2010/01/21

Lengang Perut

Sabtu lepas, Kami melakukan satu adat Melayu iaitu Lengang Perut. Bertujuaan membetulkan posisi Baby Kami. Ini adalah permintaan Cat ingin mencuba adat Lengang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.
Dipetik daripada Adat Resam Melayu

Seronok juga dapat mengenal adat kita. Bagi Aq selagi tidak melanggar ajaran Islam seperti jampi serapah. Itu sudah memandahi. Alhamduillah semuanya berjalan lancar.

p/s: Semoga Baby sihat dan sempurna. Amin.

5 ulasan:

shandye. berkata...

okeh. penah dengar about the whole 'lenggang perut' thingie sbb ada dua adik bawah sy n so penah dengar la my mom talked about it with my late grandma. cuma tataw how does the whole procedure took place sbb tak pnh tgk sendiri.

maybe its only for girls n husband kot. hahaha...

Nidza berkata...

seronok biler kter diperkenalkan dgn adat..asalkan tak bertentangan dengan agama. saya dulu sampai je ke 7 bulan hanya buat doa kenduri selamat dan jumpa bidan utk tentukan kepala budak jer. salam perkenalan.
:)

Faiz Faiza berkata...

salam yazid, bapak to be =))
lama xsinggah teratak ni. dh hmpir jd bapak rupanya...

akak cuma pernah dengar je. xpernah la tengok n of course la xpernah buat huhu. memang xde bidan baca jampi serapah ye? mcm pelik je. hehe...xtau, sebab tu tanya.

salam utk mummy to be.

tunbegia berkata...

itu belum lagi kamu kena berpuasa 44 hari 44 malam selepas isteri bersalin nanti,

selamat datang ke kelab orang-orang johor,

salamm,

Yazid Husain berkata...

to shandye
yup, yang terbabit suami, isteri, ibu dan mertua. Dan juga bidan.

dapat tengok sebahagian sahaja.

to nidza
salam perkenalan.

yup setuju betul. kenduri dan sedikit pengenalan adat. jika zaman dahulu kala. seolah-seolahkenduri khawin.

to faizfaiza
kita orang tentukan kedudukan sahaja. tidak kelihatan bidan meng "fuh" sana sini.

he he he

to tunbegia
selamat datang.

johorian. he he he

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails