2010/04/14

Kembali

Setelah sekian lama meninggalkan Bebelan Anak Tukang Jahit. Aq baru sahaja kembali bertugas setelah cuti hampir 13 hari. Alhamduillah cahaya mata pertama kami telah selamat di lahirkan pada 4 April 2010 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada Jam 0818. Cat selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.75 kg.

Cat memerlukan sokongan moral oleh kerana due untuk bersalin telah terlebih. Di jangkakan 31hb Mac 2010. Alhamduillah semuanya dipermudahkan. Aq mula bercuti pada 1 April 2010. Kira cuti tiba-tiba. He he he. Hati gundal gulana. Ada hikmatnya dapat Aq mengikut Program Rakan Suami di samping dapat menemani Cat ke Klinik O&G HPSF.

Debaran setiap hari sebelum kelahiran cahaya mata kami pertama ini. Keluarga dan rakan-rakan mula bertanya khabar gumbira menyebabkan hati mula bertambah gusar. Dicampur pulak dengan pelbagai cerita dan pengalaman mereka terdahulu. Kami hanya mampu berdoa. Semoga proses kelahiran dipermudahkan dan selamat hendak-Nya.

Ini merupakan pengalaman pertama, menyertai Cat di Dewan Bersalin, menanam tembuni, proses azan & thanik. Oh.

p/s: Alhamduillah

3 ulasan:

aiyrie berkata...

Assalamu'alaikum,

Tahniah buat Encik Yazid dan Puan Cat atas kelahiran cahaya mata yang pertama. Semoga anda bertiga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan rezeki akan bertambah dan lebih berkat.

mhelmi berkata...

Tahniah !!!

Yazid Husain berkata...

thanks, amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails