2010/09/22

Shanghai; First Day

Sebulan ini, Aq akan berada diperantauan. Perjalanan bermula daripada Skudai, Johor Bahru. Pagi tadi Aq sempat merasa roti canai buat kali terakhir bersama Sir Rog dan MySelf. Kemudian Aq sambung melantak dengan rakan-rakan yang akan bersama-sama di China dan Korea. Kemudian Cat bersama Eshal datang ke Warung Singah Selalu. Dapatlah Aq melihat Cat dan Eshal kali terakhir sebelum Aq pergi ke sana. Eshal baru sahaja mendapakan suntik imunisasi daripada Klinik Kesihatan Kempas.
 
Dalam tengahhari. Aq ke Singapore kerana Aq akan berlepas daripada Changi, Singapore. Aq ke Singapore sekadar transit ke Shanghai, China. Perasaan cuak bercampur teruja. Cuak takut jadi seperti Faizal Tahir, teruja pulak kerana pertama kali melepas ini sempadan Asia Tenggara. He he he. Dan berat hati untuk meninggalkan Cat dan Eshal.

Setelah terbang di awan biru selama 5 jam, baru Aq sampai di Shanghai. First di sana adalah lefthanded driver. Awal-awal Aq sudah masuk tempat pemandu teksi. Suhu di sana dalam 25 darjah celcius  macam dalam bilik berhawa dingin. Kemudian Aq di hantar ke hotel melintasi Lupa Bridge. Dari Lupa Bridge boleh nampak World Expo 2010. Bandar Shanghai dipenuhi dengan neon kerana masyarakat di sana sedang menyambut Moon Cake Festival.

p/s: :i

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails