2010/09/23

Shanghai; To Zhenjiang

Hujan dan perlu mengangkut kesemua beg ke Zhenjiang. Dan akan menaiki High Speed Train. Jika menaiki kereta Shanghai ke Zhenjiang mengambil masa selama 3 jam manakala dengan High Speed Train hanya 1 jam setengah sahaja. Memang besar stesen keretapi di Shanghai. Kagum. Penuh dengan manusia. Laluan High Speed Train yang Aq naiki adalah Shanghai ke Nangjing.
Aq diberi tahu bahawa sistem rangkaian di China adalah rangkaian jaringan yang terbaik. Di sini lebih mudah bergerak dengan pengangkutan awam. Di sini juga Facebook tidak boleh digunakan termasuklah you tube dan sebagainya kerana China adalah negara propaganda perlu menyekat unsur-unsur atau anasir-anasir luar. Malah Bebelan Anak Tukang Jahit juga tidak dapat dibuka di sini. Akan tetapi untuk mendapatkan internet tiada masalah.
Kelajuan High Speed Train ini boleh mencecah 320km/h. Teruja. Pertama kali menaiki keratapi sebegini. Walla. Dan sepanjang perjalanan Aq hanya bersama dengan Nikon D40X bagi mendapat sebanyak gambar di dalam High Speed Train. Memang teruja.

p/s: lajuku

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails