watak perempuan (lakonan Kak Engku) dan aq tidak beberapa fokus apa yang watak itu berkata. Kemudian di balas oleh Man (lakonan Rusdi Ramli) "Lebih baik kitaorg beniaga daripada tidak berbuat apa.............". Dialog yang pertama ada kena-mengena dengan aq sekarang "Ingatkan masuk program INSEP ini boleh terus dapat kerja, inikan kerja, pratikal pun masih belum ditempatkan" monolog diri aq sendiri. Mungkin petang besok masih ada lagi Man Burger pada waktu yang sama kerana drama ini hanya setengah jam sahaja. Em kena tengok ini apa kesudahan yang berlaku.

Selepas cerita itu aq terlelap dan tidur seperti keadaan di dalam gambar di atas. Kemudian aq berjumpa dengan Prof. Intan daripada Fakulti Perubatan UiTM telah menerima aq membuat attachment pratikal di makmal biokimia UiTM dan secara tidak langsung menjadi RA di bawah Prof. Intan. Hati aq amat gembira teramat sangat. Tetapi itu hanya sementara kerana selepas itu aq terdengar satu ketukan kuat pada pintu dan orang memberi salam. Argh! rupanya mimpi hanya sekadar mimpi. Em rupanya Kecik datang melawat aq di Shah Alam setelah habis pratikal di Merlang Network di Seksyen 9 Shah Alam.

p/s: Gambar itu adalah lakonan semula yang dilakonkan oleh Mr. Ali Kutty. Dan besok aq cuba menelefon supervisor aq lagi pada waktu yang sama.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails