2009/05/27

Hari-Hari Terakhir Di Teratak 42

Aq pulang kerja seperti biasa. Tuan rumah Teratak 42 datang untuk berbincang. Aq kelihatan Fa dan Fit sedang melayan tuan rumah. Rasanya sudah 2 tahun Teratak Troopers tinggal di Teratak 42. Di kesempatan ini Aq turut melayan tuan rumah. Berbincang pasal wang deposit, bil air dan bil elektrik. Setelah selesai tuan rumah membuat lawatan sebentar dari bilik ke bilik. Aq dan Fit lepak bersama meluangkan masa bersama menonton TV.

Fa masih melayan tuan rumah di atas. Masih berbincang. Kemudian Panjang dan Kucai pulang setelah tuan rumah beredar. Panjang pulang ke rumah dengan membawa bungkusan obat selsema dan deman. Aq lantas bercadang supaya Panjang pergi menjalankan ujian darah. Takut-takut selsema babi. Ha ha ha. Sekadar gurauan. Panjang lantas meninjam RM 10 bagi ujian darah. Keluar dan patah balik dah memulangkan RM 10 itu.

Dan Panjang berkata "Aku sakit dalam". Okay!. Kemudian Kucai membawa khabar berita gumbira. Kucai sudah memulakan kerja baru. Wah. Walaupun hanya dapat berkumpul dalam 30 minit bersama-sama semua Teratak Troopers sudah memberi kenangan terakhir yang indah terhadap Teratak 42. Teratak Troopers akan berpindah di rumah sewa baru. Aq pulak akan berpindah dirumah lain.

p/s: Sugguh banyak kenangan di Teratak 42.

p/s/s: Thanks Fa, Ketua Rumah yang best! He he he.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat menjalani hidup berumahtangga

ape yang penting..kerjasama...

Unknown berkata...

teruskan legacy perjuangan para teratakz tropers

Yana Ismail berkata...

Huhu lama jgak ek u guys duk teratak 42.smestinye byk kenangan.xpe,nanti rindu mreka,g rmh sewa br.huhuhu fa da mcm ketua kelas.ahaks!

Fairuz berkata...

uh. sama sama :)

izzati fuad berkata...

sayu je baca..hehe. selamat bakal jadi pengantin! :)

JKiNG berkata...

selamat pengantin baru...kad x sampai lg. huhuhuhu

Yazid Husain berkata...

to tz

thanks

yang penting kerjasama, kesetiaan dan kepercayaan

to hazali

hehehe. teratak troopers akan terus hidup

hidup teratak!!!

to princess liyana

hehehe.

to fa

thanks ya!!!

to izzati

hehehe. sedih bukan

to Jking

ha? tak sampai lagi. biar betul kawan aq dok sabah n penang dah samapai dah. malah nenek aq duduk singapore dah sampai

pelik?

Hint PerihaL berkata...

nnt xleh lar aku lepak umah 2 lg..

Yazid Husain berkata...

haah tak boleh lagi. hehehe

- j o h a r i - berkata...

aduhai..
perpisahan mmg suatu yg menyedihkan..
so tinggal kenangan je la teratak troopers ni ek?
diorg nk pindah mane plak?

President (wiir2000) berkata...

cm sedih ja entri kali ni..huhu~
anyway, thanks tau..dh dpt kad kawin kau

en_me berkata...

oke bro, me dh dapat kad jemputan.. thanx very much.. sonoknyerr nak kawen kannns

nazmin berkata...

:(
sebagai antara perintis di Tetatak42 aku pun terasa sangat sedih dengan perpisahan ini. Sebagai ahli rumah paling pembersih, aku harap kita, ahli2 rumah tetap saling menghubungi antara satu sama lain...

so, kalau nak cari :-

Aku: datang lah Plentong, selagi kg tu ada

Fit: Kat SIGS, awek ramai tuuuu...

Ajit: Mane lagi, Johor Bioteck la...kem salam Kak Syikin n romeo k...

Raje: Ibnu Sina kot...kalau x silap la

Kucai: Gerai jamu Ani, Jusco Tmn U

Panjang: CEPP, ternak efective microb...

Joe: Lepas kawen terus hilang

yang2 lain2 tu...aku x pasti la...

salam perpisahan utk semua...Apa2 pun boyz n gurl, thn ni, ada antara kita dah kawen dan ada lg yg akan kawen dlm thn ni, so, semoga semua bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat...

Aku tetap geweng yang dulu...

Yazid Husain berkata...

to johari

masih di Taman Univesiti, area Jalan Perubatan. He he he

to president

setiap kali pertemuan pasti ada perpisahan

to en me

sama-sama. jemput hadir sekeluarga

to nazmin

memanglah geweng sedih betul tahun ini sahaja 4 orang teratak khawin. Semoga berbahagia

circleinspoon berkata...

slamat memulakan idup baru.
everything's new, embrace it.

aku try sedaya upaya g majelis kawen kau nih. doakan slamat sampai sana nanti.

in case aku tak sempat nak jumpa kau, slamat pengantin baru. hope to hear "diari hidup seorang pengantin baru" pulak lepas ni. ^^

Yazid Husain berkata...

terima kasih datang

samapi juga ko eh

Sitie BUm BUm berkata...

mcm duk asrama

Yazid Husain berkata...

kitaorang memang satu sekolah dulu. memang rasa macam tinggal kat asrama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails