2009/05/19

My Friend

Semalam Aq melawati blog-blog lain sebagai rutin harian. Dengan keadaan perut tengah lapar kerana kesejukan dan hujan lebat di sini. Aq suka pilih secara random untuk membaca. Mula membaca Memang Luyaman; Dinner At Five ternampak gambar ketam yang mengliurkan, kemudian ke Simply Me; Serious, Aku Fobia ternampak gambar masakan gulai lemak yang enak dan ke Metro TODAY; Asam Pedas Rumah Limas ternampak gambar asam pedas yang mengliurkan. Membuatkan Aq telan air liur seketika.

Misi hari ini Aq ingin letak gambar Nasi Goreng Ciang Mai hasil masakan tukang masak My Friend, Kempas. Beberapa minggu yang lalu, Aq, Cat dan Uteh makan di Restoren My Friend. Pertama kali menjejak kaki di sana. Memang boleh layan kerana setiap menu dipilih mempunyai rasa yang akan bebeza. Nasi juga berbeza rasanya. Kalu ke sini datang dengan sepuluh orang rakan-rakan yang lain. Kemudian pilih menu yang berbeza. Kemudian masing-masing merasai kesemua pilihan rakan-rakan yang lain. Pasti ada beza rasa pada menunya. Sila lakukan. He he he.

p/s: Lapor betul.

13 ulasan:

en_me berkata...

sori abang ajit tewww sebab blog me sudah mengliurkan kamuuuu.. ekeke

- j o h a r i - berkata...

mcm2 nasi goreng skrg ni ek..aku agak nasi goreng palestin cmne la ek

Hint PerihaL berkata...

nasi goreng palastin dpernah kuar..masa era mawi tgh hangat..Nasi goreng Intifada...

sekarag mawi sudah hangit!!

nazmin berkata...

perrrhhhh Yazid, aku minta maaf banyak2 kalau x dapat datang majlis kau nanti, rasenye aku keje time tu....ape2 pun aku doakan semua berjLN lancar...(geweng)

Yazid Husain berkata...

to en me

hehehe. tidak mengapa

to johari

haah. memang macam-macam. tapi rasa di sini memang berbeza

to hint

ooo. ye ke. mesti sekarang rasa hangit

to nazmin

aq nak antor kad ini. bila boleh jumpa

ZaliHazali berkata...

akan ku bawa pasukan aku ke kempas mencari restoren itu, one day, insyaallah

Fairuz berkata...

g makan kat nasik ayam penyet sebelah agus. sedap giler..

Izawati Che Rashid berkata...

Kad dah selamat sampai ke rumah, thanks atas jemputan tu.

erm..nasi ayam penyet tu mmg femes di kalangan my lab members, but tak pernah pun gi merasa lagi.. :)

Yazid Husain berkata...

to myself

silakan pergi membawa rombongan

to fa

really? adeh semalam baru makan kat agus

to izawati

sama-sama

silalah pergi susah fa nak cakap makan sedap.

Yana Ismail berkata...

hu hu hu..org kata my friend tu tmpt nye mahal ek?seafood kan?huhu tk pernah g lg..nak g la nnti...huhu nak gulai lomak mehla dtg n9 ;P

Yazid Husain berkata...

agak mahal dari biasa. tidak salah sekali segala.

JKiNG berkata...

sedap2,aku x dpt lg kad kawen hang

Yazid Husain berkata...

aiks rata-rata sudah dpt. kawan aq kat penang juga dah dapat. sabaq eh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails