2007/02/08

At Last .................But I Feel Guilty

Pagi di Hakim Seksyen 7.
Aq lepak dengan Zaki dan agenda utama kami adalah Life: Passion, Friend, Light, Obsession, Lover, Mental, Physical, Deep Deep Love, Sensitivity, Beauty and Sexy. Setelah kitaorang membincangkan pekara ini semua barulah aq sedar kehidupan aq sentiasa berada di zon selesa. Oleh kerana itu aq kurang berusaha, kurang memikirkan, kurang kesabaran, kurang melaksanakan, kurang jati diri dan segala kurang walupun aq dah rasa mencukupi sebelum ini. Baru minda aq terbuka setelah aq menghadapi tekanan daripada 22/1 sehinggalah hari ini. Apa yang perlu sekarang aq perlu bangkit dan merancang semula tujuan dan fokus kehidupan aq pada 10, 20, 30, 40 dan 50 tahun akan datang malah bukan itu sahaja mungkin lebih dari itu.

Pagi dalam pukul 10 pagi.
Akhirnya aq ditempat pratikal di Merlang Network mungkin buat kerja-kerja pemasaran mengantikan tempat Kecik disebabkan dia menarik diri. Aq dengar berita itu semalam apabila Kecik sampaikan kat aq. Em ................ I'm feel sorry to Kecik. And little bit guilty and aslo thank to Kecik. Aq bermula pratikal di Merlang Network pada 12/2 jam 8.30 a.m seperti yang disampaikan oleh GM Merlang Network, Miss Ungku Rokiah melalui panggilan telefon untuk pengesahan tempat.

Sejak akhir-akhir ini.
Aq rasa daya pemikiran aq semakin merosot. Mungkin aq terlalu memikirkan kehidupan masa depan. Contohnya semalam aq menonton kartun SpongeBob SquarePants di Channel 22 (TV 9) lepas itu iklan kemudian aq tukar kepada beberapa channel lain untuk mencari hiburan yang lebih menarik. Kemudian aq ingin menonton semula aq yang aq tonton. Aik!!! aq lupa sebentar aq yang telah aq tonton setelah beberapa saat aq dapat recall semula apa yang aq tonton ssebelum ini. Em mungkin terlalu stress sehingga aq mendapat masalah ini. Apa yang perlu aq lakukan sekarang kurungkan tekanan dan salurkan emosi di saluran yang betul. Kerana aq selalu mengambil jalan mudah dengan hanya melelapkan mata dengan harapkan masalah dapat diselesai setelah tidur berjam-jam. Langkah terakhir aq kena dapat nasihat doktor.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails