2009/02/11

Tiene & Zaki's Wedding; Custom in Malay Marriage II

Zaman yang serba moden ini, mungkin telah ramai meninggalkan adat meneman mempelai, di mana kedua mempelai di asingkan tempat tidur sehingga majlis bertandang selesai. Ini bukan tujuan menyeksa kedua-dua mempelai akan tetapi bagi tujuan menaikan seri wajah kedua mempelai. Pada resepsi kali ini, Aq telah memainkan peranan sebagai peneman mempelai lelaki pada rumah mempelai perempuan manakala Cat menemani mempelai perempuan di sebelah rumah mempelai lelaki.

Ayah cakap dulu-dulu dua tiga orang akan tidur di bilik mempelai kemudian akan menyepah bilik mempelai untuk mencari duit yang disorokan oleh kedua mempelai. Dan kemudian akan tido atau berborak dengan mempelai. Dan awal-awal pagi para peneman akan keluar senyap-senyap daripada bilik mempelai.
Ini adalah pengalaman yang menyoronokan. Aq ditugaskan menjaga mempelai lelaki supaya tidak keluar daripada bilik mempelai. He he he. Tidak sangka dapat juga Aq merasa adat ini. Aq cari-cari juga duit bawah bantal dan bawah cadar tetapi tidak jumpa duitnya. He he he.

p/s: "Adat dijunjung, maruah dijulang"

6 ulasan:

en_me berkata...

ammvoiii, sonoknyer nak tawenn abang yazid ittewww..

HinT DaRi PerihaL berkata...

wei..make up dia cantek r..dari smlm lagi aku prasan...nampak seswai ..biasa aku tgk ..bila make up tebal..muka cam patung..mata jadi sepet...ni balancce ngn kulit tangan..huhu..

aku tak tau r adat2 camni...kat tempat aku..jarang aku g...

Princess Liyana berkata...

wah!menarik2..tak jumpa duit ek?alaahai..sorok tmpt laen kot..ahaha

Yazid Husain berkata...

to en me

ha ha ha. tau-tau je

to hint

ha ha ha. daya pengamatan engkau memanf tajam. memang chantek. aq tempah andam yang sama.

i want pretty bride. ha ha ha. make up dia pakai karyolan. memang untuk artis dan ramai artis indonesia memakainya. fyi.

to princess liyana

mencari juga aq. tetapi tidak jumpa.

A t i Q a h berkata...

oh. pernah dgr juga pasal adat ni. nak pastikan mempelai tak lari waktu malam.

orang dulu2 kan selalu kena kawen paksa. so, itulah fungsinya jaga mempelai. hahah.

Yazid Husain berkata...

wah

iye ke? tidak tahu pulak tujuaan asalna bergitu.

walla

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails