2009/08/04

Don't Die From A Broken Heart

"Kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"

Aq ingin kembali membebel setelah berehat beberapa bulan. Aq berehat bukan kerana Aq terlibat dengan aktiviti mafia, bukan terkena serangan virus selesma, bukan kerana kesibukan mengemas rumah. Akan tetapi Aq sedikit kecewa dengan orang yang bermulut tempayan. Sangat, sangat, sangat kecewa. Kerna setelah hampir 2 bulan mendirikan rumah tangga, album hari besejarah masih kosong. Aq kecewa setiap kali melihat wajah Mak Aq ketika melahap album kosong itu. Aq sudah tidak sanggup menjawab pertanyaan orang "tengok gambar?" dan mejawab dengan perasaan tawar "belum siap" itu baru rakan-rakan sekerja, rakan-rakan dan jiran tetangga. Belum lagi soalan maut daripada mak bapak, adik beradik dan saudara mara. Bukannya apa kira berbaloi penat lelah mereka semasa majlis berlangsung walaupun sebahagian tidak membantu langsung setelah melihat album yang berisi.

Susah hendak kenal hati budi orang ini. Masing-masing ada agenda masing-masing. Betullah pesan nenek moyang kita "rambut sama hitam, hati lain-lain". Kalau difikirkan lebih baik Aq menyendiri tidak perlu berkenalan dengan sesiapa untuk dijadikan rakan. Seperti siulan M. Nasir, Apokalips.

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

Lebih baik berkawan dengan tempayan. Sekurang-kurangnya boleh Aq tutup mulut tempayan dengan talam. Entahlah. Aq sudah tidak tahu bagaimana ingin mengubat hati Mak yang kecewa. Habis beribu-beribu akan tetapi sekeping paparan memori pun tiada.

Bagi mengilangkan rasa kecewa itu, Aq harus bangkit. Aq harus mengemis kepada rakan-rakan.. Kepada sesiapa yang ada merakam peristiwa itu, sila email atau menghubungi Aq untuk diberikan alamat terkini supaya Aq dapat memperolehi paparan memori daripada simpan anda semua. Paparan memori yang bertuah akan dimasukkan dalam album.

p/s: Thanks, hope.

8 ulasan:

Hint PerihaL berkata...

Aku rasa nk mati ni jid...kecewa juga...

ZaliHazali berkata...

aku ada gbr2 dalam versi pengantin kandid...
hehe...

honeyfresco aka ila berkata...

hurm. give me ur address.
kang aku burn segala gambar yang aku amik. insyaAllah

Yazid Husain berkata...

to hint
rasa macam gantung diri

to myself
thanks aq sudah terima. thanks dude

to honeyfresco
orait thanks.

Fairuz berkata...

broken heart syndrome = takotsubo cardiomyopathy. memang boleh bawa mati lor..

sabar yazid. sabar..

Yazid Husain berkata...

aq boleh sabar akan tetapi setelah melihat wajah mak.

.................

President (wiir2000) berkata...

kesian kau yazid...

Yazid Husain berkata...

ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails