2010/09/01

Cloth Diaper

Ramadhan 22


Selepas Aq outstation di Damasra minggu lepas, Cat ada memberitahu bahawa Cat sudah menempah Cloth Diaper untuk Eshal. Tujuan untuk lebih selamatkan alam sekitar, jimatkan duit membeli Huggies dan bergaya. Aq teruja mula-mula dengan Cloth Diaper ini. Memang bergaya dan ekosistem selamat. Mungkin dapat mengurangkan peluang Eshal untuk mendapat ruam. 

Cloth Diaper ada peraturan yang kena ikut. Contohnya setiap 4 jam kena tukar. Unutk permulaan Cloth Diaper boleh diselang seli dengan pengunaan lampin pakai buang. Maknanya kena ada 6 set Cloth Diaper dan 8 insert unutk sehari. Jika ada budget lebih boleh beli selepuk jika tidak beli sekadar mampu. He he he. Waktu siang hanya perlu pakai satu insert jika waktu malam kena pakai 2 insert.

Cat sudah beli 6 set Cloth Diaper mungkin akan tambah lagi 10 set Cloth Diaper kelak. Cara membasuh Cloth Diaper  pun ada cara tidak boleh guna detergen hanya guna air atau sedikit sabun basuhan khas untuk bayi. Tapi Kami hanya mengamalkan kaedah Dry Pail sahaja. Rendam 2 ke 3 hari kemudian bilas dan kemudian masukan dalam Panasonic NA-F7OB2 sahaja unutk spin.

p/s: Eshal okay sahaja.

2 ulasan:

Siti fairuz yusof berkata...

nice tips..nk follow la nanti...:D

Yazid Husain berkata...

orait. follow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails