2009/05/27

Hari-Hari Terakhir Di Teratak 42

Aq pulang kerja seperti biasa. Tuan rumah Teratak 42 datang untuk berbincang. Aq kelihatan Fa dan Fit sedang melayan tuan rumah. Rasanya sudah 2 tahun Teratak Troopers tinggal di Teratak 42. Di kesempatan ini Aq turut melayan tuan rumah. Berbincang pasal wang deposit, bil air dan bil elektrik. Setelah selesai tuan rumah membuat lawatan sebentar dari bilik ke bilik. Aq dan Fit lepak bersama meluangkan masa bersama menonton TV.

Fa masih melayan tuan rumah di atas. Masih berbincang. Kemudian Panjang dan Kucai pulang setelah tuan rumah beredar. Panjang pulang ke rumah dengan membawa bungkusan obat selsema dan deman. Aq lantas bercadang supaya Panjang pergi menjalankan ujian darah. Takut-takut selsema babi. Ha ha ha. Sekadar gurauan. Panjang lantas meninjam RM 10 bagi ujian darah. Keluar dan patah balik dah memulangkan RM 10 itu.

Dan Panjang berkata "Aku sakit dalam". Okay!. Kemudian Kucai membawa khabar berita gumbira. Kucai sudah memulakan kerja baru. Wah. Walaupun hanya dapat berkumpul dalam 30 minit bersama-sama semua Teratak Troopers sudah memberi kenangan terakhir yang indah terhadap Teratak 42. Teratak Troopers akan berpindah di rumah sewa baru. Aq pulak akan berpindah dirumah lain.

p/s: Sugguh banyak kenangan di Teratak 42.

p/s/s: Thanks Fa, Ketua Rumah yang best! He he he.

2009/05/26

Syaitan Yang Bercumbu Dijiwa



Pelik. Mungkin si syaiton tengah bercumbu di jiwa mereka. Aq bukannya gila sangat kerusi dia orang pun. Sekadar mahu mengukur kemampuan diri. Layak atau tidak terpulang kepada yang memilih. Aq tidak kisah. Tolonglah Aq baru sahaja mintak belum tentu dapat lagi kepada stage seterusnya. Aq juga memiliki cita-cita. Bukan korang sudah mendapat habuan lagi besar, kenapa masih tamak. Sibuk mengata dan berkata. Lebih baik Aq berdiam diri. Ini bukan sekolah penjara. Bukankah sepatutnya kita saling membantu bukannya bertikam patah.

2009/05/25

10 Idea To Live Happy

Pagi tadi tengah merayau-rayau didesktop terjumpa fail bertajuk 10 Idea to Live Happy. Mari kita berkongsi.

Very few people believe that they are truly happy, and many feel envious of those that are, but have you ever tried to find out how to live a happy life? Here are ten ideas on how to improve you life and make yourself happier.

1. Look for the positive side of every situation. It's only human nature to look for something to complain about, and this usually means we tend to only see negatives. If you want to know how to live a happy life try looking for what's right instead of what's wrong. If you are delayed at the airport, or stuck in traffic, try to make positive use of the extra time perhaps by reading a good book or relaxing and listening to music.


2. At the end of each day, as you get into bed, take a moment to think of all the things that have been good about that day. Remember anyone that smiled at you, anything you have done that's made you feel fulfilled, and anything that's made you laugh.

3. Spend time with people you love, whether they're your friends or your family. How often do you put off going to visit people because it's a bit far to travel or you've got too much to do at home? Quality time with your loved ones is a vital ingredient in the recipe for a happy life, so don't be stingy with it.

4. Be active and get some exercise, even if it's just a brisk walk around the neighborhood. Science tells us that exercise releases endorphins in the brain; those wonderful chemicals that reduce pain and make us feel happy, so turn off the television, leave the car at home and get moving.

5. Rest, sleep and relaxation are vital elements in how to live a happy life. No matter what you do, you won't be able to enjoy it if you are exhausted or stressed out; even the smallest problems will seem like the end of the world if you're sleep deprived. Forgo that late movie and get an early night, and you will be a much more pleasant person to be around.

6. Identify goals both in your personal and working life and work towards achieving them. Having ambition and planning ways to fulfill your dreams gives you something to look forward to, and the satisfaction of reaching your targets is even better.

7. Be grateful for the little things. Recognize the things that people do for you every day. If a stranger holds the door open for you, make time to pause, smile and say a genuine thank you. If a colleague offers to make you a coffee show you appreciate it, and make sure you return the favor once in a while.

8. Don't wish your life away by counting the hours to the weekend, or the days to your next holiday. Make the most of every moment and learn to enjoy the here and now. Do something every day that makes you happy and try to make every day memorable and unique.

9. Keep away from people that bring you down. While you're always going to hear some complaining and negativity as you go through life, spending all your time with people that grumble and find fault with everything is sure to drag you down. Surrounding yourself with positive, cheerful people is guaranteed to make your life happier.

10. Don't be afraid to have fun. It's a shame that we can't really remember what it was like to be a young child, where everything was a new and exciting adventure, and we were encouraged to play all day with no responsibilities to worry about. Try to bring a little of that childlike innocence into your every day life and just do things that make you happy without wondering what other people will think of you.

p/s: Aq tidak tahu mana asal sumbernya. Mintak maaf jika tersalin post anda sekalian.

2009/05/22

Blogger Boy

Aq semalam silap tarikh. Puas Aq tunggu depan kaca televisyen. Rupanya 28 Mei kelak. pada jam 2130. Sekali lagi Aq akan bertapa di rumah.

Untuk keterangan lanjut boleh ketik Blogger Boy.


p/s: Bertapa

2009/05/21

Proses Kebenaran Nikah

Di Johor terdapat beberapa proses yang perlu di ikuti memastikan semuanya lancar untuk kebenaran bernikah. Jika anda dan pasangan anda semukim mungkin proses ini tidak keberatan. Langkah pertama perlu pergi krusus pra-perkhawinan selama dua hari di hujung minggu dengan bayaran RM120 seorang. Kemudian pergi ke Jabatan Agama Islam Daerah masing-masing untuk mendapatkan Borang 1, Borang 2 dan Borang ujian penyaringan HIV berharga RM 5 setiap satu. Langkah ini boleh diambil 90 hari sehingga 14 hari sebelum tarikhpernikahan.

Sudah selesai ujian penyaringan HIV, sila dapatkan surat akuan bujang / dara di majikan masing-masing. Jika berlainan almat kad pengenalan mukim dengan tempat pernikahan dijalankan. Dapat surat pengesahan mastautin daripada Penghulu Mukim. Salianan Kad Pengenalan Saksi Borang, Wali dan Pemohon. Jika perempuan anak sulong dalam keluarga sila lampirkan salinan Sijil Pernikahan Keluarga. Jika sama mukim bolehlah pasangan pergi temuduga bersama. Jika tidak lelaki seharusnya pergi temuduga terlebih dahulu bagi mendapat Kebenaran Bernikah Luar Mukim berharga RM5. Sebelum temuduga pastikan Borang 1 lengkap dan membuat salinan sebanyak dua salinan. Kerana tindakan ini akan memudahkan segala pengurusan. Kerana satu salinan akan diserahkan kepada pihak perempuan.

Kemudian barulah pihak perempuan pergi untuk temuduga dengan membawa lengkap Borang 2 serta dan salian yang dikhendaki serta sesalinan pihak lelaki. Dan salinanpihak lelaki dan borang kebenaran nikah luar mukin juga perlu dibuat salinan terlebih dahulu bagi memudahkan tujuaan pemproses kebenaran ini kelak. Tidaklah anda terkial-kial jika diminta membuat satu lagi salinan. Kemudian jika temuduga selesai. Selalunya soalannya Dua Kalimah Syahadat, Al-Fatihah, Doa Qunut, Rukun Nikah, Air, Tangungjawab Suami & Isteri.

Setelah selesai temuduga barulah dikendaki membeli borang 3, borang 6, borang 7 dan borang 8 berharga RM 17 ringgit kesemuanya dan RM 8 untuk buku Modul Keluarga Sakinah: Adab Bernikah (Pilihan). Hendak beli bagus boleh berlatih-latih tidak beli pun tidak mengapa. He he he. Kemudian borang itu boleh diserah kepada juru nikah nanti dengan sendiri atau pihak jabatan agama akan uruskan. Terpulang kepada individu. Itulah serba sedikit pengalaman Aq semasa menguruskan permohanan kebenaran untuk bernikah. He he he. Ini proses untuk negeri Johor. Mungkin ada perbeza sedikit untuk negeri-negeri lain.

p/s: Yang penting jangan last minute. He he he.

2009/05/19

My Friend

Semalam Aq melawati blog-blog lain sebagai rutin harian. Dengan keadaan perut tengah lapar kerana kesejukan dan hujan lebat di sini. Aq suka pilih secara random untuk membaca. Mula membaca Memang Luyaman; Dinner At Five ternampak gambar ketam yang mengliurkan, kemudian ke Simply Me; Serious, Aku Fobia ternampak gambar masakan gulai lemak yang enak dan ke Metro TODAY; Asam Pedas Rumah Limas ternampak gambar asam pedas yang mengliurkan. Membuatkan Aq telan air liur seketika.

Misi hari ini Aq ingin letak gambar Nasi Goreng Ciang Mai hasil masakan tukang masak My Friend, Kempas. Beberapa minggu yang lalu, Aq, Cat dan Uteh makan di Restoren My Friend. Pertama kali menjejak kaki di sana. Memang boleh layan kerana setiap menu dipilih mempunyai rasa yang akan bebeza. Nasi juga berbeza rasanya. Kalu ke sini datang dengan sepuluh orang rakan-rakan yang lain. Kemudian pilih menu yang berbeza. Kemudian masing-masing merasai kesemua pilihan rakan-rakan yang lain. Pasti ada beza rasa pada menunya. Sila lakukan. He he he.

p/s: Lapor betul.

2009/05/18

IM©AS 2009

Semalam Aq dan Cat menjejak kaki di The Iskandar Malaysia Contemporary Art Show (IM©AS) 2009 di Danga City Mall. Memang layan. Minat betul Cat terhadap karya Daud Rahim. IM©AS 2009 telah berlansung dari 14 Mac 2009 dan bakal berakhir pada 14 Jun 2009. Memang susah hendak menilai hasil seni sesorang penkarya. Harga berbeza-beza setiap lukisan dan hasil seni dihasilkan dari Rm 600 sehingga RM 10,000. Memang kagum.

Hasil lukisan Daud Rahim bertajuk Ikan Emas & Botol. RM 6K
Hasil seni menunjukan Penang. Berharga RM 10K
Mengenai transexual. Di IM©AS 2009 para pengiat seni memberatkan kemanusiaan, alam sekitar dan ideologi masing-masing. Best betul.

p/s: Mari melawat galeri IM©AS 2009 di tingkat 4, Danga City Mall

2009/05/14

How I Met Your Mother


image from yaHoo! TV

Aq sekarang tengah gian dengan How I Met Your Mother. Sitcom yang membuatkan Aq bertapa dalam bilik. Aq telah menghabiskan 74 eposide sehingga malam tadi. Asal balik kerja terus menghidupkan Travelmate250, Aq duduk dihadapannya sehingga larut malam. Tidak sabar untuk menghabiskannya.

Sitcom ini mengisahkan Ted Mosby pada tahun 2030 menceritakan kembali detik-detik pertemuan isterinya terhadap anaknya. Kisahnya bermula dengan Ted Mosby bertemu dengan Robin Scherbatsky. Untuk lanjutan boleh ketik CBS.com - How I Met Your Mother.

p/s: Teringat pertemuaan dengan gadis berbaju biru di Kluang tahun lalu. Hehehe.

2009/05/06

Pesan Nenek




Rambut pendek disisir rapi,
Rambut panjang tersimpul mati,
Pedihkah mata dan hati,
Melihat diriku begini..
Kemana hilangnya... toleransi berdemokrasi,
Kenali hati jiwa bukan rupa, jangan salah memuji,
Kasih sesama insan,
Yang penting saling menghormati..

Bukan kata yang diagungkan,
Tapi perbuatan jadi ukuran,
Jujurlah setia berkawan,
Bukan insan meragut insan..
Malaysia maju aman, kan baik begini,
Jangan mundurkan lagi,
Pemikiran rakyat,
Jangan nak singkat,
Jangan nak hidup sendiri,
Jangan nak maki, kata nak caci,
Itu bangsamu sendiri..

Apa nak dihiraukan,
Mata sepet, mata bulat,
Kulit hitam, kuning langsat,
Jalan lurus jangan sesat,
Pipit sama enggang dah lama terbang bersama,
Ini kan kita manusia,
Mengapa bermasam muka,
Ku hormati... kasar bisikan mu.. semalam..
Perjuanganku, untuk terus hidup.. ku teruskan..

P/S: Pesan Aq selamat berjuang di dunia sebenar. He he he

2009/05/05

500 Celebration Post Entries

Ini merupakan kemasukan entries yang ke-500. Entries ini Aq nak tribute kepada familia Aq, Cat, rakan-rakan seperjuangan dan pemblog semua. Entries ini khas untuk sesiapa yang pernah dan juga tidak pernah meninggal jejak di Bebelan Anak Tukang Jahit. Terima kasih juga kepada pemblog yang rajin memberi comment yang membina setiap masa. Terima kasih memberi comment yang positif di Bebelan Anak Tukang Jahit dari masa ke masa. Tidak lupa juga kepada pembaca blog yang menjadi tukang komen yang senyap.

Sepanjang entries 401 hingga 500 banyak perkara yang berlaku telah Aq tampal dalam Bebelan Anak Tukang Jahit. Dan sepanjang itu Aq mengenali beberapa pemblog yang aktif seperti .fendiology., ~Happen~, Bukan Aku, Tapi Kita, Ceri Merah, Diary Seorang Cikgu Bujang, JKing, KN, Lagi-Lagi Filem, Looksharp, Siti's Central, Thumbelina.

Di sini Aq mahu review sedikit blog yang baru Aq kenal ;

Grup pertama adalah adalah kenalan ketika belajar dahulu di Rengit, Muarian dan UMS seperti Ceri Merah, Diary Seorang Cikgu Bujang, Bukan Aku, Tapi Kita dan JKing merupakan kenalan di Muarian dahulu. Mereka baru sahaja aktif dalam dunia blog. Welcome!!!. Mereka memberatkan kisah seharian sebagai seorang berkerjaya dalam bidang masing-masing. He he he.

Grup kedua adalah .fendiology., KN, Lagi-Lagi Filem, Siti's Central dan Thumbelina. .fendiology. banyak mengisikan kisah lagu, kehidupan seorang pelajar, Melaka dan kamera lomo. Hasil daripada kamera lomonya amatlah best. Seronok betul tengok rakam-rakamnya. Lagi-Lagi Filem merupakan sumber Aq untuk review filem-filem tempatan. Komen terhadap filem-filem tempatan agak kritis dan membangun. Sudah diperkenalkan di akhbar Kosmo!. KN, Siti's Central dan Thumbelina banyak mengisahkan kisah mereka, percintaan dan kehidupan harian mereka. Mereka semua ini antara yang memberi komen terhadap Bebelan Anak Tukang Jahit. Atau Aq yang komen di blog mereka. He he he.

Grup ketiga adalah ~Happen~ dan Looksharp. ~Happen~ sudah mula tidak aktif. I don't know what happen? Looksharp hasil rakaman gambarnya menjadi rujukan Aq. Mereka ini Aq sudah berjumpa, lepak dan berborak bersama.

Pada masa akan datang Aq akan cuba menghasilkan entries yang lebih menarik, lebih idealist, lebih krtikis, lebih kretif dan 1001 words yang lebih menarik. Akan Aq kongsi bersama sejarah, masa kini dan akan datang. Aq akan terus menampal entries selagi Aq tidak terputus dengan alam maya. Walaupun kadang kala Aq menghadapi sindrom Blogger's Block Aq tetap menampal entries demi memuaskan nafsu para pembaca blog semua.

p/s:Thinks !

2009/05/04

It's Monday II


Monday blues. Mana tidaknya. Cuti panjang daripada hari Jumaat. Kemudian bangun pagi-pagi, pagi yang gelap. Adeh sedap tidur balik. He he he. Memang malas ditambahkan kesemangatkan yang tinggi oleh Boss HR untuk mengadakan perhimpunan bulanan. He he he. Nasib baik hujan turun lebat kembali. Hari hidung kena kembang kempis daripada bau busuk daripda ikan. Kena analisa. Biasalah. So dikala petang ini Aq mahu tenangkan fikiran dengan suaru merdu Najwa Mahiaddin. Sesiapa belum kenal sila ketik Najwa Mahiaddin AMP. Soul Najwa buat tenang seketika.

p/s: Na na na, yeah yeah!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails