2010/09/02

Raya Cookies

Ramadhan 23

Tahun ini, Cat mendapat bantuan daripada Muo untuk membuat kuih-kuih raya. Eshal pun turut membantu. He he he. Aq sekadar membantu Cat membuat dua jenis kuih  raya sahaja Corn Flakes dan Amos Chocolate tahun ini.
Tahun ini Cat membuat Kuih Sugi, Kuih Sugi Salju, Kuih Sarang Semut, Kuih Nestum, Kuih Oat, Kuih Semperit, Corn Flakes Madu dan Amos Coklat. He he he. meriah denan beraneka jenis kuih. He he he. Tahun lepas tiga jenis kuih raya sahaja, tahun ini dah planing membuat 8 jenis kuih raya. Tinggal lagi satu jenis sahaja Amos Coklat.

Ini bantuan kecil daripada Eshal. Eshal urut membantu Mummynya membuat kuih raya. He he he. Tahun depan kacau Mummy pulak. Eshal dan Cat turut berguru dengan Nannynya untuk membuat kuih raya. Alhamduillah dapat juga Cat pulun buat kuih raya masa cuti Mederka atas bantuan Emak, Engah dan Anis.

Ini Kuih Semperit Apple. Khas untuk Eshal, Cat cakap. He he he. Tahun depan cari pencetak bentuk orang dan binatang-binatang yang cute. He he he. Tahun boleh cari pencetak orang dan haiwan-haiwan macam pencetak kuih Ikea.

Ini Kuih Sugi Sajlu yang belum dicelup dengan gula halus.Tahun ini banyak kuih berasaskan warna hijua. Mungkin tema tahun ini kuih warna hijau. Kuih Sugi Salju, Semperit Hijau Apple dan ada kuih-kuih lain yang dihiasi dengan Cherry Hijau.

Kuih ini sahaja yang Aq bantu membuatnya. Itu hangus sedikit kerana terllebih masa masakan di dalam ketuhar kerana leka menonton AXN. NAsib baik satu tray sahaja. He he he.

p/s: suasana raya mula tiba.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails